“Bila nak habis master?”, “Sudah tahun ke berapa dah ni”?, “Viva dah lepas ke?” , “Thesis dan writing ke”?
Itulah antara pertanyaan yang sering ditanya oleh sahabat-sahabat dan kakak-kakak bila aku berjumpa dengan mereka dalam beberapa sessi program yang dirancang. Kadang-kadang rasa tebalnya muka bila nak jawab balik pertanyaan mereka. Tidak pun, rasa berat hati nak pergi mana-mana program lebih-lebih lagi kalau bab ziarah menziarah sahabat-sahabat lama yang tinggal berjauhan.
Hmmm…bagaimana nak mula? Perit rasanya apabila menanggung seksa batin sebegini. Rasa nak terjun je dalam lombong, habis semua cerita. Tidak pun, nak je pergi ke Oversea, orang disana takkan tahu kisah hidup kita. Namun kalau sejauhmana pun kita berlari, masalah tetap membelungi dalam diri. Masalah akan hilang bila kita sendiri yang berupaya untuk berhadapan dan menyelesaikannya dengan sempurna.
Memang tak terbilang dengan jari berapa banyak dah titisan air mata ni mengalir. Sebelum ditaklifkan dengan jawatan tertinggi muslimat dalam IMPROF (NGO), dah niat dihati untuk berhenti je belajar. Kenapa? Teruk sangat ke Master yang aku ambil ni? Reseacrh, research….memang menarik, tapi kalau kerja berhempas pulas, ibarat buat seperti PHD, result pula entah betul entah tidak, rasa tak sanggup nak lagi untuk meneruskan perjuangan.
Ingat lagi masa meeting sebelum perlantikan AJK dibuat…”akak, najmin ni tak de apa jika dibandingkan dengan yang lain. Lantiklah mereka yang lebih berhak”….
Jawab Kak Faizah dan Kak Umi….”min ada Master”…
Terkedu sebenarnya bila jawapan itu yang diberi…akak…min belum habis Master, entah dapat teruskan atau tidak…tangisku dalam diam…namun aku gagahi juga perjalanan ku walaupun perit…terima apa yang tersurat…walaupun hati ini tidak dapat menerima secara tersirat…
Master ku berkenaan dehydration. Aku perlu buat satu development baru yang aku percaya bila sesuatu solid bercampur dengan solid tersebut akan dapat membantu menghasilkan product yang bagus. Bukan jual product kecantikan ye…tapi planning untuk mendapat product methane yang berkualiti selepas melalui beberapa process screening. Namun equipment untuk aku membuat experiment tidak disediakan di universiti. Maka bila berbincang dengan SV dan mendapat geran dari PETRONAS, jadi aku ‘terpaksa’ menghasilkan satu equipment baru yang kini dipanggil “Coalescer Performance Evaluation Test Rig”. Rasa nak je letak nama Najmin’s equipment, sekurang-kurang orang tahu bertahun-tahun aku menyiapkan equipment tu. Bermulalah dari tahap pertama aku perlu design, kemudian mencari supplier untuk fabricate sehinggalah trouble shoot berbulan-bula. Bila ada masalah yang berlaku, kena buat development yang baru…tak pun hantar balik beberapa unit ke US/UK. Tunggulah berbulan-bulan lagi.
Pernah sekali sebelum usrah bermula, adlina pernah tanya kenapa muka aku pucat. Tapi alasan yang diberi sebab penat. Hakikatnya baru penat menangis sebab mass Flow Controller tak berfungsi. Bila telefon supplier, supplier minta beli baru sebab warranty dah habis…bila tanya harga…mahu dekat RM10,000. Waktu tu memang bad mood. Cakap pada husband…nak berhanti juga, tapi husband suruh tunggu..kita trobleshoot sama-sama. Lepas 2 minggu, mass flow controller dah berfungsi semula…Syukur Alhamdulilah…Ini antara ujian yang ku terima…husband selalu ajar…kalau ada masalah ucapkan..”Alhamdulilah A’la Kulli Syaii” dan yakinlah ALLAH pasti membantu kita. Aku teruskan juga perjuangan untuk mendapatkan Sijil Master ku…pernah beberapa kali aku dan husband tidur di lab sampai pukul 4 pagi. Sebab data kena amik setiap 10 minit dan experiment kadang-kadang habis lebih dari 24 jam. Siap bentangkan toto dan bantal diatas lantai menghadap equipment. Kesian tengok husband..sanggup teman aku semata-mata untuk beri galakkan dan motivasi. Pada malam tu mata memang nak pejam, tapi bila nak tutup je mata, alarm telefon setiap 10 minit pun berbunyi. Memang tak sempat nak rehat. Bila dah tengah malam begitu, rasa badan pun tak sedap. Suasana hening membisu hanya kedengaran cengkirik yang mendendang kan lagu. Husband dah berdengkur waktu tu walapun tempat tidur tak selesa mana pun. Nak tengok kanan kiri tak berani…walaupun hakikat kita percaya bahawa manusia dicipta sebagai khalifah dan kita lebih baik dari makkhluk yang lain. Tidak perlu takut dan gentar dan percayalah ALLAH Maha Kuasa. Namun fikrah sebagai manusia, perasaan gentar tu tetap ada lebih-lebih lagi bila pakcik guard selalu je cerita kisah-kisah seram mereka lebih-lebih di block 3 (tempat experiment aku ni). Lastly, pukul 4 pagi tu terus kejutkan husband minta balik. Dengan alasan badan dah gatal-gatal sebab tak mandi pagi padahal penakut…Astaghfirullah…Minta AlLAH ampunkan dosa ku.
Pada mulanya aku nak beli Data Acquisition System (DAS) untuk rekod data secara auto. Bila telefon dengan syarikat CHINA (itu antara supplier yang paling murah), setiap usb harga RM 1000. Aku perlukan sekurang-kurangnya 5 USB… tak mampu…aku padamkan sahaja harapan untuk beli. Sepanjang experiment aku perlu buat secara manual…penat…. Alhamdulilah…tiba-tiba student aku beri idea untuk pakai web cam, letak di hadapan data. Mana nak cari web cam? Syukur, SV bagi pinjam secara percuma…maka bermula detik pertamanya aku merekod data secara auto dengan menggunakan web cam. Tak perlu tunggu sehingga 24 jam menghadap depan experiment lagi. Esok pagi dah dapat data. Terima kasih…..
Antara masalah yang lain ialah bila tenaga kita sebagai wanita tak segagah lelaki. Untuk membuka column, tenaga ku memang kalah. Nak minta tolong lelaki, kadang-kadang kena ikut masa mereka. Banyak kali juga buka column sendiri tanpa bantuan sesiapa. Rasa macam hebat je bila kita pegang spanar macam buat kerja lelaki. Masa mula-mula dulu nak cabut pipeline pun tak reti…tapi sekarang semua benda dah berani buka. Tapi mak selalu pesan, kalau nak buat kerja berat, kene kemut. Nanti rahim jatuh….. ntahlah, tapi alhamdulilah…tak pernah rasa sakit apa-apa lagi. Namun yang selalu bagi inspirasi yang baik adalah husband ku. Walaupun waktu tu dia ada meeting dengan SV, dia datang juga ke tempat ku semata-mata nak tolong buka kan column…..
Mungkin bagi yang mendengar dan melihat tidak merasa apa yang kita tanggung. Mungkin masalah yang kucerita ini tak banyak…tapi ujian yang kulalui tak terkata…energy supply untuk heating element 'trip', heater terbakar, moisture analyser tiada reading, pipeline tak cukup panjang, liquid carryover, methane gas tak cukup, saturation vessel tidak function, supplier mungkir janji, …macam –macam lagi. Paling mencabar sekali bila buat experiment dalam gelap. Saya dah pun telefon maintenance dan security UTP supaya jangan off kan lampu selepas pukul 11. (sebab lampu di UTP akan auto off selepas pukul 11). Bila dah terpadam dan call mereka semula, mereka sudah pun pulang ke rumah. 2-3 kali buat experiment menggunakan lampu handphone. Rasa dah tak sanggup nak bagi beban pada husband mendengar kisah-kisah sedihku…kadang-kadang nangis je sorang-sorang… berdoa pada ALLAH sebab ku tahu banyak dosa yang kulakukan, anggap sebagai kafarah atas dosa yang lalu….
Paling terbaru masalah yang pernah ku lalui minggu lepas bila nak beli barang dari Singapore. SV minta aku pakai duit ku dulu dalam RM 5000 sebab material tu nak pakai dalam masa seminggu. Kalau tunggu Finance UTP, kena tunggu berbulan-bulan. Tak mengapa, untuk mencari ilmu, perlukan pengorbanan. Aku pun keluarkan duit tabung haji dan terus transfer ke Singapore. Pun begitu setelah 2 minggu berlalu, Syarikat di Singapore belum terima kerana mereka tersalah bagi no akaun. Allah maha mengetahui, nasib baik transfer money tu pending. Sebab bila syarikat Singapore tu sudah terima, mereka minta kita datang ke Singapore untuk ambil barang. Yang pelik tu takde pulak kata dalam quotation/memo minta kita ke sana. Yang ada hanya “ Material will be delivered within one week after the payment”. Bila SV tahu pasal masalah ni, terus dia minta cancelkan pembelian dari mereka. Alhamdulilah la…Syarikat disana belum terima lagi, kalau tidak terpaksa bayar charge Remittance Transfer ke sana. Walaubagaimana pun duit saya masih belum diterima lagi. Bila telefon bank, mereka cakap makan masa sikit. Mungkin dalam 3-4 minggu. Tapi aku diberitahu duit tu berkurang disebabkan currency berubah. Tak mengapalah, asalkan dapat semula duit tu.
Mehnah, Tribulasi, Ujian, Obstacle…..namun anggaplah ini sebagai pengajaran dari ALLAH agar kita terus matang dan tidak mudah mengalah. Ada beberapa lecturer (termasuk Prof dari Japan) sebelum ni meminta aku claim kat Master ni sebagai PHD. Sebab scope kerja yang aku buat ni quite tough ala-ala standard PHD (ceewaah). Bila tanya kepada Head Deapartment PG, aku sepatutnya dah ada result masa 1 tahun setengah pengajian ku. Bila result tu dah publish to journal baru boleh continue another 1 and half year to complete PHD. Tapi aku sekarang dah 2 tahun setengah …mesti best kalau aku tukar ke coursework…entahlah..ada orang cakap masa tak flexible….waallhua’lam. Anggaplah apa yang kita lalui kerana bersesuaian dengan takdir yang telah ditentukan. Mungkin ini yang terbaik untuk ku. Maka disinilah aku ditempatkan.
Ya ALLAH, aku mohon kepada Mu agar Kau permudahkan setiap apa yang aku lakukan untuk menamatkan pengajian master ku. Walaupun banyak badai yang melanda, aku akan teruskan perjuangan ku. Walaupun banyak cakap-cakap dari orang yang menyakitkan hati, akan ku pekak kan sahaja kerana sesungguhnya ALLAH lah yang Maha Mengetahui setiap apa yang hambaNya lakukan dan tempuhi.