Monday, July 7, 2008

Sejauh manakah kita bertahaluf siasi dgn mereka?


PROTES anjuran GERAMM telah pun diadakan pada satu tarikh yg sgt cantik, kiranya boleh dijadikan satu tarikh bersejarah supaya menjadi ingatan kepada generasi akan datang. Mampukah 06.07.08 dinobatkan sebagai peristiwa sejarah? sayang seribu kali sayang, satu peristiwa yg sgt 'memalukan' lebih2 lagi bg mereka yg berpegang teguh kepada prinsip agama ISLAM iaitu parti politik PAS.


Benar kata Roslan sms, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Walaupun saya tidak berada di situ, tetapi berita yg cepat meluas lebih pantas dari kilat telah menyentak naluri saya sebagai seorang ahli PAS . Penyanyi utama dari kumpulan Carburetor Dung telah berlaku biadap di Stadium Kelana Jaya . Tindakan penyanyi itu yang menayangkan punggung di khalayak ramai adalah satu sikap yang sgt2 kurang ajar dan boleh dikatakan GILA!!


Terkilan sungguh, dari jauh saya mendoakan agar objektif DEMO PROTES itu dapat direalisasikan. Suara2 rakyat yg menderita disebabkan isu kenaikan harga minyak sekurang2nya kerajaan dapat mengambil tindakan yg bijak dan tidak berlaku zalim kepada kami. Sayang seribu kali sayang. objektif jauh tersasar, tersasar hilang ntah ke mana. Mengharapkan minyak dapat diturunkan, tetapi minyak rakyat bertambah untuk sampai ke Stadium Kelana Jaya.



Sedih, bukan menyalahkan sesiapa dalm isu sebegini. sekiranya kita berada di tempat penganjur, pasti kita juga tidak tidur lena memikirkan masalah yg boleh memberi impak kepada PAKATAN RAKYAT. Terdetik dalam hati, sejauh manakah kita bertahaluf siasi dgn PKR dan DAP? Misi dan Visi PAS adalah beruasaha menegakkan Daulah Islamiyyah di Malaysia. Saya sgt tidak setuju apabila kita terpaksa menjaga hati rakan seangkatan kita dgn bersetuju memasukkan unsur hiburan sebagai salah satu agenda dalam mencapai objektif. Bukan bermakna kita buang terus artis2 begini, tetapi ada caranya untuk kita menasihati mereka agar tidak tersasar terus dgn niat kita mengajak mereka kpd Islam. sekiranya kita diberi peluang kepada penyanyi yg penampilan sgt 'merismaskan', rambut yg panjang dan kusut masai, mungkin ia akan mendatangkan fitnah pd kita dgn mempamerkan yang ISLAM tidak kisah sekiranya penampilan seteruk begini diberi mandat dalam usaha memberi nasihat kepada khalayak UMUM. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Jangan sesekali mencampuradukkan Islam dgn perkara mungkar. PAS perlu bertindak tegas dalam mempertahankan prinsip. PAS bukan ditubuhkan untuk menjadi mangsa kepada PKR dan DAP. Tegas2 PAS pun, tapi cara dakwah perlulah dgn bijaksana dan lembut. Cakap senang, tetapi untuk lakukan memang payah. Perbanyakkan doa dan taubat. Kita anggaplah setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Ambil pengajaran dari perkara yg lepas. jangan nila setitik yg telah pun tertumpah disusu menambahkan lagi kehitaman dalam susu tersebut. Semoga pemuda pemudi generasi sekarang mengambil iktibar kerana kamilah (saya guna perkatan kami kerana saya termasuk dlm generasi ini) yg akan menjadi pemimpin Islam seperti mana yg ditelah difirman kan oleh ALLAH. semoga Roh para ulama dan solehin menjadi nadi kepada kami dlm mempertahankan kesucian ISLAM.

No comments: