BUTTERWORTH: Bernafsu haiwan adalah perkataan paling sesuai untuk dua beranak, termasuk remaja lelaki berusia 16 tahun yang ditahan polis selepas disyaki menodai seorang bayi perempuan baru berusia 20 bulan.Kejadian itu hanya disedari ibu bayi berkenaan apabila pulang ke rumahnya di sini kira-kira jam 11 malam Jumaat lalu apabila melihat bayinya menangis begitu lama.Sebelum itu, sumber berkata, wanita berusia 32 tahun yang bekerja sebagai juruwang itu meminta ibunya mengambil bayinya yang ditinggalkan di rumah pengasuh kira-kira 50 meter dari rumahnya.Katanya, wanita itu kemudian mendapati bayinya menangis dengan kuat apabila dibawa pulang ke rumah, tetapi dimaklumkan ibunya dia mungkin demam."Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudian memeriksa dan mendapati ada kesan darah dan luka pada bahagian sulit bayi perempuannya."Dia kemudian terus membawa bayinya yang menangis dengan kuat tidak berhenti-henti ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), di sini. "Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyak pada kemaluan mangsa. Bagaimanapun, keadaannya kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HSJ," katanya.Berikutan itu, ibu mangsa membuat laporan polis.Ibu kanak-kanak itu yang enggan dikenali, berkata dia tidak menyangka kejadian berkenaan boleh berlaku ke atas bayi perempuannya.Menurutnya, dia menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sejak 14 November lalu dan menjelaskan bayaran RM150 untuk bulan pertama."Kejadian itu memang di luar jangkaan kerana tiada siapa memberitahu perangai sebenar lelaki berkenaan. Dia tergamak melakukan perkara itu ke atas bayi saya," katanya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Superintendan Mohd Sukri Awang ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.Menurutnya, polis sudah menahan seorang lelaki berusia lewat 30-an dan anak lelakinya pada Sabtu lalu untuk membantu siasatan kes berkenaan yang dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan."Kami masih melakukan siasatan berhubung kejadian berkenaan," katanya enggan mengulas lanjut
Sedih dan hiba apabila terbaca artikel dari keratan akhabar Metro berkenaan dengan 2 orang lelaki termasuk remaja lelaki telah merogol seorang bayi perempuan yang baru berumur 20 BULAN!!! Nauzubillahi min zalik...
Mengapa bayi yang secara fitrah nya tiada kekuatan untuk melawan, bersih dan suci dilahirkan di dunia, diperlakukan sebegitu bodoh..lebih hina dari haiwan yang tidak boleh berfikir. Apakah nafsu sudah tidak mampu dikawal akhirnya memilih bayi perempuan sebagai mangsa. Apabila iman sudah hilang di jiwa, hati telah bernafsukan iblis, otak tidak berfungsi maka apa yang dilihat oleh mata menjadi sasaran syaitan. Mengapa? mengapa? Didikan Islam sudah lupuh dek zaman sehingga kan keselamatan di negara tidak dapat memberi apa-apa jaminan. Kes seksual melibatkan nurin dan nurul huda masih menjadi igauan. kanak-kanak yang malang yang dalam proses meningkat dewasa telah dibunuh dengan kejam setelah dirogol, jangan kan pula selepas ini bayi-bayi di Malaysia disangka hilang sebab dijual tetapi rupanya telah dirogol kerana 'haiwan manusia' tidak mampu mengawal nafsu.
Pada zaman jahiliah, bayi perempuan ditanam hidup-hidup oleh bapa mereka kerana kononnya bayi perempuan memalukan keluarga. Tetapi Islam telah meningkatkan darjat yang SANGAT tinggi kepada wanita dengan meletakkan gambaran "syurga di bawah telapak kaki ibu". Bayangkanlah bayi perempuan yang dilahirkan sempurna yang bakal menjadi seorang anak yang taat, isteri yang mithali dan ibu yang terpuji diperlakukan seperti haiwan. Ya ALLAH, adakah zaman sekarang wajar di panggil jahiliah? Berikanlah mereka petunjuk... dan hidayah kepada mereka yang telah jauh dari sifat fitrah manusia.
No comments:
Post a Comment