Message yang baru diterima pada hari khamis dari Liyana Rosni. Jiran saya di Shah Alam dan juga kawan baik semasa di sekolah rendah. Siti Sarah gadis lembut dan ayu (gelaran yang diberi semasa belajar di sek ren Seksyen 20) akan melangkah ke alam perkahwinan pada ari Ahad ni. Sungguh mengembirakan hati.Tinggal 4 hari lagi saya perlu membuat keputusan sama ada ingin pulang menaiki kereta atau menaiki bas. Saya memutuskan untuk menaiki bas sahaja memandangkan harga minyak melambung tinggi dan tiada teman yang ingin menumpang semasa pulang nanti.
Alhamdulilah, tiket sudah pun dibeli. Saya akan bergerak pulang pada hari sabtu, 2 ptg dari Seri Iskandar dan bercadangan untuk kembali ke kampus pada hari Ahad ptg itu juga memandangkan ada dua meeting yang perlu dihadiri pada hari Isnin pagi. Allah penentu segalanya, tiket dari Shah Alam ke Seri Iskandar sudah pun kehabisan. Bagaimana? Adakah saya perlu pulang ke Shah Alam? Bimbang akan pulang lewat sebelum Isnin pagi. Adik saya juga telah berusaha untuk mendapatkan tiket dari shah Alam, tapi semuanya habis dijual. Akhirnya Ibu menasihatkan saya untuk tidak pulang. Jangan tergesa-gesa. Mungkin ini semua perancangan ALLAH. Lagipun ibu bimbang yang saya tiada teman bila bas sudah berhenti di puduraya. Saya perlu patuh pada nasihat nya namun jauh dilubuk hati, jiwa saya memberontak untuk hadir ke majlis sahabat yang sememangnya sudah lama tidak bertemu.
Maafkan saya. Saya tahu ramai sahabat disana mengharapkan kita dapat berkumpul seperti dahulu, tapi jarak tempat membataskan waktu. Saya terkenang kembali, kita ibarat aur dan tebing. Selalu berjumpa pada waktu petang walaupun sudah jemu menghadap muka di sekolah pada sebelah pagi. Menaiki basikal bersama, terjatuh dan terluka apabila pertama kali bermain 'roller blade' dan yang paling menjadi ingatan apabila kita dimarahi oleh guru kelas kerana telah menconteng nama-nama budak lelaki untuk dipandankan dengan kawan sekolah kita di taman permainan. Nakal sungguh kami pada ketika itu. Cepat sungguh berita tersebar sampai ke sekolah. Sememangnya kami patut dimarahi. Pelajar perempuan macam kami ni perlu dididik dengan kesopanan. Memang lasak kami ketika itu. Kami juga tidak pernah melepaskan peluang memanjat pokok apabila pulang dari sekolah. Sampai budak-budak di kawasan sekolah kami sudah sedia maklum, jangan diganggu pokok itu kerana ianya telah dimiliki oleh kami.
sarah, jamilah, saya, suzila- tiada dalam gambar (liyana, hana)
Liyana, Suzila, Sarah, Jamilah, Hana, ingat lagi tak kita selalu menyakat seorang pelajar lelaki lembut yang baru masuk ke sekolah semasa darjah 5. Namanya Ilham. Hobinya ialah makan walaupun badan nya kurus kering. Sememang Ilham 'ngam' dengan kumpulan kami. Sarah lah yang menjadi mangsa sebab dalam diam Ilham meminatinya. Saya tak pasti apa perasaan sarah ketika itu, tapi biasalah cinta kera yang belum sampai ke tahap cinta monyet. Fikiran belum cukup matang. Masih mentah dan nakal. Senakal-nakal kami, kami selalu 'study' sama dan saling berlumba-lumba untuk mendapat markah paling tinggi bagi setiap subjek. Kami juga telah berjaya mendapat keputusan cemerlang semasa UPSR. Alhamdulilah....
Dan kini, kami telah terpisah jauh. Saya di seri Iskandar, Liyana di Johor Bharu ,Hana di Sunway, Jamilah di Shah Alam , Suzila dan Sarah tidak pasti di mana. Jangan salahkan takdir atas perpisahan ini. Apabila meningkat dewasa, masing-masing perlu mencari haluan tersendiri. Pengalaman banyak mengajar erti kedewasaan. Walaupun banyak perubahan sikap berbanding dengan kenakalan semasa kecil, kami tidak pernah melupakan persahabatan yang terjalin sekian lama. Ukhwah ini semakin erat apabila ibu bapa kami berkawan baik. Ramadhan semakin tiba, dan Syawal menghampiri waktu. Semasa musim perayaan ini, kami akan bersama-sama berjalan kaki memakai baju kurung untuk menziarahi sahabat-sahabat kami. Keluar seawal pagi dan pulang selewat petang. Masakan tidak dimarahi oleh ibu bapa kami. Seronoknya kenangan ketika itu. Saya berdoa agar kegembiraan yang kami rasai ini tidak akan luput di segenap pemikiran kami.
Kini, saya memohon seribu kemaafan. Saya mengharapkan sahabat faham dengan ketidakpulangan saya semasa majlis perkahwinan Sarah. Saya tahu bahawa kalian semua ingin membuli saya kerana saya la yang paling ‘ketot’ di kalangan kalian. Siapa sangka, semasa alam persekolah, sayalah pelajar perempuan paling tinggi ketika itu. Disebabkan hormon estrogen yang semakin aktif, ia membantutkan tumbesaran saya.Namun telatah inilah saya tunggu-tunggu sehingga ke saat ini. InsyaALLAH, jika ALLAH mengizinkan, saya berjanji akan pulang ke Shah Alam dan kita raikan kembali kenangan kita bersama. Maafkan saya sahabat sesungguhnya diri ini sangat sangat merindui mu kalian…….
Ku doakan semoga Sarah akan kekal abadi bersama insan yang dipilih untuk bertakhta di hatimu. Jadilah isteri yang disenangi suami.....
1 comment:
salam..najmin!!!! liana ni..juz found ur blog and it's so touchin. ktorang pegi wedding sarah siap boleh singgah pantai amek gambar. hehe..miss u too..
Post a Comment