Sudah 3 hari aku tak bertemu suami ku. Hari pertama dulu bila aku pergi ke Cameron menghadiri program Family Day Muslimat. Hari ni hari kedua aku ke galas hingga la ke hari ini. Rindu memang menebal. Tapi tak pernah aku tunjukkan mimik kerinduan muka ku ni kepada makcik-makcik muslimat. Dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu. Aku rindu masak untuknya, rindu berbual depan-depan dengannya, namun inilah pengorbanan yang aku perlu tempuhi. Sebagai pejuang yang ingin menegakkan syariat Islam, inilah antara liku-liku kehidupan yang perlu ku tempuhi. Bila Dr najihah minta aku tangguhkan kepulangan ku hingga lepas Asar, aku terus message suami ku minta pendapat kerana pada asalnya aku merancang untuk balik selepas sarapan pagi. Namun suami tetap redha dengan pemergian isterinya yang kini jauh di Kelantan. Hati aku menangis. Tangisku tiada siapa yang dapat didengari. Aku bersyukur mendapat suami yang sangat memahami kondisi aku.
Dalam sibuk tubuhku membantu masyarakat di Galas, hati aku tidak keruan. Aku mendapat panggilan telefon dari secretariat university di Kuala Lumpur meminta aku menghantarkan Full Paper Research Study untuk Conference yang akan diadakan di Hotel Midvalley. Aku hanya diberi tempoh selama 3 hari dan diminta hantar selewatnya Isnin pagi. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sesaknya nafasku untuk menyiapkan paper tersebut. Pada hari sebelum berangkat ke Cameron, aku bawa sekali laptop dan beberapa paper journal untuk dijadikan rujukan. Bila ada masa terluang, aku cuba menyiapkan paper conference ku walaupun ketika itu semua muslimat lena diulik kesejukan berhawa dingin di bumi Cameron Highland ini. Sesekali terdengar juga nyalakan anjing di luar homestay mencari baki-baki makanan sisa dari barbecue yang diadakan malam itu. Aku kena siapkan cepat kerana esok pagi aku bersama adik-adik Nisa' akan menganjurkan 'games' bersempena dengan Family Day muslimat-muslimin. Tetapi sayangnya, kesejukan di waktu malam mengigit-gigit tubuh ku memaksa aku memejamkan mata. Hanya satu muka surat sahaja aku dapat siapkan. Ya ALLAH, bantu lah aku....berikan kekuatan dan kelapangan untuk aku menyiapkan tanggungjwab aku sebagai pelajar.
Namun begitu, setelah selesai program Family Day ini, kami semua berangkat ke Galas berkonvoi dengan beberapa buah kenderaan yang lain. Mulanya rancangan kami untuk pulang selepas maghrib, tapi keadaan yang sangat memenatkan selepas meninjau beberapa kawasan disana, kami berhenti di masjid lalu membentangkan apa yang ada di tangan kami dengan berbantalkan beg pakaian dan terus lena sambil hujan renyai-renyai menyanyikan melodi. Selepas bersarapan Dr Najihah meminta aku membantunya dalam pemeriksaan kesihatan sehinggalah petang. Dalam perjalanan pulang ke Seri Iskandar Perak, aku tidur dengan nyenyak kerana aku memerlukan tenga untuk menyiapkan Paper Conference sebelum dihantar ke secretariat sebelum esok harinya. Pukul 5 pagi, alhamdulilah aku berjaya menyiapkan nya walaupun tidak sempat disemak oleh supervisor ku. Namun aku berharap paper aku ini berjaya dipilih untuk dibentangkan di Internation Conference nanti. InshaALLAH....
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Artinya : “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa,” (QS. Al Hajj : 40)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ
Artinya : “Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (QS. Muhammad : 7)