Monday, October 12, 2009

HandPhone Alquran


Assalammualaikum wbt wrh
Pertama kali menggunakan Hp ni, rasa seronok teramat kerana kemana sahaja kita pergi kita akan selalu berdamping dengan ALquran. Dan Alhamdulilah, sepanjang Ramadhan, saya dapat menghabiskan setiap malam dengan satu juzuk hanya dengan menatap skrin pd Hp ini tanpa ditemani lampu disekeliling kerana Hp ini dengan sendirinya mengeluarkan cahaya. Dan yang paling penting sekali boleh dijadikan HANTARAN bagi sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan.
Ciri-ciri perisian;
-bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani
-28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris-doa khatam al-quran
-tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris, Perancis) -11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu Majah dan lain-lain
-waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-bandar utama luar negara
Ciri-ciri telefon:
-skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
-Bleutooth
-mp3 dan mp4
-FM radio
-video player(3gp)
-2 sim kad 2 band
-stereo speaker
-warranty 1 tahun
-external sim card slot
-camera 1.3 megapixel
-GPRS dan internet
Accessories:
-2 GB SD card
-1 charger
-1 battery
-1 earphone
-kompas
-buku panduan
Extra feature
-games
-unit converter
-currency converter
-world clock
Terdapat dalam 2 jenis warna iaitu PUTIH dan HITAM
Harga Seunit: RM 390.00 (SEMENANJUNG) RM420.00 (SABAH/SARAWAK)
Bayaran Penghantaran Barang: PERCUMA

Sekiranya berminat, boleh hubungi Nurul Najmin Amran 0193421989 atau emailkan kepada nurulnajmin@gmail.com
Jangan lepaskan peluang dengan mendekati hati kita dengan ayat-ayat ALQuran

Friday, October 2, 2009

Iktibar dari Alquran


1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt