Monday, May 19, 2008

Ayat-Ayat Cinta


“Aku masih mencium bau surga.

Wanginya merasuk ke dalam sukma.

Aku ingin masuk ke dalamnya.

Di sana aku berjanji akan mempersiapkan

segalanya dan menunggumu untuk bercinta.

Memadu kasih dalam cahaya

kesucian dan kerelaan Tuhan selama-lamanya.

Sambil terisak Aisha melantunkan ayat:


Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah

irji’ii ilaa Rabbikiraadhiyatan mardhiyyah

Fadkhulii fii ‘ibaadii

wadkhulii jannatii


(Hai jiwa yang tenang

Kembalilah kamu kepada Tuhanmu

dengan hati puas lagi diridhai

Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu

Maka masuklah ke dalam surga-Ku.)



Memang begitu meninggalkan kesan apabila membaca novel ini. Sebenarnya dah lama sahabat saya menyarankan untuk membaca novel ini memandangkan ia banyak menyentuh tentang kecantikan agama Islam, qudwah hasanah dgn pembawaan akhlak yg baik dari watak utama, dan yang paling penting ikhlas dan bersabar apabila diuji. Tetapi kesibukan study membantut untuk membaca, malah untuk membaca sinopsis pun tidak diendah. Itu dulu, 2 tahun yang lalu apabila bertungkus lumus semasa final semester. Entah mengapa, tiba-tiba tergerak hati untuk membacanya sekarang kerana di kala ini, kebosanan menyelubungi jiwa disamping sedikit UJIAN yg tiba-tiba datang tanpa diduga.


Novel dengan setebal 510 halaman betul-betul menyentuh jiwa. Menangis apabila membaca. Pengolahan yang sgt menarik ibarat kita yang berada dlm situasi watak dgn suasana yang begitu jelas. Taubat menyelubungi pemikiran hati. Saya sarankah,bacalah, kerana byk manfaat yang dapat walaupun ada sumber2 yg membangkang kerana watak utama Fahri terlalu sempurna, tiada cacat cela dan tidak logik apabila berada dalam waqi' skrg. Betul, manusia tidak sempurna, tapi jgn menilai melalui pena, tapi nilai lah melalui diri kita. Jangan membuat kesimpulan yang kita tidak mampu untuk menjadi yg terbaik. tidak salah kita menambahkan peningkatan iman, wlpn iman tidak sehebat nabi, tp bersediakah kita untuk menghadap ALLAH tanpa ada persediaan?

Bukan saja novel telah dibaca,malah filem juga telah ditonton. Walaupun byk alur filem diubah, tapi penganjaran tetap sama. Kecantikan wajah Aisyah yg dilakon oleh Rianti Catwright begitu mempesonakan wlpn tidak sesempurna dibandingkan dgn olahan Habiburahman El Shizary. Ramai yang memberi komen negatif untuk filem ini , tapi saya yakin niat pengarah ikhlas setelah membaca blog Hanung Bramatyu (pengarah Ayat-ayat cinta). Filem yang dibuat adalah atas nasihat ibunya yang menyokong anaknya membuat filem berunsurkan agama.Syabas!!!





No comments: