Sunday, September 21, 2008

Tazkirah Ramadhan


“Bulan Ramadhan, diturunkan padanya Al-Quran; sebagai petunjuk untuk manusia,
menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan salah ..”
[ Al-Baqarah : 185 ]

“Dan Kami menurunkan dari Al-Quran, sesuatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang mukmin ..”.
[ Al-Israk : 82 ]

Nabi Muhammad berkata, “ Apabila berkumpul satu kumpulan di rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Al-Quran
maka ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melimpahinya, Malaikat akan bersamanya
dan Allah akan menyebut namanya di sisi para malaikatnya”.
[ Lapuran Imam Muslim dan Abu Daud ]

“Tiga perkara menambahkan kesejahteraan badan dan menghilangkan kahak iaitu
menggosok gigi, berpuasa dan membaca Al-Quran”.
[ Saidina Ali bin Abi Talib r.a]

Satu kajian dilakukan oleh Dr Ahmed El-Kadi dari Klinik Akbar di Panama City, Florida berhubung kesan mendengar
bacaan Al-Quran ke atas denyutan jantung, tekanan darah, tekanan saraf dan otot. Beliau mendapati,
mereka yang mendengar bacaan Al-Quran termasuk kalangan bukan muslim dan bukan Arab
mengalami perubahan fisiologi positif dalam diri mereka.

[Kajian ini dimuatkan dalam Islamic Perspectives In Medicine oleh Dr Shahid Athar]

Inilah sebahagian dari keindahan dan keistimewaan Al-Quran .. Tidak terungkap dengan kata-kata dan tulisan ..
Sesiapa yang mengecapi akan merasai manisnya.

“Bersama Menghayati Nuzul Quran”


“Bulan Ramadhan; di awalnya rahmat, di pertengahannya keampunan dan di akhirnya pembebasan dari neraka”.

Tercungap-cungap kelihatan seorang pelari pecut setelah melepasi garis penamat. Lelah, tetapi tidak mengapa. Yang penting, mesti
mendapat tempat dalam perlumbaan ini. Barulah berbaloi. Setidak-tidaknya jangan jadi peserta yang kecundang dalam perlumbaan ini.
Inilah biasanya bisikan dalam hati setiap peserta dalam mana-mana lapangan pertandingan yang dimasuki.

Seorang muslim, sebenarnya sedang mengharungi perlumbaan dalam Ramadhan yang penuh anugerah ini. Pertandingan merebut gelaran taqwa.. merebut pahala .. merebut ‘lailatul Qadr .. merebut syurga .. dan banyak lagi..

Bagi seorang pelari pecut, keupayaanya menguasai barisan hadapan pada detik-detik terakhir akan menjadikannya juara.
Dia perlu mengelak dari tesilap langkah.. jangan hilang tumpuan .. jangan rendah motivasi diri ..


Bagi orang yang berpuasa, detik sepuluh hari terakhir Ramadhan ini adalah detik penentuan. Menentukannya untuk menjadi
penerima anugerah atau sebaliknya .. menerima anugerah ‘Lailatul Qadr’ ..

10 malam terakhir Ramadhan inilah masanya .. Masanya untuk perhebatkan ibadah ..Jangan tinggal puasa ..
Tarawih mesti diteruskan .. Quran dikhatamkan dan dikaji .. Sedekah dihulurkan .. ibu bapa jangan diabaikan ..
Solat menjadi keutamaan ..

Semoga dengan ini Lailatul Qadr berada di dalam dakapan kita ..

“Dan apa yang menyedarkan engkau; apakah dia ‘Lailatul Qadr’ itu ?!. Lailatu Qadr (malam kemuliaan) lebih baik dari seribu bulan.
Pada malam itu, turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan membawa segala urusan (yang ditakdirkan Tuhan).
Sejahteralah malam itu hingga terbit matahari”.
[Al-Qadr : 2 – 5]
LTK Improf

No comments: