Wednesday, July 2, 2008

~~~Salam Rindu Buat Sahabiah~~~


Emel ini ditulis pada 19 December 2007, wednesday 1.32pm


InsyaALLAH, dikesempatan ini min rasa mcm2 nak luahkan pd sahabat2 since min baru saje abih hantar report Master, dan mungkin agak kelapangan skit skrg sebelum nak balik ke ipoh ni.

kepada kak che yah, kak ein, alin, aini, syud, zifa, zu, idah,ain kak put, sumay, shu, farah, fatihah, ecah, aini dan hanis.(hopefully min sebut kesemuanya) yg min sgt2 sayangi. memang tak nafikan, bila mana dan pd suatu ketika bila kita keseorangan terasa diri betul2 terasing. kenangan kita bertamrin, duduk serumah, masak memasak susah sgt nak kecapi semula bila masing2 sedang sibuk dgn kehidupan sendiri. bukan meminta untuk berkumpul semula, cukuplah sekadar doa dari sahabat agar kita tidak jauh dr islam dan jemaah.

min disini agak kesunyian tanpa teman yg boleh dikongsi suka dan duka. bila rasa nak menangis je, ada lah 'somebody' yg akan min call. akak2 disini semuanya sudah berkeluarga dan kesibukan mereka lebih byk berbanding kita yg kerdil ini. tinggal pulak dipelosok bandar u, berdekatan dgn lombong dan contractor indonesia . nak menetap di UTP tak layak pulak. housemate berulang2 balik ke kampung disebabkan sibuk untuk persiapan perkahwinan. bukan mengeluh dgn apa yg dirasai, tp min rasa bangga dpt berdikari sendiri. pengalaman yg kita perolehi kadang2 banyak mengajar mematangkan diri. ketakutan sentiasa menyelubungi bila pulang dari meeting lewat malam tp cukuplah dengan zikir dan doa sebelum masuk ke rumah. ujian plg berat apabila diajak untuk ke program/meeting pd waktu malam sebab tiada berteman, tp digagahi juga kaki sebab taknak mensia2kan apa yg kita perolehi sepanjang berada di utp. biarlah segala pengalaman, ilmu wlpn tak byk dikongsi bersama daripada kita simpan sorang2 dirumah. min tak nak min akan ketinggalan berbanding sahabat2 dlm melakukan gerak kerja. kadang2 jauh dilubuk hati, tertanya apa yg sahabat2 sedang lakukan, dan kadang2 perasaan cemburu seringkali muncul dgn apa yg sahabat dpt dan perolehi berbanding kita. tp seprti yg ketahui, dlm kesenangan yg kita mahukan, perlukan kesusahan terlebih dahulu. biarlah takut, keseorangan, malas dan sebagainya akan kalah dan lenyap dgn adanya semangat kemenangan ISLAM dalam jiwa. bukan riak yg ingin min tunjukkan dan min sendiri bukanlah yg terbaik (hampeh byk), tp cukuplah sekadar perkongsian pengalaman yg boleh diambil teladan untuk sahabat2 yg dicampak kemana2 hatta di negara org sekalipun. selagi mana nama ISLAM dijunjung, selagi itulah kita sentiasa di bwh lindungan NYA.

untuk sahabat2 yg akan melangkah ke gerbang perkahwinan, tahniah dn doa min panjatkan. buat fatihah yg min sayangi, rindu sentiasa menebal lebih2 lagi bila disingkap kenangan pertama kali kita berjumpa semasa raya. hinggakan ayah min terkejut, kemesraan kita bagaikan sudah pernah byk kali berjumpa. untuk alin yg min rindui, terima kasih kerana sudi jadikan bahu dan telinga untuk min luahkan masalah dilubuk hati. untuk kak che yah, terima kasih berikan masa untuk mengangkat telefon wlpn tengah malam untuk mendengar ngomelan dan tangisan min. kak ein, gembira sgt mengenali diri akak. tingkah akak buat min sentiasa bahagia. buat aini yg manja, byk rahsia yg kita kongsikan sepanjang akhir sem ni.=).

syud yg sentiasa disayangi semua org, terima kasih kerana memberi min pengalaman. suka duka yg kita lalui buat min sentiasa mengingati diri mu. zifa, sernok mengenali diri mu. lebih seronok bila kita berjalan bersama2 kekelas reservoir. actually Dr Ismail kita tu org kuat PAS. zu, idah, kak put, shu, thanks alot diatas segala nasihat dan pertolongan. shu, kalau ada smthing nak luahkan, bgtau ye. jgn simpan sorang2.sumay (if baca lepas balik haji),......tak tau nak cakap ape sebab u are my best2 and sweet frenz. farah, pengalaman semasa lawatan ke rumah dr Lo'lo' takkan min lupakan,tak kering gusi dibuatnya. ain, thanks sudi menjadi kak long min. ecah dan hanis, wlpn jarang untuk berkongsi sesuatu, tetapi cukup min beritahu, i'm really admire both of u.

hehe, rasa macam dah takde hari esok untuk min pulak(mcm2 nk cakap).actually ini saje yg mampu min kenangkan untuk menghargai ukhwah yg kita jalinkan. dikesempatan ini juga, min nak ucapkan selamat hari raya korban. semoga kita mengambil manfaat dari segala perkara yg kita perolehi dan Selamat bertugas untuk pilihanraya yg bila2 masa sahaja akan berlaku.

No comments: