Bismillahirahmanirahim
Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk aku berkongsi pengalaman bersalin anak pertama walaupun anak pertama bakal memasuki umur 2 tahun. Namun setiap detik sebelum melahirkan anak, masih segar dalam ingatan lebih-lebih lagi aku suka berkongsi pengalaman bersama sahabat-sahabat dan adik-adik usrah apabila ditanya sakit ke masa bersalin? Ada juga mencadangkan agar aku menulisnya dalam blog sebagai simpanan agar apabila anak kita bertanya bagaimana melahirkannya, kita masih ingat lagi pengalaman tersebut.
21April 2013
Ikutkan tarikh Expected Due Date (EDD) ialah 15/4/2013 namun tiada lagi tanda-tanda hendak bersalin. Kadang-kadang aku bergurau dengan suami mungkin anak ni nak lahir sama tarikh lahir dengan aku nanti iaitu pada 21 April. Pada pagi 21 April selepas selesai solat hajat ada 'bloody show' yang menunjukkan antara tanda nak bersalin. Punyala happy bukan kepalang sebab mak pun cakap kalau dah keluar darah maksudnya dah nak bersalin tu. Aku pun cepat-cepat kemas pakaian siap telefon dengan adik-beradik untuk doakan agar dimudahkan bersalin. Sampai je hospital, Doktor cakap belum ada jalan lagi...'WRONG ALARM'. Doktor siap cakap nak operate tak hari ni sebab boleh dapat tarikh sama dengan maknya...hehe, aku pun tanya, Boleh ke Doktor? Doktor pun cakap jangan lah, sebab ini anak pertama biarlah bersalin normal. Dengan kecewa nya aku pun pulang ke rumah. Doktor pun minta datang semula ke hospital pada 23/4/2013 untuk di'induce' sekiranya masih tiada tanda-tanda nak bersalin. Sebelum pulang , suami pun ajak makan secret recipe sempena birthdayku yang ke 29.
Sampai di rumah, mak pun dah siapkan katil baby sebab ingat aku bakal bersalin hari tu. Aku pun minta maaf sebab susahkan dia dan buat dia tertunggu bila la cucunya nak keluar. Terima kasih banyak mak sebab sanggup datang dari KL ke Perak dan menunggu hampir seminggu meninggalkan suaminya di rumah keseorangan.
23 April 2013
Pada pukul 4 pagi aku mula rasa sakit sesangat. Pada waktu tu terfikir, ini ke rasa sakit 'contraction'? Mata pun susah nak lelap dan aku pun bangun solat sunat mintta dipermudahkan semua urusan bila sampai dihospital pagi tu. Sakit pun mula hilang. Lepas sarapan, aku pun minta maaf pada mak dan minta dia doakan baik-baik untukku dan bakal cucunya. Sampai dihospital, macam biasa kena buat CTG untuk lihat contraction dan pengerakan jantung anak. Graf menunjukkan ada sikit contraction. Yes, Alhamdulilah. Doktor pun check bukaan, dah buka 3 cm. Syukur dan lega sebab dah ada bukaan. Sekurang-kurangnya aku tau yang aku tak perlu di'induce'. Nurse pun masukkan aku ke wad biasa dimana aku perlu kongsi dengan 3 orang patients lain. Suami minta pindahkan ke wad kelas pertama tapi nurse cakap dah penuh. aku pun tak kisah mana-mana sebab bila kongsi bilik, ada kawan untuk berborak cuma sedihnya sebab suami tak boleh teman. Masing-masing antara kami berempat berkongsi cerita yang berbeza. Bila masuk azan zuhur, aku pun nak ambil wuduk tapi kawan sebelah katil cakap tak perlu solat sebab aku dah turun darah. Tapi aku terangkan pada dia, walaupun turun darah, kita wajib bersolat sebab darah yang turun tu tak sama macam Haid dan Nifas. Dia pun angguk faham. Selepas solat, nurse pun datang tanya nak tak tukar bilik kelas pertama tak sebab dah ada kosong. Aku pun ok je sekurang-kurangnya suami boleh berada di sisi dan boleh tidur sekali.
Malam selepas maghrib aku dah mula rasa sakit sesangat. Waktu tu nak solat pun susah sebab menahan sakit. Semalaman tak boleh tidur dan suami pun tabah je berada disisi ku menggengam tanganku apabila 'contraction ' datang. Ya Allah sabarnye suami ku, aku menitis air mata melihat pengorbanannya tapi dalam masa yang sama rasa serba salah kerana tak bagi peluang untuk dia berehat atau tidur langsung. Saya minta dia bacakan apa-apa surah untuk buatkan aku terlena tapi tak mampu juga, Suami pun panggil nurse untuk check bukaan. Doktor pun sampai dan beritahu bukaan baru 4 cm.Haaa.....4 cm? Pagi tadi 3 cm la ni dah tgh malam baru 4 cm? Ingatkan setiap 1 jam buka 1 cm; Tapi biasalah lain orang, lain bukaannya.
24 April 2013
Lepas subuh tu, aku minta suami pulang dulu untuk mandi dan berehat sebab dah mula rasa lega sikit dan sakit pun tak kuat macam malam tadi. Aku minta bawa mak sekali bolehlah dia bacakan apa-apa ayat untuk mudahkan aku bersalin nanti.
Pukul 10 pagi Doktor pun datang dan bukaan pun dah 5cm. Dia cakap pukul 12tghari nanti boleh masuk Labor Room. Oh ye, alhamdulilah....lega juga sebab ingat dah nak bersalin. Sambil menunggu suami dan mak sampai, aku buka zikir Dr. Badrul Amin di smartphone dan ikut zikir yang dibacanya. Tenang rasa hati bila kita ingat ALLAH sentiasa. Suami dan Mak pun sampai apabila aku tengah kemas barang untuk dibawa masuk ke labor room nanti. Sampai je di satu bilik bersebelahan Labor Room, Doktor check semula bukaan...Eh, ni baru 3 cm. Aku punyalah terkejut sebab kalau boleh tak nak balik ke wad semula. Sakit pun dah mula datang seperti malam tadi. Nurse pun dah kesian kat aku sebab aku bgtau tak tidur semalaman dan tenaga pun dah kurang. Dia pun inject penthadine buatkan aku rasa mengantuk dan terus tertidur dengan nikmatnya. Saya sempat sms suami bgtau minta dia balik dan bawa mak pulang ke rumah sebab jangka bersalin lambat lagi.
Dalam pukul 6 ptg aku terjaga dari tidur yang penuh nikmat tadi. Sakit pun dah takde. Nurse pun bagi aku makan nasi goreng dan milo supaya ada tenaga bila nak meneran nanti. Lepas makan, Doktor check semula bukaan, dan dia confirm dah buka 5 cm. Pukul 7ptg saya diminta ke Labour Room untuk dipecahkan air ketuban. Doktor pun guna satu alat dan terdengar bunyi 'pulp'. Habis basah baju bila air ketuban dah dipecahkan. Macam biasa CTG masih diikat di perutku. Waktu tu contraction tak kuat lagi. Nurse pun pasangkan drip untuk masukkan air agar bukaan cm dipercepatkan. Waktu tu dah mula rasa sakit kuat seperti malam sebelumnya. Doktor pun bagi gas nitrogen untuk aku sedut bagi mengurangkan rasa sakit.
25 April 2013
Pukul 12 tgh malam aku menangis sebab suami masih belum dibenarkan masuk ke Labor Room. Aku kesorangan. Tiada sesiapa. Sunyi. Hanya bunyi CTG sahaja yang dengar yang buatkan aku trauma sampai sekarang, Doktor pun check bukaan masih 5 cm. Aku menangis lagi sebab pelik kenapa bukaan lambat sangat tapi sakit sangatlah kuat. Aku minta epidural untuk hilangkan rasa sakit, tapi sebab dah lewat malam, Doktor pun tak benarkan sebab bukaan pun dah melebihi 4cm, mungkin bahaya untuk kandungan nanti.
Aku bertawasul kepada ALLAH, jika ada sekelumit keihklasan semasa aku perjuangkan agamaMu, mohon bantulah aku dan mudahkan aku bersalin. Selepas satu jam, bukaan dah 6 cm, selepas sejam lagi 7 cm. Pada pukul 4 pagi, Doktor check lagi, bukaan dah 9cm. Saya merasa lega sebab bukaan dah semakin hampir. Jika tiada bukaan, caesarian la jawapannya.Suami pun dah berada disisiku dan dia pun bacakan ayat-ayat Quran untukku.Aku bgtau dia yang aku rasa nak bersalin sebab rasa ada benda dah nak keluar. Bila Nurse check, dia pun terus ambil semua peralatan untuk bersalin. Bila dia minta meeneran, aku pun ikut meneran. Aku dapatkan rasakan nurse letak krim untuk mudahkan aku bersalin. Masa tengah syok meneran, terdengar nurse gunting skit dibahagian bawahku. Waktu tu aku dah takisah sebab sakit bersalin lagi sakit dari sakit episiotomy. Akhirnya 3 kali aku mencuba, lahirlah seorang bayi perempuan yang comel lote dengan mata nya terbuka pada pukuk 4.52 pagi. Suami bgtau warna baby warna biru mungkin sebab hampir kelemasan. Nurse pun tunjukkan jantina pada ku, dia tanya anak apa? Waktu tu terpinga-pinga, ingatkan Nurse tanya, anak Siapa? Saya dengan keletihan pun jawab ANAKKU. hahaha....Dia tanya perempuan ke laki, aku pun jawab iye, iye perempuan. Nurse pun minta izin untuk bawa anakku untuk dibersihkan sebab takut ada najis yang tertelan.Hilang rasa beban, sakit dan segala khazanah yang aku alami sepanjang 2 hari lepas. Perut aku yang membonyot tiba-tiba kempis semula seperti semua gas disedut keluar. Selepas dikenakan jahitan dan dipakaikan pad, aku dibenarkan rehat sehingga pukul 6.30 pagi. Aku dibawa ke bilik semula bersama bayiku yang diletakkan di celah kaki ku. Suami pun ikut sekali menolak katil sambil tersenyum melihat wajah sikecil. Sampai sahaja dibilik, aku terus menatap wajah bayiku. Iye, ada rupa arab macam wajah ayahnya.
Itulah pengalaman ku bersalin kan anak pertama. InshaALLAH dalam masa beberapa hari lagi, aku bakal bersalin kan anak ke dua pula. Orang cakap pengalaman bersalin setiap anak berbeza-beza. Buat masa ni belum ada lagi tanda nak bersalin, cuma aku mohon pada ALLAH agar bersalin anak kedua dikurangkan sakit dan dipercepatkan bersalin. Ameen...Mohon doakan ye...
wajah Yasemeen Binti Maythem sehingga ke hari ini.
|
2 BULAN |
|
3 BULAN |
|
4 BULAN |
|
5 BULAN |
|
5 BULAN |
|
7 BULAN |
|
8 BULAN |
|
8 BULAN |
|
SETAHUN |
|
SETAHUN |
|
SETAHUN 5 BULAN |
|
SETAHUN 6 BULAN |
|
SETAHUN 7 BULAN |