Monday, August 11, 2008

Maafkan ku sahabat

(berdiri) azah, ema, najmin, x ingat, x ingat,suzila,natasha,cikgu BM, x ingat, x ingat, juliza, hawa, salbiah,rashidah,
(duduk) fizah,siew fong, x ingat, lizawati,shima, liyana, sarah,izzati,x ingat, laili,meera, azura

“Min, kawan sekolah rendah kita nak kahwin hujung minggu ni.Jangan lupa balik Shah Alam. Boleh kita buat gathering ".

Message yang baru diterima pada hari khamis dari Liyana Rosni. Jiran saya di Shah Alam dan juga kawan baik semasa di sekolah rendah. Siti Sarah gadis lembut dan ayu (gelaran yang diberi semasa belajar di sek ren Seksyen 20) akan melangkah ke alam perkahwinan pada ari Ahad ni. Sungguh mengembirakan hati.Tinggal 4 hari lagi saya perlu membuat keputusan sama ada ingin pulang menaiki kereta atau menaiki bas. Saya memutuskan untuk menaiki bas sahaja memandangkan harga minyak melambung tinggi dan tiada teman yang ingin menumpang semasa pulang nanti.

Alhamdulilah, tiket sudah pun dibeli. Saya akan bergerak pulang pada hari sabtu, 2 ptg dari Seri Iskandar dan bercadangan untuk kembali ke kampus pada hari Ahad ptg itu juga memandangkan ada dua meeting yang perlu dihadiri pada hari Isnin pagi. Allah penentu segalanya, tiket dari Shah Alam ke Seri Iskandar sudah pun kehabisan. Bagaimana? Adakah saya perlu pulang ke Shah Alam? Bimbang akan pulang lewat sebelum Isnin pagi. Adik saya juga telah berusaha untuk mendapatkan tiket dari shah Alam, tapi semuanya habis dijual. Akhirnya Ibu menasihatkan saya untuk tidak pulang. Jangan tergesa-gesa. Mungkin ini semua perancangan ALLAH. Lagipun ibu bimbang yang saya tiada teman bila bas sudah berhenti di puduraya. Saya perlu patuh pada nasihat nya namun jauh dilubuk hati, jiwa saya memberontak untuk hadir ke majlis sahabat yang sememangnya sudah lama tidak bertemu.

Maafkan saya. Saya tahu ramai sahabat disana mengharapkan kita dapat berkumpul seperti dahulu, tapi jarak tempat membataskan waktu. Saya terkenang kembali, kita ibarat aur dan tebing. Selalu berjumpa pada waktu petang walaupun sudah jemu menghadap muka di sekolah pada sebelah pagi. Menaiki basikal bersama, terjatuh dan terluka apabila pertama kali bermain 'roller blade' dan yang paling menjadi ingatan apabila kita dimarahi oleh guru kelas kerana telah menconteng nama-nama budak lelaki untuk dipandankan dengan kawan sekolah kita di taman permainan. Nakal sungguh kami pada ketika itu. Cepat sungguh berita tersebar sampai ke sekolah. Sememangnya kami patut dimarahi. Pelajar perempuan macam kami ni perlu dididik dengan kesopanan. Memang lasak kami ketika itu. Kami juga tidak pernah melepaskan peluang memanjat pokok apabila pulang dari sekolah. Sampai budak-budak di kawasan sekolah kami sudah sedia maklum, jangan diganggu pokok itu kerana ianya telah dimiliki oleh kami.

sarah, jamilah, saya, suzila- tiada dalam gambar (liyana, hana)

Liyana, Suzila, Sarah, Jamilah, Hana, ingat lagi tak kita selalu menyakat seorang pelajar lelaki lembut yang baru masuk ke sekolah semasa darjah 5. Namanya Ilham. Hobinya ialah makan walaupun badan nya kurus kering. Sememang Ilham 'ngam' dengan kumpulan kami. Sarah lah yang menjadi mangsa sebab dalam diam Ilham meminatinya. Saya tak pasti apa perasaan sarah ketika itu, tapi biasalah cinta kera yang belum sampai ke tahap cinta monyet. Fikiran belum cukup matang. Masih mentah dan nakal. Senakal-nakal kami, kami selalu 'study' sama dan saling berlumba-lumba untuk mendapat markah paling tinggi bagi setiap subjek. Kami juga telah berjaya mendapat keputusan cemerlang semasa UPSR. Alhamdulilah....

Dan kini, kami telah terpisah jauh. Saya di seri Iskandar, Liyana di Johor Bharu ,Hana di Sunway, Jamilah di Shah Alam , Suzila dan Sarah tidak pasti di mana. Jangan salahkan takdir atas perpisahan ini. Apabila meningkat dewasa, masing-masing perlu mencari haluan tersendiri. Pengalaman banyak mengajar erti kedewasaan. Walaupun banyak perubahan sikap berbanding dengan kenakalan semasa kecil, kami tidak pernah melupakan persahabatan yang terjalin sekian lama. Ukhwah ini semakin erat apabila ibu bapa kami berkawan baik. Ramadhan semakin tiba, dan Syawal menghampiri waktu. Semasa musim perayaan ini, kami akan bersama-sama berjalan kaki memakai baju kurung untuk menziarahi sahabat-sahabat kami. Keluar seawal pagi dan pulang selewat petang. Masakan tidak dimarahi oleh ibu bapa kami. Seronoknya kenangan ketika itu. Saya berdoa agar kegembiraan yang kami rasai ini tidak akan luput di segenap pemikiran kami.

Kini, saya memohon seribu kemaafan. Saya mengharapkan sahabat faham dengan ketidakpulangan saya semasa majlis perkahwinan Sarah. Saya tahu bahawa kalian semua ingin membuli saya kerana saya la yang paling ‘ketot’ di kalangan kalian. Siapa sangka, semasa alam persekolah, sayalah pelajar perempuan paling tinggi ketika itu. Disebabkan hormon estrogen yang semakin aktif, ia membantutkan tumbesaran saya.Namun telatah inilah saya tunggu-tunggu sehingga ke saat ini. InsyaALLAH, jika ALLAH mengizinkan, saya berjanji akan pulang ke Shah Alam dan kita raikan kembali kenangan kita bersama. Maafkan saya sahabat sesungguhnya diri ini sangat sangat merindui mu kalian…….

Ku doakan semoga Sarah akan kekal abadi bersama insan yang dipilih untuk bertakhta di hatimu. Jadilah isteri yang disenangi suami.....

Friday, August 8, 2008

Al-Huffaz : Antara mahu atau malas


Alhamdulilah dengan izin ALLAH s.w.t, saya tekadkan niat untuk menghadirkan diri dan jiwa dalam seminar menghafaz Al-quran yang telah diadakan di universiti Teknologi PETRONAS 3 minggu lepas.

Adakah anda yakin anda boleh menghafaz Al-quran 30 juzuk? Itulah soalan pertama yang ditanya oleh penceramah kepada peserta. Rata-rata yang menjawab semua nya masih ragu-ragu. Begitu juga dengan diri ini yang mudah tergoncang imannya dan sukar untuk beristiqamah. Namun, beberapa motivasi dari Hj. Mohd Shafiee Md Amin menambahkan keyakinan, sekiranya hidup kita bergantung dan berpegang pada mukjizat ALLAH, pasti sifat kemalasan dapat dibendung. Yakinlah kita ada ALLAH. ALLAH itu dekat. Denngan berbuat sesuatu kerana ALLAH pasti ia akan kekal. ANTARA MAHU ATAU TIDAK SAHAJA.

Untuk menghafaz Al-quran perlu ada cara dan adab tersendiri. Sebelum melakukan sesuatu, banyakkan lah beristighfar dan memohon keampunan.

" ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim" (Q 61:7).

Dan yang paling penting, niat kita menghafaz adalah kerana ALLAH. Dengan menghayati petunjuk dan nilai ketuhanan secara serius dan berterusan, terbinalah watak manusia rabbani yang sentiasa menyedari kehadiran Tuhan dalam segala tingkah lakunya.

Allah berfirman:
"Dan orang2 yang berjihad (bersungguh-sungguh) untuk mencari keredhaan Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya ALLAH bersama-sama dengan orang yang berbuat baik" (Q29:69)

Al-Quran bersifat penyembuh dan rahmat buat sekalian alam. Berdoalah agar kita diberi kekuatan untuk kita terus menghafaz ayat-ayat ALLAH dan seterusnya diberikan ruang untuk memahami isi kandungannya.

"Dan sesungguhnya ALLAH telah mempermudahkan AL-Quran itu untuk dijadikan peringatan (baca/hafaz/faham makna). Adakah di kalangan kamu melakukannya?"

Sepanjang seminar selama 2 hari, penceramah telah menceritakan pengalaman beliau yang satu ketika dahulu tidak tahu membaca Al-quran. Hidup beliau lebih kepada kejayaan duniawi. Alhamdulilah, pada satu peristiwa dimana beliau diminta oleh rakan-rakannya untuk bertadarus selepas solat subuh. Pelbagai alasan yang diberi agar dirinya terlepas dari halaqah tersebut. Namun beliau dipaksa juga oleh sahabatnya untuk membaca dan terpaksa menebalkan muka dengan bacaan yang tersekat-sekat. Tetapi ALLAH itu maha penyayang, ALLAH telah memberikan beliau kekuatan, azam, usaha dan istiqamah untuk terus membaiki bacaannya dan berjaya menghafaz sehingga 30 juzuk Al-Quran.

Didalam buku, beliau memberikan beberapa tips dalam membantu memahami kaedah Huffaz. Lancarkan ayat yang hendak dihafaz terlebih dahulu dan diulang-ulang sehingga 60 kali sambil mata dibuka dan ditutup diantara setiap 5 kali bacaan.Kaedah ulangan di dalam hafazan akan banyak membantu di dalam menguasai kafasihan bacaan. Selain itu bacaan sebanyak 60 kali akan membawa maklumat tersebut di peringkat awal ingatan jangka panjang. Dalam memastikan agar ayat yang diulang tidak mudah terlupa setelah beberapa hari, beliau mencadangkan agar kita mengambil masa terluang samaada ketika memandu, menunggu bas atau sebagainya untuk menghafaz lagi ayat yang telah diulang 60 kali.Dalam jangka masa yang panjang kita akan merasakan ayat itu mudah untuk menjaga. Ini kerana Al-Quran terlalu liar dan mudah terlepas dari ingatan kita. Rasulluah bersabda:

"Teruslah menjaga hafazan Al-Quran. Demi Zat dan jiwa Muhammad berada dalam genggaman-Nya. Ia lebih cepat lepas dari lepasnya unta dari ikatannya" (Hadis Bukhari Muslim)

Semoga dengan pendekatan ilmu yang diperoleh, kita akan tergolong dikalangan ahli2 Huffaz kerana ALLAH telah menjanjikan syurga bagi golongan ini. Ingatlah pahala bagi bacaan Al-Quran diberi bagi setiap huruf dan ia boleh digandakan sehingga 700 kali. Sampaikanlah kepada keluarga, sahabat dan kesemua umat Islam dimuka bumi. Sekiranya diberi peluang, sertailah program sebegini. Tidak rugi kita mengeluarkan duit yang banyak kerana ilmu yang diperolehi membantu kita menuju ke Syurga nan ABADI.



Thursday, August 7, 2008

Walimah Ukhti Faizah dan Akhi Nadzim


Alhamdulilah, sempat juga saya berkunjung ke walimah ukhti Faizah dan pasangannya akhi Nadzim di Dewan Tabung Haji, Kuala Lumpur - 3 Ogos 2008. Sebenarnya rasa bersalah sentiasa serasa dalam diri memandangkan ramai walimah sahabat tidak berkesempatan untuk berkunjung. Nasib baik pada hari ditetapkan, Allah memberi peluang tenaga dan masa untuk tidak mencari alasan untuk tidak pergi.Syukran kepada kak aniza kerana sudi menumpangkan saya untuk sampai ke Ibu negara Malaysia.


Siapa tidak mengenali dengan dua mempelai ni. Maha Suci ALLAH, saya mengambil contoh diatas kepimpinan yang ALLAH berikan kepada mereka dalam perjuangan Islam.Tidak mudah mengenal erti penat dan lelah dengan setiap meeting atau program yg dihadiri. Semoga ALLAH memberkati kerahmatan kedua mempelai dan memperoleh zuriat yang soleh dan solehah yang akan mengikut jejak langkah bonda dan ayahdanya tercinta.

Dari diri yang kerdil ini, saya menghadiahkan sekeping gambar buat kedua mempelai.


Tuesday, July 22, 2008

La Tahzan wahai Jiwa

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.(QS. 3:139)

Berat kepala apabila memikirkan terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan. Sebagai seorang pelajar dan pekerja sepenuh masa, tugas sebagai daie perlu diutamakan. Berjuang sebagai pejuang di jalan ALLAH bukanlah sesuatu yang mudah. Kenikmatan dan kemanisan akan dirasai sekiranya tugas yang dilakukan adalah ikhlas dan semata-mata mengejar keredhaan ALLAH S.W.T. Dalam memenuhi tugas untuk memberi kefahaman Islam kepada masyarakat perlu ada sifat sabar. Sabar apabila diuji dengan ujian kewangan, sabar apabila ditekan oleh keluarga, sabar dengan kesibukan masa, sabar dengan penyakit yang dialami dan sabar dengan kealpaan sahabat yang banyak alasan apabila diminta berjuang. Namun, itulah lumrah kehidupan.

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: `Jikalau kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu`. Mereka membinasakan diri mereka sendiri; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.(QS. 9:42)


Kita hanya hamba ALLAH yang kerdil. Bukan manusia ma'sum. Bisikan syaitan sentiasa menguji naluri kita sebagai seorang muslim yang telah berbaiah. Apabila diminta untuk mengadakan aktiviti berdakwah yang memerlukan perngorbanan masa bersama suami dan keluarga, ramai yang menarik diri terlebih dahulu. Jiwa rasa tertekan. Hati ingin menjerit dan melenting. Aku tidak mampu berdiri sendiri dengan mengharapkan sokongan anggota badanku sahaja. Perasaan negatif menghembuskan bisikan agar aku juga menarik diri dalam medan dakwah. Namun ALLAH kurniakan aku sahabat yang sentiasa menyokong ku walaupun jarak hubungan membatasi waktu untuk kerap berjumpa. Ayat-ayat nan indah menusuk kalbu apabila emel dari beberapa sahabat mengubat kedukaan yang lara.

dari sumayyah

"Nurul Najmin & sahabiah2 yang dikasihi fillah~
terkadang dalam perjuangan kita merasa lelah...
maka, pada Allah lah tempat pengaduan yang terbaik...Allah Maha Mendengar
walau sekecil mana usaha perjuangan kita, namun....ia tetap perlu kepada sebuah kekuatan...kekuatan yang tidak sedikit kerana kita manusia hina yang lemah & kerdil. Mohonlah dengan sesungguhnya pada Rabbul Izzati. InsyaAllah selagi mana kita di landasan perjuangan Islam, moga2 kita senantiasa diiringi doa-doa dari sahabat-sahabiah baik yang dikenali atau tidak.


cahaya bintang yang bergemerlapan,


terkadang jua kita terpaksa tunduk untuk mengaku kelemahan diri..berterus terang dan jujurlah pada kemampuan. tidak salah untuk kita suarakan luahan hati kita. Moga-moga segalanya yang terbaik & kita akan terus beroleh kekuatan untuk menghadapi perjuangan di hari mendatang.
Allahumma Thabit Qulubana A'la Dinnik wa a'la Tho'atik
(^_^)"

dari adlin

Min, paling penting ialah kebergantungan kita dengan Allah SWT serta yakin dengan janji Allah atas segala apa yang telah kita usahakan, sumbangkan, hatta atas segala pengorbanan yang telah kita lakukan. setiap insan punyai kadar kemampuan tersendiri dan hanya kita dan Allah sahaja yang lebih memahami diri kita sendiri berbanding orang lain.. InsyaAllah Allah sentiasa bersama2 hamba yang sentiasa mengingatiNya..menitiskanlah air mata mengadu kepadaNya~ wAllahu 'alam.. - bukan org selayaknya utk berkata2 tentang perjuangan..tp melalui perkongsian dgn sahabat, sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk terus berjuang - sayang min, sayang sumay, sayang zfa, sayang semua sahabat2...alin rindu saat manis bersama yang kini menjadi kenangan dan bekalan meniti perjalanan perjuangan...

dari Zifa

Masing2 ada cabaran yang tersendiri untuk meneruskan perjuangan yang bentuk dan keadaannya kadang2 mmg tak tercapai akal.. Tapi seorg shbt pernah pesan.. “Itulah perjuangan yang kita sebut2…” bila terasa cabaran dan rintangannya, maka, itulah perjuangan yang kita sebut2 tu.. Kan disebutkan dalam Quran, yang boleh di’quote’ dengan ayat yang mudah…“kalau yang kita seru itu mudah, dan dekat perjalanannya, maka mereka akan mengikutimu..” So, tak peliklah kalau org takmo ikut.. dan satu lagi motivation zifa ialah.. selalu cakap kat diri sendiri, kalau takmo berjuang pon takpe, tapi yang rugi diri sendiri.. so, kalau org lain takmo berjuang, mereka yang akan rugi.. sumhow, baru takkan rasa hampa dengan manusia (walaupon dh ingatkan mereka, dh ajak, tapi takmo jugak..atas alasan2 masing2..) sbb yang akan dapat manfaat dari perjuangan kita adalah diri kita sendiri jugak..

Tak dinafikan cabaran s org single.. org assume kita mcm robot, takde alasan untuk tolak kat org lain.. sampai satu ketika, rasa nk mogok je, takmo buat keje.. (sbb rasa kenapa asyik aku je.. org lain bersenang lenang dengan keluarga dan kerja dunia).. tapi bila pk balik, mmglah taknak pon takpe, tapi yang rugi diri sendiri.. Min, above all.. kita mmg kena kuat.. siapkan bekalan sebanyak2nya..jangan sesekali abaikan keluarga dan study. insyaALLAH perjuangan itu sendri ada keberkatannya kalau kita jaga hubungan dengan parents, apatah lagi hubungan dgn ALLAH. Apa yang kita korbankan (harta, kerehatan, masa, perasaan hatta nyawa), kita yakin ALLAH akan ganti dengan syurgaNYA.. nak rasa terseksa kat dunia ni pon, takde manfaatnya sbb matlamat kita, perjalanan kita jauh lagi.. yang kita kejar adalah syurga ALLAH..

Kalau perlu, take a pause, but make sure not too long.. bukan mencari kerehatan tapi untuk muhasabah semula.. kenanglah kegagahan kita sewaktu di kampus..yang dulu diberi apa saja, kita wala’. Itulah antara bekalan yang kita dapat masa di kampus dengan shbt2.. kenapa dulu kita begitu gagah untuk berjuang, tapi kini masing2 seolah2 tercari2 kekuatan untuk berjuang..? “maka, itulah perjuangan yang kita sebut2..” insyaALLAH doa sentiasa mengiringi..Moga benar kita akan bertemu secara azali di syurga ALLAH.. amiin

Syukran Jazilan Kathiran sahabiah. Semoga ukhwah yang dipta menjadi perangsang untuk berlumba-lumba mendapat keuntungan dalam perniagaan Akhirat dan semoga dengan ukhwah yang dibina atas nama Ilahi akan segar dalam sanubari.


Thursday, July 17, 2008

All about ASAP and FYI and FYA

I've just read this article from The Star who was made by Christine Jalleh. I think it's really help you to understand on acronyms used in business communications. This conversation made me realise that the full meaning of many acronyms and abbreviations may not be immediately apparent for many people - especially for students. Worth your reading time i tell u!!


ONE day, a colleague turned to me and asked, “What’s FYI?”

“For your information.”

“What’s FYA?”

“For your action.”

“What’s WRT?”

“With reference to...”


For starters, an acronym is a word created from combining the initial letters of each word. For example, For your action.


An abbreviation is a word shortened from its original form. For example, “Attn.” is an abbreviation of the word “attention” to convey the meaning “for the attention of”.


In general, a full stop is used for abbreviations where the last letter of the word and the abbreviation are not the same. For example, “Co.” (Company) needs a full stop but “Ltd” (Limited) does not. Acronyms do not need punctuation marks.


Below are some frequently used short forms in business communication like e-mails, faxes and letters:
a.k.a. – also known as

On Monday morning, Kay El, a.k.a. The Boss, walked in happily and greeted her assistant, Pee Jay.



approx. – approximately

Checking her e-mail, Pee Jay read, “Today is the boss’s birthday. Can everyone please slip off quietly to the cafeteria in approx. 15 minutes?”


ASAP – as soon as possible
Pee Jay opened up her daily planner and scribbled ASAP next to some of the urgent items on her to-do list.



Attn. – for the attention of

Leafing through the stack of mail to be sent out, Pee Jay asked her boss, “To whom should I address the cheque for the annual report?”
Her boss replied, “Just write ‘Attn: Ms. Chris-tine Jalleh’. She’ll know what to do with it.”

Bcc. – blind carbon copy or blind copy to. In this case, the carbon copy is sent to an e-mail recipient whose e-mail address is not visible to the cc or other bcc recipients.
“By the way, I think it’s better if you bcc me in your e-mail to Brown. We wouldn’t want him thinking that I’m supervising you for this project.”


Cc. – carbon copy, or copy to
“But I would like to be cc-ed on the e-mail to Mr Green as I have not yet introduced the both of you to each other.”


c/o – in care of, used when sending a document to A who will receive it on B’s behalf because B is away from the office.
“Boss, I think Christine is back in China this week. Would it be all right if I sent the cheque in care of her assistant? I’ll still write her name on top with c/o Ah Sis Tern below.”


COD – cash on delivery, where a person makes payment for an item purchase after it has been delivered.
“I’m also sending out the cheque for the set of Business English reference books we bought COD on eBay.”

e.g. – exempli gratia (for example)
Pee Jay replied to the e-mail, “Hi everyone. Please remember that the boss doesn’t like surprises, e.g. everyone shouting ‘Surprise!’ in the cafeteria.”


et al. – et alii (and others). Usually used to list co-authors after the lead author in a bibliography, this form is now popularly used to address the other people other than the recipient in e-mails.
She received a new e-mail, which read, “Dear Pee Jay et al., I was reminded that the boss does NOT like surprises ...”


etc. – et cetera (and so on OR and so forth)
This means that we will not be able to collectively surprise her by springing out of the cafeteria doors as we had planned, etc.


exc. – except
“Can everyone, exc. Pee Jay, be at the cafeteria in 5 minutes? We need to figure out a surprise without the surprise element. Thanks!”


FYI – for your information
Her boss’s voice brought the young assistant back to the present, “Pee Jay, I’m forwarding you all these e-mails FYI, okay?”


FYA – for your action
“Note that some of these e-mails are FYA ...”


i.e. – id est (that is)
After acknowledging her supervisor, Pee Jay decided to help her colleagues out and typed, “She’s in a good mood today, i.e. we won a new account and completed a major project.”


K – thousand, e.g. 450K = 450,000
“Just to give you an idea of her mood, it’s a 450K retainer for the first quarter ...”


PA – personal assistant
The immediate reply to Pee Jay’s e-mail read, “Thanks for the info, Pee Jay – you’re the best PA!”


p.a. – per annum (per year)
Pee Jay smiled and responded, “Haha, there is a reason why I’m paid RM65K p.a.”


p.p. - per pro (used when signing a document on someone’s behalf)
Looking back at her paperwork, Pee Jay signed some invoices on her boss’s behalf, inserting p.p. just before her signature.


Pto. – please turn over, used at the end of a page to indicate that there is a continuity to the text.
By the way, please remember to type Pto. on the first page of the proposal you’re sending. The last time we sent it to him, he forgot to read the subsequent pages,” chimed in Kay El.


viz. – videlicet, namely
She got up and left a note on Pee Jay’s work station before leaving. Scribbled on it was, “Can I pass you my slice of birthday cake after I cut it? I really don’t need a lot of carbo, viz. refined flour, at my age.” The note ended with a wink.

Tuesday, July 15, 2008

Rahmat disebalik peristiwa 11 July 2008, 10 malam



Bang!!! dum bedebum!!!

Astaghfirualla'azim.....langgar apa tu?


Malam kejadian, saya, ibu dan kawan sepejabat (kak ana) sedang dalam perjalanan pulang dari Perak ke Kuala Lumpur. Niat di hati ingin bertolak selepas waktu pejabat. Sekurang-kurangnya saya tidak perlu memandu pada waktu malam. Cemas sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini memandangkan tiada lelaki muhrim yang menemani kami.

Namun setiap perancangan itu ditentukan oleh ALLAH. Ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan walaupun waktu pejabat telah lama berlalu. Akhirnya saya mengubah 'planning' untuk bertolak selepas waktu Maghrib. Dengan kelajuan 110km/sejam, ditemani suasana gelap dan diterangi cahaya bulan serta lampu yang malap, ibu pun terlelap seketika selepas penat menyiapkan gelang crystal yang ditempah oleh rakan jirannya petang tadi. Saya dan kak ana masih rancak berborak tentang isu-isu politik yang sedang melanda di Malaysia seperti tsunami yang tidak berhenti menghentam pantai.


Tiba-tiba, dalam kegelapan malam sehening kalbu, saya terlanggar satu 'benda' yang hentakannya tersangat kuat. BAM!!!, ya ALLAH, langgar apa tu? ibu yg sedang enak diulik mimpi terjaga. Kereta yg dipandu terus melanggar benda tersebut tanpa sempat membrek dan benda yg dilanggar itu telah pun berada di belakang kereta. Risau juga, sekiranya saya menekan brek mengejut, kemungkinan besar kereta belakang akan melanggar kereta kami dan kemungkinan juga kereta kami akan berpusing 360 darjah di jalan raya. Iyelah, bawanya pun laju, semestinya brek yang mengejut menambahkan lagi pecutan inersia kereta.




Kak Ana terus memandang ke belakang. Pemanduan diteruskan. Sebenarnya kami terlanggar sebiji tayar lori yang sangat besar berada ditengah-tengan jalan. Saya fikir tidak perlu menghentikan kereta, kerana yakin kereta kami tidak ada apa-apa masalah memandangkan yang dilanggar itu hanya sebiji tayar.


Setelah sampai di KL sentral untuk men' drop'kan Kak Ana yang ingin mengejar LRT terakhir, kami terdengar bunyi yang pelik dari kereta kami. Ngek ngok, ngek, ngok. Bimbang menyelubungi diri. Beberapa orang yang sedang menunggu di kaki lima KL sentral melihat kereta kami dengan memek muka yang pelik. Saya pun mematikan enjin kereta dan segera turun melihat apa yang berlaku pada kereta kami. Ya ALLAH, bumper kereta saya remuk. Hilang bahagian penghadang angin di bawah kereta. Skirting dan spot rim kereta patah.



Ketensionan melanda dalam jiwa. Berapa wang yang perlu dikeluarkan untuk membaiki kereta saya? Empunya tayar lori pun kami tidak tahu, bagaimana ingin meminta ganti rugi. Sepanjang perjalanan, saya hanya membisu memikirkan masalah yang dihadapi. Duit poket semakin berkurangan. Ibu menelefon adik lelaki saya, Faizal dan menceritakan apa yang telah berlaku.


" Alhamdulilah, nasib baik akak dan ibu takde apa-apa. Allah telah melindungi akak dan ibu sebenarnya. Bersyukur lah kepada ALLAH". Kedengaran ucapan syukur suara adik dari handphone ibu.

Saya terkedu. Insaf . Memang benar, setiap yang berlaku ditentukan oleh ALLAH. Mengapa perlu bersedih dan berduka dengan kejadian yang menimpa diri. Inipun baru sedikit ujian yang ALLAh timpakan.Kita perlu bersyukur kerana ALLAh masih ingin menyelamat nyawa kami tanpa menghadapi sedikit luka pun. Duit boleh dicari, nyawa tidak dapat diganti. Terdetik dalam hati, nasib baik saya membaca doa sebelum naik kenderaan, kalau tidak baca, mungkin lagi teruk jadinya. Sesunguhhnya setiap kali kita berdoa sebelum melakukan apa-apa perkara, malaikat juga akan mengaminkan doa kita dan melindungi kita dengan setiap perbuatan yang kita lakukan.

Berkenaan dengan duit, itu semua rezeki dari ALLAH. Kemungkinan juga ALLAH sengaja menarik rezeki kita untuk perbersihan harta. Kita tidak sedar rezeki yang kita perolehi setiap bulan kemungkinan ada beberapa peratus yang masih syubhah. Mungkin kerja yang kita lakukan tidak sebenyak dengan gaji yang diterima. Disinilah penyucian rezeki agar kita dijauhkan dari menuju ke jalan-jalan yang menghampiri kepada haram

DEBAT ANWAR DAN SHABERRY

Tepat jam 9 malam, 15 Julai 2008 di tv 9 dekat dihati.... kita dapat menyaksikan perdebatan secara langsung antara Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Menteri Penerangan, Ahmad Shaberry Chik berkenaan dgn tajuk "Hari ini bentuk kerajaan, esok turun harga minyak".
Tidak perlu saya mengulas panjang kerana rata-rata rakyat Malaysia yang celik minda nya dapat menilai yang mana kaca dan intan permata. Sekiranya saya berdiri di pihak pro kerajaan, saya sendiri malu dengan hujah yang diutarakan oleh Ahmad Shaberry Chik.
Berbalik pada Debat mlm tadi, DSAI sememangnya quite well prepared dengan nota dan fakta manakala Ahmad Shaberry Chik tiada hujah-hujah yang bernas dan tidak intelektual. Semuanya hujah-hujah yang kita selalu baca dalam suratkhabar yang sememangnya sudah basi ditelan dek zaman. Apabila ketandusan modal serangan peribadi pula yang diberikan tetapi DSAI tetap cool dan bijak untuk menangani Shabbery Chek ni.
ISU IPP ( independent power producers) banyak disentuh oleh DSAI yang berkaintan dgn TNB. Disamping itu juga pentadbiran UMNO/BN yang lemah dari sudut pengurusan wang rakyat merupakan satu impak kepada masalah ekonomi negara.
Kesimpulannya, kerajaan BN sangat lemah dalam pemerintahan. Terpikir juga, bagaimana agaknya sekiranya PakLah sendiri yang berdebat dgn DSAI? Mungkin penonton-penontin akan terlena diulik mimpi mendengar penerangan Pak Lah yang suka memutar bilitkan isu dan meminta rakyat bersabar, berjimatlah tanpa ada point untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung rakyat walhah masalah ini semuanya berpunca dari BN sendiri.