Thursday, January 8, 2009

Lambaian Palestin



Kesengsaraan yang dialami oleh rakyat palestin dihujani dengan peluru dan bom-bom ganas musuh durjana menjentik sanubariku tentang pengorbanan dan jihad sepenuh jiwa mereka disana untuk mempertahankan bumi Palestin. Jarang sekali dalam media diketengahkan perkara ini. Banyaknya dalam media isu keperitan org Palestin yg kurang membangkitkan semangat jihad hanyalah membangkitkan semangat simpati.

Pun begitu kita sebagai manusia biasa tidak bisa terlepas menitiskan air mata melihat wanita, kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa keganasan di sana. Isu ini telah lama berlaku setiap tahun dan ada sahaja kisah-kisah palestin disiarkan didada akhabar. Masyarakat seluruh dunia hanya mampu melahirkan perasaan marah, geram, membakar bendara US, demontrasi di hadapan duta Amerika dan apabila isu ini senyap, masyarakat mula lupa tentang nasib mereka di sana.

Pengambilan tanah haram Palestin oleh sekutu Israel telah lama tergadai sejak jatuhnya pemerintahan Islam semasa Daulah Othamiyah Turki.Pada zaman pemerintahan Sultan Abd Hamid II, Sultan Turki terakhir, telah menggubal undang-undang dan disahkan di Parlimen Turki bahawa semua tanah yang dimiliki oleh orang Arab di Palestin (ketika itu di bawah riayah Daulah Othmaniyah Turki) dilarang dijual kepada Yahudi. Ini menimbulkan kemarahan British dan Perancis, kerana dua negara Eropah itu mahu memperkukuh kedudukan masa depan Yahudi di negara Palestin.
Namun setelah pemerintahan diambil alih oleh Kemal Attaturk lalu dengan pantas orang Yahudi di Palestin berebut-rebut membeli tanah orang Arab di sana, sementara orang Arab Palestin itu sendiri rela pula menjual tanah mereka. Dengan itu banyak tanah hak milik Arab Palestin bertukar tangan menjadi hak milik Yahudi hingga kini.

Kisah Palestin kini menjadi sejarah hitam tentang bagaimana yahudi kini sedang mara untuk menghancurkan seluruh bumi palestin. Serangan bermula pada Sabtu 27 Disember 2008 apabila Tzipi Livni menteri luar Israel bertemu dengan Presiden Mesir berbincang untuk menjatuhkan Hamas. 24 jam kemudian, Israel telah melancarkan operasi serangan besar-besaran ke atas Gaza. Tentera Israel telah membedil Gaza dengan serangan udara yang sememangnya canggih dan 'precise' dan kereta-kereta kebalnya ke sempadan Gaza-Israel. Serangan bermula apabila kanak-kanak baru sahaja pulang dari sekolah. sehingga ke hari ini lebih dari dari 680 orang rakyat palestin terkorban hasil bedilan serangan Israel.




Fawzi Barhoum, seorang jurucakap kerajaan HAMAS di Gaza mengatakan, “Hari berdarah ini tidak pernah disaksikan Genting Gaza sebelum ini.”Pihak hospital di Gaza, terutama Hospital Syifa’ (hospital terbesar di Gaza), tidak mampu menanggung pesakit yang sangat ramai yang datang berduyun-duyun. Kelengkapan hospital yang terbatas, banyak ambulan yang sudah tidak berfungsi dan tidak mampu diperbaiki, dan bekalan ubatan yang terhad, semuanya adalah angkara sekatan kejam besar-besaran ke atas Gaza. Namun, ramai pesakit yang bersikap murni meminta doktor-doktor mendahulukan orang-orang yang lebih memerlukan rawatan akibat serangan dahsyat tentera Zionis. Lebih mengerikan, hasil siasatan, doktor-doktor Palestin mendedahkan bahawa Israel telah menggunakan senjata-senjata yang telah diharamkan komuniti antarabangsa. Didapati mangsa-mangsa yang datang mendapatkan rawatan, walaupun cedera ringan, terus bertambah parah keadaannya dan mati secara tiba-tiba. Seorang doktor turut melaporkan menerima pesakit yang mengalami kekoyakan pada tulang dan kecacatan teruk pada anggota badan. Pihak hospital menyeru masyarakat antarabangsa agar menekan Israel untuk menghentikan serangan serta penggunaan senjata haramnya.



Dalam masa 2 hari, Israel telah menjatuhkan lebih 100 tan peluru berpandu menggunakan pesawat F-16. Mereka telah membedil pusat-pusat keselamatan HAMAS, kawasan kediaman umum di seluruh Gaza, ibupejabat stesen televisyen Al-Aqsa TV, kabel-kabel elektrik, bengkel-bengkel, kilang-kilang dan sekolah. Israel berjaya meranapkan 40 terowong rahsia yang digunakan rakyat Gaza untuk membawa masuk bekalan keperluan harian serta senjata. Pesawat Israel turut menghancurkan sebuah masjid di Gaza City berhampiran Hospital Shifa’, di mana ketika itu ramai ahli keluarga pesakit sedang berlindung. Bahkan Hospital Shifa’ turut mengalami banyak kerosakan material. Tentera Israel turut mengebom Universiti Islam Gaza serta bangunan-bangunan kerajaan yang menjadi kubu kuat HAMAS. Israel juga mengebom sebuah pelabuhan perikanan untuk melumpuhkan salah satu sumber rezeki utama Gaza. Sebagai penghinaan tambahan, Israel juga mengebom sebuah penjara di Gaza, menyebabkan ramai penjenayah-penjenayah melarikan diri dari pusat tahanan tersebut.Beratus-ratus rakyat Palestin cuba menyelamatkan diri dengan menyeberang ke Mesir melalui sempadan di Rafah, namun pintu utama Mesir-Gaza itu terus ditutup dan dikawal ketat oleh tentera Mesir. Rakyat Gaza yang berjaya merobohkan sebahagian tembok sempadan dengan bulldozer bagaimanapun terus dihalau dan disekat oleh Mesir yang menggunakan kekerasan. Pilu juga menyaksikan bahawa negara Mesir turut bersekongkol dalam memerangkap dan menghukum rakyat Palestin di Gaza, daerah paling padat di dunia itu. Lebih teruk, Mesir menghalang pasukan pakar-pakar bedah Mesir yang bersemangat ingin membantu saudara mereka dari menyeberang ke Gaza. Mesir juga turut menghalang pendaratan pesawat dari Libya yang membawa peralatan dan ubat-ubatan yang sangat diperlukan di Gaza. Tindakan kerajaan Mesir ini teramat menyedihkan dan penuh tanda tanya tentang kesetiaannya kepada rumpun dan agamanya sendiri.


Semoga ALLAH membantu umat islam disana, kuatkan semangat jihad dan barisan muslimin di Palestin dan berdoa agar yahudi iblis durjana hancur berkecai bagaimana tentera bergajah mati diserang burung ALLAH, ABABIL.

sources

AIZUDDIN KHALID Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)



No comments: