Tuesday, June 10, 2008

Harga minyak adalah BALA dari TUHAN


Kenaikan minyak yg melambung2 membuatkan ramai rakyat yg tidak dpt tidur lena memikirkan cara perbelanjaan harian yang baru. Kenaikan harga minyak menjadi rantain kepada kenaikan harga barangan yang lain. Beras, minyak masak, nasi lemak yg dulu harga nya rm 1 naik kepada rm 1.20 tambah telur mata kerbau naik jadi rm 1.70. kuih yg seceput muat dikunyah sekali je dah Rm 0.40. alahai.....inilah nasib yg menimpa rakyat MALAYSIA YANG TELAH DITEMBELANG OLEH KERAjaan.


Walaupun yg bujang tidak byk keperluan barangan dapur dan barangan keluarga ; Pamper, susu etc, tapi yg bujang inilah sentiasa memikirkan cukupkah duit yg dikirimkan pada keluarga di kampung. Cukupkah keperluan dapur untuk ibu dan adik2 untuk mengisi kelaparan perut. aduh..............dahlah hidupku bujang, tiada gaji yg boleh dikongsi dgn pasangan, minyak perlu diisi, mana boleh isi dgn air mineral. Sewa rumah, bil api (tarif elektrik akan naik), bil api (bila pula akan naik?).............semua perlu dipikirkan dgn teliti. kalau boleh biarlah hidup susah sama2, senang sama2.


Tapi bila bermuahasabah semula, semua nya adalah bala dan ujian dari yg HAK. kita semua manusia biasa. menumpang di Bumi yg sementara dan menunggu masa sahaja mendengar tiupan sangkakala. PATUHNYA BUMi, MATAHARI dan BULAN pada perintah ALLAH. Bala yg diberi bukan untuk KERAjaan sahaja, tp untuk diri sendiri. BALA KERAjaan disebabkan pengurusan wang yg tidak teratur dan sistematik. Rolling keuntungan, tax dan sebaginya disalurkan pada tempat yg salah. Koridor habis berjuta2, padahal projek tak nampak lagi, perasmian yg lebih2. MEMBAZIR!!! rasuah dan maksiat berlambak2. zakat tidak dikeluarkan. Dari sumber yg sahih, keuntungan PETRONAS tidak pernah disalurkan pada zakat harta. MANA PERBERSIHAN HARTA??? itu sebab nya KERAjaan mula dah basah punggung, terlompat2 menahan cacian rakyat. tp hidup mereka masih biasa - KAYAP. duit rakyat tetap diguna....biarlaHHHHH.


ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG. ALLAH taknak hamba2 nya soleh, yg tidak berdosa dan yg hidup dibwh pimpinan yg ZALIM memakan harta yang HARAM. Kemudahan yg kononnya dinikmati oleh rakyat mungkin dari duit dan harta yang tidak sah. Biarlah duit kita dikeluarkan sedikit walaupun beban, tapi sebenarnya ALLAH tengah menguji hati dan harta kita agar sentiasa bersih dari dosa dan batil. beringatlah, harta yg dinikmati adalah Hak ALLAH, pinjaman sementara, bila2 sahaja harta kita akan diambil semula, gunakanlah sebaik yg mungkin, bykkan sedekah dan zakat, percayalah, walapun sedikit gaji yg diterima setiap bulan, apabila kita lakukan semuanya kerana ALLAH, PASTI harta yg diterima akan diberkati. walaupun gaji tidak setinggi mana, tapi ianya tidak pernah habis.


YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI ORG YG SENTIASA BERSABAR. TAMBAHKANLAH IMAN DAN AMAL KAMI AGAR KAMI SENTIASA BERADA DI BWH RAHMAT MU YA ALLAH.

No comments: