Sunday, August 17, 2008

Bahasa syurga: Mana satu pilihan anda?

sadaq wa aicha
" Kaifa Haluk"

"Alham dulila, ana bilkhairi"

" Maza tafaaluo alane?"

" Ana azhabu ilal masjid"

Indah apabila kita dapat berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan baik. Kehadiran 2 sahabat baru saya yang berasal dari Algeria membuatkan saya begitu cemburu. Saya hanya melopong dan membisu seribu bahasa kerana tidak begitu fasih berbahasa arab dan tidak tahu dimana ingin memulakan perbualan dengan mereka. Setakat bahasa arab yang ringkas dengan mengucapkan selamat pagi dan selamat pulang sahaja yang saya boleh. Sadaq tidak boleh berbahasa English. Sekiranya ada soalan yang ingin ditanya kepada saya, Aicha lah yang akan menjadi perterjemah. Rugi nya saya kerana tidak memperlajari bahasa syurga dengan baik sejak dahulu. Kesilapan sendiri apabila menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke sekolah yang tidak mengekalkan subjek bahasa arab. Life must be go on. Namun begitu kesalahan utama saya apabila tidak istiqamah mempelajari bahasa ini yang telah ditinggalkan hampir 10 tahun selepas mendapat keputusan dalam PMR. Selepas berjaya dalam PMR, banyak kali berfikir samaada ingin meruskan pelajaran ke sekolah agama atau pun sains memandangkan kedua-kedua tawaran yang saya terima adalah serentak. Tetapi malangnya, sekolah agama yg ditawarkan tidak menyediakan asrama sebagai alasan pelajar terlalu ramai. Akhirnya saya memilih untuk belajar di SBP muar.

Bahasa arab bahasa syurga. Bukan bermaksud sesiapa yang fasih berbahasa arab ia akan menjadi ahli syurga. Tetapi bagi mereka yang berniat memperlajari bahasa Al-quran,tidak putus-putus pahala yang ALLAH kurniakan kepada hambaNya. Pelajarilah bahasa ini walaupun sukar. Sedangkan setiap hari kita membaca mushaf Al-quran, adakah kita masih ragu-ragu untuk menghafaz sekaligus memahami maksud dari ayat tersebut. Dengan meniliti satu persatu ayat disamping membandingkan dengan terjemahan, insyaALLAH berkat kesungguhan dan iltizam, saya yakin kita mampu berhujah dan bertutur dalam bahasa arab yang merupakan antara 5 bahasa terindah di dunia.

HASSAN AL-BANNA di dalam wasiat sepuluhnya pernah menyebutkan: ``Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.''

Ramai yang mempersoalkan mengapa perlu berbasa arab sedangkan situasi hari ini memerlukan kita memperlajari bahasa Inggeris kerana dikatakan ia kunci bagi segala kejayaan dalam mempelajari bidang sains, ekonomi dan kemajuan antarabangsa. Tetapi kita perlu ingat, bahasa Arab merupakan satu cabang dalam kita mempelajari ajaran Islam dan mengembalikan ilmu-ilmu Islam yang telah diubah suai dan 'dicuri' oleh orang-orang kafir. Kita mengagungkan dunia barat atas kecelikan ilmu dalam semua bidang, hakikatnya ilmu yang diperolehi adalah semua berdasarkan dari ayat ALLAH dan kemuadian dikembangkan oleh ilmuan islam terkemuka dahulu.

Al-Quran secara jelas meletakkan keutamaan terhadap bahasa Arab melalui firman Allah, Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya. (Yusuf:2).

Pelajarilah bahasa Al-quran. banyak keistimewaan yang diperolehi sekiranya kita ikhlas untuk mempelajarinya. Sekiranya kita menghafaz ayat ALLAH, secara keseluruhannya kita dapat memahami, berhujah malah dapat membetulkan tajwid. Apa yang perlu diragukan lagi. Bahasa Arab bahasa pilihan ALLAH dalam menyampaikan mesej dakwah kepada semua masyarakat. Hujah tidak akan tepat dan tidak akan diterima sekiranya kita tidak bersandarkan kepada ayat-ayat ALLAH. ALLAH telah mengangkatkan bahasa ini ke peringkat yang sangat mulia. Sejak kita dilahirkan, ALLAH telah mendengarkan kita bacaan azan dan iqamah dari ayah kita dan apabila kita dimatikan, bacaan talkin juga adalah dalam bahasa ARAB. Itu belum lagi apabila kita akan menghadapi hari perhitungan dan diberi peluang berjumpa dengan Kekasih ALLAH.InsyaALLAH..............

Saya sangat mengharapkan agar kerajaan sendiri atau pun mana-mana stesen TV membuat satu program yang boleh menarik minat masyarakat baik yang muda atau tua untuk memahami dan mempelajari bahasa ARAB. Sedih apabila unsur hiburan diutamakan dan artis diangkat dan dipuja. Paling menyakitkan hati apabila tayangan "Jangan Lupa Lirik" ditayangkan di Astro. Ramai yang kagum bagaimana mereka boleh ingat setiap lirik lagu yang betul. Bukan saja setakat lagu melayu, malah lagu Inggeris dan klasik pun turut dinyanyi dan dihafaz dengan sempurna. Alangkah bagusnya sekiranya cerita itu ditukarkan dengan tajuk "Jangan Lupa Alquran". Marilah pelajari bahasa ARAB. Tidak rugi dari pandangan ALLAH malah dipilih oleh Nya dengan memberi limpahan syafaat dan rahmat kepada kita. Ambillah peluang yang sedia ada dalam menegakkan roh dan syiar Islam agar kita tidak mudah dipijak dan diherdik sepertimana sejarah-sejarah dahulu pernah terjadi selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah di muka bumi ALLAH.

No comments: