Sunday, August 24, 2008

Pengalaman di PUDURAYA : Menyedihkan Hati


Lebih 1 jam aku menunggu di puduraya. Dengan lambakan orang serta dibasahi dengan hujan renyai-renyai, aku setia menanti bersama seorang senior yang ku panggil Akhi Fakhizan. Diri rasa tertipu, teraniaya, sengsara, sakit hati bercampur di sudut sanubari. Mengapa tiada pantauan dari pihak berkuasa dalam menguruskan sistem pengankutan bas di Malaysia? Adakah tanggungjawab ini di bawah kementerian pengangkutan atau seperti LRT yang terletak di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), sebuah syarikat di bawah milik kerajaan (GLC) dibawah Kementrian Kewangan?

Kehidupan rakyat makin teraniaya. Kelonjakan harga minyak secara tiba-tiba sejak 2 bulan lalu menambahkan lagi kerungsingan dalam menguruskan perbelanjaan harian walaupun baru-baru ini kerajaan mengumumkan harga minyak turun 15 sen. 15 sen je?Ditambah lagi dengan harga barang runcit yang makin 'menggila' membuatkan rakyat yang miskin bertambah miskin. Di manakah sistem keadilan di Malaysia yang di war-warkan selama ini?

Kehidupan sebagai daie, pelajar, pekerja dan anak kepada mak ayah merungsingkan minda. Bukan merajuk atau mogok dengan tugas yang banyak tapi pilu dengan sistem pantauan bas di puduraya.Apa kaitan nya? Kehidupan kita sering meminta untuk kita pulang ke kampung, pergi mesyuarat atau liqa', protes (hehe) tidak pernah dirungut tapi yang memeningkan kepala ialah masalah si penjual tiket. Apa kaitan nya?Penjual tiket di puduraya acapkali menipu rakyat, tidak pernah ada kesudahan dan tiada pantauan yang diambil dari pihak yang sepatutnya walapun berbuih-buih mulut dan sepeluh-peluh anggota badan berusaha meminta mereka mengambil tindakan kepada si penjual tiket.

Pagi sebelum subuh, tiket bas sudah dibeli dengan bayaran RM 13.35 dan selamat tiba pada pukul 8.15 pagi di puduraya atas urusan mesyuarat di Gombak. Apabila tiba disana, semua kaunter telah pun ditanya untuk membeli tiket bas pulang ke IPOH. Sedihnya kerana tidak ada satu tiket pun yang 'available' dan semua penjual berkata 'sudah abih la dik'. Tawakal 'ala ALLAH berzikir di hati. Semoga petang nanti ALLAH permudahkan urusan semasa pulang nanti. Jam tepat 5.05 petang, kedengaran penjual tiket menjerit dari jauh," Ipoh, Ipoh, sikalang. sikalang". Terus sahaja aku dan akhi Fakhizan membayar tiket. Alhamdulilah. Berapa moi? RM 30 saje. Terkejut. RM 30???? Mahalnya tambang. Naik lebih 100 % ni. Tidak mengapalah, asalkan aku dapat pulang segera ke ipoh memandangkan kelas pun dah mula pagi esok. Kakiku melangkah laju, roti untuk santapan dalam bas ku bayar dengan segera, tangga ku turuni dengan berhati-hati dan segera mencari bas ke ipoh yang dikatakan 'sikalang' itu.kehulu kehilir, dari timur ke barat ku mencari bas di PLATFORM 13 tetapi gagal.Aku terus menunggu disamping berdoa agar penantian itu tidak lama kerana PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN.

Kini jam menunjukkan 6.28 petang. Ekzos bas masih juga tidak kelihatan. Ku naik semula ke tingkat atas untuk bertanya kepada kaunter tiket. Masih kedengaran 'Ipoh, ipoh, sikalang, sikalang". Sekarang??? aahhh... 1 jam lebih aku duk terpacak di bawah.Malas untuk bertekak kerana ku pasti duit tidak akan dipulangkan semula. Kelihatan akhi Fakhizan masih 'cool' berborak dengan pemuda china. Sedih diri ditipu. Sengaja diletakkan harga yang mahal dengan mencipta pembohongan kononnya bas yang dinanti telah pun tiba. Bagaimana dengan nasib masyarakat di luar sana? Mereka yang berpendapatan rendah, anak-anak yang ramai berserta tiket yang mahal, namun bas yang ditunggu masih belum tiba. Bagaimana pula apabila mendapat panggilan kecemasan untuk segera sampai ke destinasi dan sanggup membayar tiket yang mahal namun terpaksa menunggu dengan lama? Bagaimana perasaan mereka? Diri masih memerhati kelibat 2 warga tua china asyik menunjuk-nunjuk ke tiket mereka dengan muka yang agak 'mencuka'. Abang 'besar' masih terliuk-liuk menahan mengantuk bersandar di dinding sambil melihat jam di tangan. Akhi Fakizan sempat memberitahuku, "bas dah ada diluar tapi mereka nak cukupkan korum bas dulu. Bila penuh, baru di panggil bas itu datang". Jiwa menahan marah.Jam menunjukkan pukul 7 malam. Pekerja di kaunter tiket meminta kami yang menaiki bas ke ipoh mengikut nya kerana bas menunggu di luar puduraya. Lenguh.Mengapa diminta nya kami menunggu dikawasan sebegini? Penuh dengan sampah sarap disekeliling. bau memeningkan kepala. Tepat jam 7.15 ptg, bas yang tertera nama SEKOLAH pun tiba. Yang paling menyakit kan hati, bas tu sempat lagi singgah makan di BIDOR. ADOI...dah la mai lambat, ada hati nak singgah makan di sini. Alhamdulilah, badan yang penat ini akhirnya dapat melabuhkan diri ke katil pada pukul 11.30 malam.

Fahamilah diri rakyat yang malang. Hidup kita betul-betul dianiya. Penumpang India yang naik sekali dengan kami sudah banyak kali membuat aduan kepada pihak pengguna, namun tiada tindakan di ambil. Perlukah aku menulis warkah buat PM? Herm..elaun dan gaji diberi pada golongan menteri tetapi sebelah telinga pun tidak ingin mengambil simpati kami. Beginilah nasib kita yang hanya mampu bersuara tetapi akhirnya suara itu akan sayup-sayup kehilangan dibawa Taufan.....

No comments: