Wednesday, December 23, 2009

Maythem vs Samy Yusuf


I'm really sure if my husband found this blog and read through to the title, he will kill me. Why should I write 'VS'?? haha. Wa ALLAHI, I'm not compare between both of them, but just to tell the others, both of them have given me some inspiration in this life for me to go through in difficult days.and yet both of them always make me so happy. The different between them is I've never met Samy Yusuf. haha.

Semua kenal Samy Yusuf. Siapa kenal Maythem, my lovely husband? Pasti nya tak ramai mengenali Maythem. Itulah yang I really thankful sebab kalau my hubby become very popular, hidup privacy kami will be gone, semua orang kenal my hubby, semua nak tahu apa my hubby suka, semua akan jatuh cinta dengan my hubby. Oh noooo!!! macam saya pernah jatuh cinta dengan Samy yusuf sebelum berkahwin.

kelunakan suara Samy betul-betul memukau bagi sesiapa yang mendengar. Suaranya mendatar, tak menaik tak menurun, tapi apabila disampaikan dengan lirik islamik yang indah, hati akan jadi mendayu-dayu, ulang beberapa kali lagunya, pasti tak jemu. beliau adalah anak kelahiran Iran. Sama macam my hubby, eventhough my hubby is Iraqi but my mother in law is Irani. So that's mean darah Iran tu masih mengalir dalam darah my hubby.Samy Yusuf kemudiannya berhijrah ke London ketika umur nya 3 tahun dan disana beliau mula berlajar bermain alat muzik, compose muzik dan menyanyi. My hubby pulak kampung nya disana sebelah khalah (panggilan untuk mak mertua), sejak kecil juga my hubby selalu ke london dan menghabiskan pengajian degree di sana. Kiranya ada persamaan juga dengan Samy Yusuf. Hubby cakap di London memang ada satu kawasan yang memang terkenal dengan pusat penyebaran Islam dan program-program berunsur islamik. Selalu juga Samy yusuf dan Yusuf Islam @ cat Steven diundang untuk menyanyi disana. Tapi hubby belum pernah bersua muka dengan Samy Yusuf lagi.

Muka Hubby dengan Samy yusuf ada iras-iras. Mungkin adik beradik atau sedara juah. hopefully (at least it would be easier for me to meet Samy Yusuf). Cuma hubby besar skit dan hobinya makan. Banyak kali juga I have been tried to stop or less cooking food , tapi he will ask more. Sometime I bagi motivation to him to do sport especially playing Badminton. After maghrib or isyak, I akan ajak hubby pergi UTP main Badminton atau jalan-jalan disana.Alhamdulilah, I can see some changes, same goes to me. hehehe.Kadang-kadang pernah juga jealous kan hubby, cakap "samy yusuf tu Handsome, tapi kalau hubby kurus, hubby akan lebih handsome dari Samy". Then hubby reply, "why should i loss my weight to look like him, why not he gains his weight, then he looks like me".Whatever la hubby. As long as I still love you and you still love me, I dont care if you are like boogeyman or anythingelse.

By the way, to those yang belum dengar lagu-lagu Samy, I really suggest you to listen all his albums. Setakat ni , beliau dah ada 3 album, the latest is Without You. The best song is Asma Allah. Semua lagu-lagu Samy tidak sedikit pun berkisarkan tentang cinta sesama manusia. Semua tentang cinta manusia kepada Allah dan Rasul. hayatilah, I'm sure you will face like me. tak tidur malam. Alhamdulilah, at least dalam banyak-banyak pencinta lagu, Allah telah anugerahkan keistimewaan buat Samy untuk menyampaikan dakwah melalui dendangan Nasyid. Moga Samy menjadi contoh buat pemuzik dan karyawan yang lain menghasilkan lagu dan filem Islamik yang indah dan memberi pengajaran buat yang lain. Moga dakwah Samy berterusan dan menjadi rantai perjuangan dalam dunia hiburan.

Tuesday, December 22, 2009

Fasolia


Alhamdulilah,tengahari semalam sempat juga lah saya dan suami masak makanan tengahari untuk santapan bersama. Agak lama juga tak balik masak. Kadang-kadang makan diluar takpun tahan perut tunggu sampai balik dari office. Masakan yang kami masak ni tidaklah special sangat. Cukup sekadar mengisi perut yang kekosongan. Nak masak pun tak lama. Gambar yang diattach di atas bukan lah gambar sebenar tapi lebih kurang gambaran makanan tersebut. Fasolia ni boleh juga dikatakan popular dinegara Iraq. Makanan ni bahan utama nya adalah tomato puri, kacang putih dan daging lembu/kambing. Memadangkan saya ni tak suka makan kambing, maka disuruhlah suami membeli daging lembu dari kedai Rahmat. Nak rebus daging ni memakan masa yang lama. Biasalah bukan bahagian batang pinang. Bukan main liat betul daging ni. Daging direbus dalam 2-3 jam sehingga betul-betul empuk dan mudah dipotong kecil-kecil.Setelah betul-betul daging dimasak, air rebusan jangan dibuang. Air tu saya ambil untuk masak nasi. Ya ALLAH, memang sedap sungguh nasi ni. Air rebusan dan sedikit garam serta beberapa bahan rempah dimasukkan ke dalam beras dan terus dimasak menggunakan rice cooker. kalau nak sedap boleh letak kismis atau kacang badam. Untuk fasolia pulak, air rebusan itu dipakai semula bersama daging yang dipotong kecil. Masukkan Tomato puri mengikut berapa banyaknya air rebusan tersebut. Tidak terlalu pekat dan cair. Kemudian masukkan kacang putih. sedikit rempah (boleh pakai kari ayam, serbuk sup, serbuk cili, serbuk lada atau origano).garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih. kemudian boleh dihidang dengan nasi daging atau juga boleh dimakan bersama roti. Selamat mencuba.

Sunday, December 20, 2009

Part 1 : My Journey


1 Muharam sudah pun berlalu. Masing-masing ada matlamat untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. Dari yang jahat berhijrah ke baik, dari yang baik berhijrah untuk menjadi lebih baik. Dari yang muda, berginjak ke tua, dari yang tua meningkat ke usia mendekatkan diri kepada ALLAH. Tapi ada juga dari yang tua berhijrah ke muda. Mungkin dengan produk kecantikan yang melambak sekarang boleh menjadikan seseorang itu look more young. Waalahualam, asalkan jangan buat plastic surgery sudah. tak pun dah lupa asal usul keturunan sehingga ada yang sudah jadi nenek berlagak macam anak dara lagi.

Quite long time juga tak buka blog ni. tak tahu what should i write here. For me, kalau nak shere something, I prefer to write yang boleh bagi 'something to someone', dari nothing to something, dari something to everthing. Actually apabila menjadi seorang isteri ni, masa yang digunakan banyak ke arah pengurusan rumah tangga. Kesibukan jadi isteri memang tak habis. Belum lagi jadi ibu kepada 10 orang anak. I really respect and solute for those yang memang dapat manage masa dengan baik walaupun tugas nya lebih dari 5 peranan. Lebih2 lagi kalau dia seorang yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Setakat ni, let me limit my journey in my study scope. Sebab Journey seseorang tu banyak. Lagi meningkat usia seseorang, lagi banyak journey experinence yang nak dikongsi. Dalam study ni pun kita perlu berhijrah. I set my target, starting from the new Muharram, I want to focus to be better student, reading more journel, not waste my time pada benda2 yang lagha, and most important i want to target my goal to finish my study as soon as possible. Dah tak larat. Hari-hari menghadap benda yang sama. Kalau boleh I nak cepat dapat anak. Kalau tengok anak orang rasa geram2 sangat. Nak cubit,nak lambung, semuanya ada..Tapi when you start to be a mom, waktu tu kita akan rasa, kan best kalau kita masih jadi anak dara. Ini maksudnya, kita tak bersyukur dengan nikmat yang diberi. Nauzubillahiminzalik.

This is my 3rd sem. Sebelum ni I kena tukar project sebab my previous SV dapat offer kerja di oversea. I terkapai-kapai. Eventhough none of the lecturers here want to take over the project. Then another SV offered me another project yang dikatakan quite good, give more advantage. But then, the project tak dapat geran. He asked me to wait for one year after 4 months i had study and did some research about that project. Then I cakap, what should I do while waiting for one year? I need to further my study. This is my choice. I menangis, kunci pintu, tidak mahu diganggu. Esok tu I tak datang kerja, pening kepala sebab banyak menangis. Kiranya during that time, that was my 2 nd sem in UTP. Pukul 10 pagi My SV call me.

How are you? Everything is ok?

Then i answered " not really, i got a headache and it's not allow me to go to Office today, sorry"

Can you come now? I got an interview for you. Hopefully you will like it and accept this offer.

Terkejut juga. Dengan tak mandi,mata pun lebam sebab banyak menangis, I cepat2 tukar pakaian pergi Interview. Alhamdulilah, I got another offer for my job together with my study and started that sem as 1st Sem nevertheless I dah start 2nd sem.

Now and so on, I focus on this project. Quite tough juga sebab kena buat 2 kerja dalam satu masa. Sekarang I banyak deal dengan supplier. Kadang-kadang supplier ni buat kita jadi cepat marah. Sebab kerja kita selalu tergendala because of them. They have been giving a lot of reason. Sori, not enough workers, busy, meeting, dan macam2. Malas nak layan. Buat bodoh je. Tapi kena layan juga dan kena garang marah-marah kan mereka kalau tak My SV yang marahkan I balik.

herm...I might be continued for another part. See then.

Monday, October 12, 2009

HandPhone Alquran


Assalammualaikum wbt wrh
Pertama kali menggunakan Hp ni, rasa seronok teramat kerana kemana sahaja kita pergi kita akan selalu berdamping dengan ALquran. Dan Alhamdulilah, sepanjang Ramadhan, saya dapat menghabiskan setiap malam dengan satu juzuk hanya dengan menatap skrin pd Hp ini tanpa ditemani lampu disekeliling kerana Hp ini dengan sendirinya mengeluarkan cahaya. Dan yang paling penting sekali boleh dijadikan HANTARAN bagi sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan.
Ciri-ciri perisian;
-bacaan al-quran 30 juzuk & teks berwarna Rasam Othmani
-28 terjemahan bahasa termasuk bahasa melayu dan inggeris-doa khatam al-quran
-tafsir alquran termasuk Tafsir Ibnu-Kasir (Arab), Tafsir Jalalain (Indonesia, Arab, Inggeris, Perancis) -11 buah kitab hadis termasuk Sahih-Bukhari, Sahih-Muslim, Sahih Abi-Daud, Sahih Ibnu Majah dan lain-lain
-waktu solat, azan dan kiblat mengikut daerah di Malaysia dan bandar-bandar utama luar negara
Ciri-ciri telefon:
-skrin sesentuh TFT Lcd berserta pen sesentuh
-Bleutooth
-mp3 dan mp4
-FM radio
-video player(3gp)
-2 sim kad 2 band
-stereo speaker
-warranty 1 tahun
-external sim card slot
-camera 1.3 megapixel
-GPRS dan internet
Accessories:
-2 GB SD card
-1 charger
-1 battery
-1 earphone
-kompas
-buku panduan
Extra feature
-games
-unit converter
-currency converter
-world clock
Terdapat dalam 2 jenis warna iaitu PUTIH dan HITAM
Harga Seunit: RM 390.00 (SEMENANJUNG) RM420.00 (SABAH/SARAWAK)
Bayaran Penghantaran Barang: PERCUMA

Sekiranya berminat, boleh hubungi Nurul Najmin Amran 0193421989 atau emailkan kepada nurulnajmin@gmail.com
Jangan lepaskan peluang dengan mendekati hati kita dengan ayat-ayat ALQuran

Friday, October 2, 2009

Iktibar dari Alquran


1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .

5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .

6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]

7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .

9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt

Sunday, September 27, 2009

Pizza Homemade


Alhamdulilah, semalam saya dan hubby belajar memasak pizza. InshaALLAH saya kongsikan sedikit ilmu bagi sesiapa yang ingin mencuba

Bahan untuk dough (untuk satu adunan)


200 gram tepung

1 tsp garam

1/2 tsp gula

1 tsp yis (mau-ripan)

2 sudu olive oil

120ml air suam

Bahan untuk lapisan atas dough

daging/ayam kisar

serbuk lada

garam

tomato puri

daun parsley

lada hijau

tomato

buah zaitun

bawang besar

cheese mozarela

mayonaise

Cara memasak

campurkan semua bahan untuk dough dan ulikan selama 4 minit. (tepung perlu disievekan dulu -ayak). coverkan dough dengan kain/plastik dan simpan dalam oven selama 1-2 jam. ulikan semula dan letakkan dough dalam baking tray. masakkan dough separuh masak (dalam 10 minit suhu 180 C). angkat bawa keluar dan sapukan tomato puri diatas lapisan dough tadi. daging+lada+garam+daun parsley+tomato puri +air dimasak sekali sehingga kering dan sapukan pd lapisan dough yang telah disapukan dengan tomato puri.untuk hiasan letak buah zaitun, tomato, lada hijau, bawang dan apa sahaja mengikut selera masing-masing. last sekali letkkan cheese mozarela dan panaskan semula lebih kurang selama 20-30 minit. selamat mencuba.

Thursday, September 10, 2009

Rebutlah Malam Lailatul Qadar

Allah telah mewajibkan semua umat muslimin berpuasa di bulan Ramadhan dengan meninggalkan makan, minum, nafsu syahwat dan apa yang telah diperintahkan olehNya. Sekiranya kita dapat melakukannya dengan sebaik mungkin, maka ALLAH akan menjanjikan kerahmatan dan menggandakan pahala amalan yang dilakukan.
"Setiap kebaikan diganjar dengan sepuluh sampai tujuh ratus kebaikan serupa, kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan mengganjarnya."
Sekiranya perkara yang halal dilakukan sebelum berpuasa tetapi dilarang ketika Ramadhan mengambarkan latihan yang ALLAH berikan pada kita agar menjauhi perkara-perkara yang haram. Puasa bukan sahaja menahan lapar dan minum, malah ertinya lebih besar kerana bulan Ramadhan merupakan nikmat yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad dimana bulan ini dipenuhi dengan kerahmatan, keampuanan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diturunkan malaikat untuk memberi keampunan kepada umat yang beribadah di malam hari, digandakan ganjaran seperti beribadah 1000 bulan dan dibulan Ramadan jugalah nabi Muhammad diangkat sebagai Nabi dan rasul apabila surah pertama diturunkan pada 17 Ramadan.
Begitulah kasihnya ALLAH pada hambaNya yang bertaqwa.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa" (ali-Imran: 76).
Jika Allah sudah mencintai hamba-Nya, tentu Dia tidak rela hamba-Nya terus menerus berada dalam kesulitan. Allah pasti akan mengangkatnya dari "lumpur yang kotor" itu, kemudian memberi tempat yang terpuji dan mulia. Bukan sekadar cinta malah ALLAH selalu bersama-sama dengan orang yang bertaqwa. Sekiranya kita sudah berasa selamat apabila negara dikawal dengan tentera yang terlatih apalagi jika kita dikawal dan ditenteramkan oleh Allah S.W.T.
Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh ALLAH. Sekiranya kamu bersyukur, maka ALLah akan menambahkan nikmatNya.
WaalahuaALLAH. Kembalilah wahai jiwa-jiwa yang tenang kepada tuhan mu dengan hati yang redha dan diredhai.
Malam lailatul Qadar dipetik dari Sumber : http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/09/lailatul-qadar.html

Bilakah waktunya?
Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.”

Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?”
Baginda menjawab,
Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni.
Maksudnya;“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Apa berlaku pada malam itu?
Al-Qadr Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)

Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.

Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
Satu bendera diletakkan di Baitullah
Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.