Friday, June 27, 2008

Bersabarlah sayang....


Surah al-Baqarah ayat 214.Maksudnya :

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

Begitulah orang-orang terdahulu yang telah diuji oleh ALLAH padahal mereka itu orang2nya soleh, para sahabat nabi malah org yg plg hampir dgn Nabi. Kerana dahsyatnya ujian yang mereka hadapi, terlontar dari mulut mereka, bahkan dari mulut nabi-nabi, mereka ungkapkan: "Bilakah pertolongan Allah SWT. akan datang ?. Tetapi mereka tetap bersabar dan redha bahawa ALLAH akan menggantikan sesuatu yang lebih baik.

Aisyah mendapat panggilan dari ibunya selepas selesai menunaikan solat zuhur pada hari jumaat. Dalam keadaan sayu, ibunya berkata bahawa jiran-jiran di shah alam telah memberitahu bahawa rumah yg hampir 15 tahun diduduki akan dilelong dalam masa seminggu lagi oleh mahkamah kerana ayahnya tidak membayar harga rumah lebih dari setahun. ayah aisyah telah bercerai dgn ibunya sudah 2 tahun. tiada nafkah yang diberi lebih2 lagi pd aisyah dan adiknya humaira sedangkan tanggungjawab bg seorang anak perempuan belum berkahwin di bwh tanggungan ayah nya lagi.

Sedih tak terkata. Aisyah cuba menenangkan ibunya yang sedang menangis kemarahan terhadap sikap bekas suaminya. Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut.

"ibu, bersabarlah...mungkin ALLAH sedang menguji kita. Allah sedang mendidik hati kita secara langsung bu....kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu".

Surah al-Ankabut ayat 1-3.Maksudnya :

1. Alif, Laam, Miim. 2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.

Selepas selesai menyiapkan kerja, aisyah terus mengambil ibunya yang sedang menetap di Ipoh. Setelah setahun lebih nenek Aisyah meninggal dunia, ibulah yang sentiasa menjaga, mengemaskinikan rumah nenek. Walaupun nenek adalah ibu tiri kepada ibu, tetapi nenek sangat sayangkan pada ibu sehinggakan sebelum meninggal, nenek sempat berwasiat kpd ibu untuk menengok2 kan rumahnya apabila arwah tiada. Nenek ada 2 orang anak setelah berkahwin dgn Bapa ibu (ATuk Aisyah). Nama tanah tetap akan jatuh kepada nama 2 orang anaknya. Tapi atas kebaikan adik2 tiri ibu, ibu diberi peluang untuk tinggal di rumah itu wlpn ibu tiada hak ke atas rumah di ipoh. ALLAH masih sayangkan kita bu.......

2 hari kami berkemas untuk mengambil barang2 kesayangan sebelum rumah ditutup dan dilelong. byk kenangan yg kami hadapi dan rasai disana. Tak mengapa bu....itu semua harta dunia. ada benda yg lebih baik yg sedang menanti.....bersabarlah sayang....

Alhamdulilah, ada juga yg sudi membeli perabot2 di rumah kami. Kami tidak mampu untuk menyewa lori yang besar untuk memindahkan barang dari shah alam ke Ipoh. Lagipun mana kami nak letak barang2 kami di IPOH. itu bukan rumah kami....kami sedar kami hanya menumpang.....dgn duit yang kami dapat hasil jualan, kami simpan untuk perbelanjaan untuk menghadapi hari2 yang mendatang. mungkin ALLAH akan menguji kita lagi bu....tapi kita kena bersedia menghadapi nya kerana masakan ALLAH menimpa sesuatu itu dgn sia2.

Aisyah cuba menelefon ayahnya yang kini berada di luar negara setelah berkahwin dgn makcik dan mendapat 2 org anak. ayah mampu ucapkan " Maafkan ayah, ayah tak mampu nak bantu, ayah takde duit untuk membayar harga rumah". Aisyah terus mematikan talian telefon. Itu saja ke yang ayah mampu kata?? kami ni siapa? bukan kah kami ni masih anak2 ayah yg sah. Mana ihsan dan kasih sayang ayah terhadap kami? sekiranya tiada pertolongan dan simpati dari adik2 tiri, mungkin kami dah bermusafir di kaki lima. Ayah tetap ayah. Benci kita pada ayah, darah yg mengalir di badan Aisyah adalah sama dgn darah ayahnya. Moga ayah insaf dan kembali ke jalan sebenar. Putaran hidup didunia tidak selama2nya diatas dan tidak selama2nya berada di bwh. Ada cahaya yang senang menanti di sana bu....bersabarlah sayang....

"Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepada kami. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku dan keluargaku yang lalu. Ujian ini ialah didikan terus dari Allah SWT. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah yang 99 itu tidak dapat diperoleh dengan mudah. Ia tidak dapat diperoleh dengan hanya bermain-bermain dan berseronok ria di dunia ini tanpa usaha dan perjuangan. Aku akan terus berjuang. Bersabarlah ibu dan adik2. Moga diriku dan dirimu sentiasa dilindungi dan memberi kekuatan untuk menghadapinya."

Aminn....

No comments: