Thursday, May 22, 2008

4 isteri yang disebut dalam Al-Quran


Dalam al-Quran, ada digambarkan empat jenis wanita yang bergelar isteri.Pertama, jenis ideal isteri Musa. walaupun al-Quran tidak menyebut namanya, namun isteri Musa ini dikenali sebagai Safura anak perempuan Syuaib. Safura digambarkan seorang gadis murni. Dia tertarik dengan Musa. Cintanya kepada calon suami, tidak hanya demi kebahagiaan keluarga, iaitu membantu ayahnya. Al-Quran menggambarkan cinta mulia dan halus Safura melalui ayat 26 surah al-Qashash yang bermaksud:Salah seorang dari kedua wanita itu berkata "Ya bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercayai"Dan sesungguhnya perkahwinan yang ideal ialah perempuan yang mulia serta setia berpasangan dengan suami yang kuat lagi amanah. Inilah pasangan romantis sebenar.


Kedua, jenis isteri Abu Lahab iaitu perempuan jahat berganding dengan suami terkutuk. Dalam surah al-Lahab ayat 3 dan 4 yang bermaksud:"Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak. Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar"Isteri Abu Lahab bernama Ummu Jamil tidak disebut dalam al-Quran. Abu Lahab memiliki akhlak buruk dan dikatakan pernah mencuri emas yang terdapat di Kaabah kerana tamak dan rakusnya.Isterinya pula seorang penyombong dan memiliki perasaan hasad dengki yang kuat. Jadi, tugasnya ialah pembantu setia kejahatan suaminya.Kalau Abu Lahab merupakan penentang utama terhadap nabi s.a.w, maka isterinya adalah pendorong utama yang turut aktif di dalam kegiatan jenayah suaminya.Jadi jika suami diumpamakan terbakar dalam kejahatan nafsu, isteri pula pembawa kayu api - iaitu pengobar kejahatan suami. Maknanya isteri aktif dalam kegiatan jahat suami.


Ketiga, isteri baik dalam genggaman suami yang jahat. Watak ini menyebut isteri Firaun sebagai contohnya. Walaupun Firaun melalui al-Quran merupakan seorang Raja Besar yang dikutuk Allah, namun isterinya disanjung tinggi dalam al-Quran.Isteri Firaun yang kononnya bernama Asiah ini juga tidak diberikan nama oleh al-Quran. Ia disebut sebagai "imraatu Firaun" atau perempuan Firaun sahaja.Walaupun Asiah ditakdirkan berpasangan sebagai suami isteri dengan Firaun, namun tindakan akhlaknya sangat bertentangan dengan suaminya yang zalim itu.Asiah menyelamatkan Musa, sebaliknya Firaun ingin menghapuskan Musa. Dia berkenan dan beriman dengan ajaran Islam yang dibawa Musa. Semua manusia dilingkungannya menyembah Firaun sebagai Tuhan, tetapi dia diam-diam menyembah Allah.


Keempat ialah watak perempuan Nuh dan Lut. Isteri dua orang nabi a.s ini dinyatakan Allah melalui al_Quran surah at-Tahriim ayat 10 yang bermaksud:"Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang salih di antara hamba-hamba Kami;lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun, dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya);"masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)"Isteri Lut kononnya bernama Wa'ilah, tetapi isteri Nuh tidak diketahui namanya. Namun kedua perempuan ini juga tidak disebut dalam al-Quran siapakah nama mereka.Keduanya adalah isteri kepada dua lelaki pilihan Allah, namun mereka disifatkan oleh Allah sebagai pengkhianat dan menjadi ahli neraka.Demikianlah gambaran watak isteri dalam al-Quran.

Source:http://disertasi.blogspot.com/2007/11/4-watak-isteri-di-dalam-al-quran.html

Monday, May 19, 2008

Ayat-Ayat Cinta


“Aku masih mencium bau surga.

Wanginya merasuk ke dalam sukma.

Aku ingin masuk ke dalamnya.

Di sana aku berjanji akan mempersiapkan

segalanya dan menunggumu untuk bercinta.

Memadu kasih dalam cahaya

kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.

Sambil terisak Aisha melantunkan ayat:


Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah

irji’ii ilaa Rabbikiraadhiyatan mardhiyyah

Fadkhulii fii ‘ibaadii

wadkhulii jannatii


(Hai jiwa yang tenang

Kembalilah kamu kepada Tuhanmu

dengan hati puas lagi diridhai

Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu

Maka masuklah ke dalam surga-Ku.)



Memang begitu meninggalkan kesan apabila membaca novel ini. Sebenarnya dah lama sahabat saya menyarankan untuk membaca novel ini memandangkan ia banyak menyentuh tentang kecantikan agama Islam, qudwah hasanah dgn pembawaan akhlak yg baik dari watak utama, dan yang paling penting ikhlas dan bersabar apabila diuji. Tetapi kesibukan study membantut untuk membaca, malah untuk membaca sinopsis pun tidak diendah. Itu dulu, 2 tahun yang lalu apabila bertungkus lumus semasa final semester. Entah mengapa, tiba-tiba tergerak hati untuk membacanya sekarang kerana di kala ini, kebosanan menyelubungi jiwa disamping sedikit UJIAN yg tiba-tiba datang tanpa diduga.


Novel dengan setebal 510 halaman betul-betul menyentuh jiwa. Menangis apabila membaca. Pengolahan yang sgt menarik ibarat kita yang berada dlm situasi watak dgn suasana yang begitu jelas. Taubat menyelubungi pemikiran hati. Saya sarankah,bacalah, kerana byk manfaat yang dapat walaupun ada sumber2 yg membangkang kerana watak utama Fahri terlalu sempurna, tiada cacat cela dan tidak logik apabila berada dalam waqi' skrg. Betul, manusia tidak sempurna, tapi jgn menilai melalui pena, tapi nilai lah melalui diri kita. Jangan membuat kesimpulan yang kita tidak mampu untuk menjadi yg terbaik. tidak salah kita menambahkan peningkatan iman, wlpn iman tidak sehebat nabi, tp bersediakah kita untuk menghadap ALLAH tanpa ada persediaan?

Bukan saja novel telah dibaca,malah filem juga telah ditonton. Walaupun byk alur filem diubah, tapi penganjaran tetap sama. Kecantikan wajah Aisyah yg dilakon oleh Rianti Catwright begitu mempesonakan wlpn tidak sesempurna dibandingkan dgn olahan Habiburahman El Shizary. Ramai yang memberi komen negatif untuk filem ini , tapi saya yakin niat pengarah ikhlas setelah membaca blog Hanung Bramatyu (pengarah Ayat-ayat cinta). Filem yang dibuat adalah atas nasihat ibunya yang menyokong anaknya membuat filem berunsurkan agama.Syabas!!!





Sunday, May 18, 2008

Beginning~~~




As usual for a muslim, if we want to do something, let we begin by reciting our doa and basmalah and not forget to selawat to our Rasul S.A.W. Well, never think in my mind, i will create my own blogspot which means i'll write something that others can view. But i think, it is not a mistake to share our experinces. Sharing is caring..... Semoga mouse dan jari yang menari ini akan memberi pengajaran pd yg menulis dan yg membaca.


wish me luck!!!