Tuesday, July 15, 2008

Rahmat disebalik peristiwa 11 July 2008, 10 malam



Bang!!! dum bedebum!!!

Astaghfirualla'azim.....langgar apa tu?


Malam kejadian, saya, ibu dan kawan sepejabat (kak ana) sedang dalam perjalanan pulang dari Perak ke Kuala Lumpur. Niat di hati ingin bertolak selepas waktu pejabat. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu memandu pada waktu malam. Cemas sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini memandangkan tiada lelaki muhrim yang menemani kami.

Namun setiap perancangan itu ditentukan oleh ALLAH. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan walaupun waktu pejabat telah lama berlalu. Akhirnya saya mengubah 'planning' untuk bertolak selepas waktu Maghrib. Dengan kelajuan 110km/sejam, ditemani suasana gelap dan diterangi cahaya bulan serta lampu yang malap, ibu pun terlelap seketika selepas penat menyiapkan gelang crystal yang ditempah oleh rakan jirannya petang tadi. Saya dan kak ana masih rancak berborak tentang isu-isu politik yang sedang melanda di Malaysia seperti tsunami yang tidak berhenti menghentam pantai.


Tiba-tiba, dalam kegelapan malam sehening kalbu, saya terlanggar satu 'benda' yang hentakannya tersangat kuat. BAM!!!, ya ALLAH, langgar apa tu? ibu yg sedang enak diulik mimpi terjaga. Kereta yg dipandu terus melanggar benda tersebut tanpa sempat membrek dan benda yg dilanggar itu telah pun berada di belakang kereta. Risau juga, sekiranya saya menekan brek mengejut, kemungkinan besar kereta belakang akan melanggar kereta kami dan kemungkinan juga kereta kami akan berpusing 360 darjah di jalan raya. Iyelah, bawanya pun laju, semestinya brek yang mengejut menambahkan lagi pecutan inersia kereta.




Kak Ana terus memandang ke belakang. Pemanduan diteruskan. Sebenarnya kami terlanggar sebiji tayar lori yang sangat besar berada ditengah-tengan jalan. Saya fikir tidak perlu menghentikan kereta, kerana yakin kereta kami tidak ada apa-apa masalah memandangkan yang dilanggar itu hanya sebiji tayar.


Setelah sampai di KL sentral untuk men' drop'kan Kak Ana yang ingin mengejar LRT terakhir, kami terdengar bunyi yang pelik dari kereta kami. Ngek ngok, ngek, ngok. Bimbang menyelubungi diri. Beberapa orang yang sedang menunggu di kaki lima KL sentral melihat kereta kami dengan memek muka yang pelik. Saya pun mematikan enjin kereta dan segera turun melihat apa yang berlaku pada kereta kami. Ya ALLAH, bumper kereta saya remuk. Hilang bahagian penghadang angin di bawah kereta. Skirting dan spot rim kereta patah.



Ketensionan melanda dalam jiwa. Berapa wang yang perlu dikeluarkan untuk membaiki kereta saya? Empunya tayar lori pun kami tidak tahu, bagaimana ingin meminta ganti rugi. Sepanjang perjalanan, saya hanya membisu memikirkan masalah yang dihadapi. Duit poket semakin berkurangan. Ibu menelefon adik lelaki saya, Faizal dan menceritakan apa yang telah berlaku.


" Alhamdulilah, nasib baik akak dan ibu takde apa-apa. Allah telah melindungi akak dan ibu sebenarnya. Bersyukur lah kepada ALLAH". Kedengaran ucapan syukur suara adik dari handphone ibu.

Saya terkedu. Insaf . Memang benar, setiap yang berlaku ditentukan oleh ALLAH. Mengapa perlu bersedih dan berduka dengan kejadian yang menimpa diri. Inipun baru sedikit ujian yang ALLAh timpakan.Kita perlu bersyukur kerana ALLAh masih ingin menyelamat nyawa kami tanpa menghadapi sedikit luka pun. Duit boleh dicari, nyawa tidak dapat diganti. Terdetik dalam hati, nasib baik saya membaca doa sebelum naik kenderaan, kalau tidak baca, mungkin lagi teruk jadinya. Sesunguhhnya setiap kali kita berdoa sebelum melakukan apa-apa perkara, malaikat juga akan mengaminkan doa kita dan melindungi kita dengan setiap perbuatan yang kita lakukan.

Berkenaan dengan duit, itu semua rezeki dari ALLAH. Kemungkinan juga ALLAH sengaja menarik rezeki kita untuk perbersihan harta. Kita tidak sedar rezeki yang kita perolehi setiap bulan kemungkinan ada beberapa peratus yang masih syubhah. Mungkin kerja yang kita lakukan tidak sebenyak dengan gaji yang diterima. Disinilah penyucian rezeki agar kita dijauhkan dari menuju ke jalan-jalan yang menghampiri kepada haram

No comments: