Tuesday, October 28, 2008

HIMPUNAN MUSLIMAT IMPROF : AQIDAH DAN UKHWAH

Himpunan MUSLIMAT IMROF 08

"Dalam masa 15 minit, antunna perlu membina sebuah 'tower' hanya menggunakan belon dan selotape. Tower yang paling tinggi akan dikira sebagai pemenang", laungan dari kak CheCah.
Mungkin sesetengah dari kita, berusaha bertungkus lumus meniup belon yang besar agar dapat memaksimumkan ketinggian tower , ada juga yang meniup belon dengan tiupan yang kecil agar belon tidak mudah pecah, dan ada juga yg berusaha 'menipu' meletakkan air ke dalam belon agar dasar nya mantap dan stabil supaya binaannya tidak mudah tumbang. Apakah maksud tersirat dari permainan ini?
Untuk membina sebuah bangunan, pelbagai perkara yang perlu diambil kira bermula dari tapak, pelan, pekerja, bahan mentah, modal dan sebagainya. Namun, yang paling penting adalah tapak kerana binaan yang kukuh adalah hasil dari kekuatan tapaknya. Ianya memerlukan cerucuk yang kuat dan di tanam sedalam yang mungkin agar bangunan itu bertahan dengan kukuh dan tersergam dengan indah. Untuk membina bangunan yang tinggi maka kita memerlukan asas yang lebih dalam dan lebih kukuh. Begitu juga dengan belon yang dibina, untuk memastikan belon tidak goyah dan dapat bertahan, kita perlu meletakkan seberapa banyak belon di bahagian dasarnya. Tafsiran ini dapat disimpulkan bahawa tanpa AQIDAH asas sebegini kita mungkin tidak dapat menyiapkan bangunan tadi dan kalaupun ia siap ia mungkin akan mengalami kerugian dan sebagainya.

Ust Nuridah

Dr Mariah, Dr Lo'lo, Dr Halimah

Aqidah merupakan faktor terasas dalam pembentukan Wahdatul Amal dan Wahdatul Fikr. Tumpuan utama dalam menyatupadukan Aqidah ialah dengan mentauhidkan Allah kerana tuntutan tauhid adalah bertunjangkan Rububiyyah dan Uluhiyyah. Tauhid yang diimani inilah yang menjadi asas kefahaman yang jelas seterusnya melahirkan amal Islami yang ikhlas.
Firman Allah swt yang bermaksud:“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dan yang sesat. Kerana itu, barangsiapa yang ingkar kepada taghut lalu mereka beriman kepada Allah, seungguhnya mereka telah berpegang kepada tali Allah yang amat kuat dan tidak akan ia putus. Dan Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” (al-Baqarah : 256)
Hasil daripada kesatuan aqidah maka terbentuklah kesatuan amal yang hanya bertunjangkan kepada matlamat yang satu iaitu ALLAH, RASUL dan ketaatan kepada pimpinan yang benar dan adil. Kebanyakkan dari muslimat Improf telah ditarbiyah sejak dari kampus dan kita sedia maklum konsep dalam berdakwah terdapat 3 marhalah. Mengapa ana utarakan marhalah dakwah? Ini kerana kita telah berbaiah sebagai daie dalam meneruskan perjuangan Rasulluah dan berusaha mencapai matlamat yang mutlak iaitu syurga dan MARDHATILLAH.
Marhalah yang pertama adalah taarif, kedua takwim dan ketiga ada tanfiz. Setiap dari kita telah memahami konsep taarif atau pengenalan dalam usaha mendekatkan diri kepada ALLAH, menambahkan keimanaan dan ketaqwaan dengan pembentukkan iman yang hakiki.Setelah marhalah pertama difahami, maka hendaklah kita berpindah pula ke marhalah takwim dimana kita perlu mengenali konsep amal jamaie (beramal dan bergerak dalam bentuk jemaah). Islam tidak dapat ditegakkan sekiranya kita mengasingkan diri dari jemaah dan masyarakat dan akhir sekali marhalah yang penting itu tanfiz dimana sebagai seorang muslimah kita memerlukan pengorbanan untuk bersama-sama mengangkat panji islam untuk ditegakkan ditengah-tengah kejahilan.
Untuk mengisi tuntutan ini maka hendaklah setiap dari kita berusaha mencari ilmu dan memperkukuh aqidah hasil dari usrah-usrah dan tamrin/program yang diadakan. Kerana itu TARBIYAH dalam pembetukan rohani perlu dikuatkan dan berusaha sedaya upaya agar usrah yang diadakan dari peringkat zon dapat dihadiri walaupun banyak kepayahan dan tanggungjawab yang dihadapi. Ya, ana belum berkahwin, malah tidak punya anak lagi. Kerana itu ana masih belum cukup memahami atau merasai perasaan tanggungjawab yang dihadapi oleh kakak-kakak dan adik-adik yang sudah berumahtangga. Pun begitu, ana akan sentiasa berdoa agar setiap perjalanan hidup sahabat dipermudahkan oleh ALLAH dan pada sahabat yang masih tidak memahami masalah sahabat yang lain, maka berlapang dada lah kerana kita belum menempuh alam tersebut dimana aulawiyat sebagai muslimah ketika itu sangat sukar ditafsir. Sebagai seorang hamba, janganlah kita begitu goyah dalam menyesali setiap kehidupan, yang penting hati dan pemikiran kita jangan diluputkan perasaan cinta dan sayang untuk bersama jemaah Islam. Walaupun kita tidak memegang apa-apa jawatan, namun letakkan ruhniah kita untuk berada bersama sahabat dan meletakkan unsur utama al amal mutawasil iaitu kerja yang dibuat berterusan dengan Ikhlas walaupun hanya secebis zarah.
bersama Ustazah wan HasrinaDua gadis yang tidak dapat dipisahkantiup belon
Setelah tapak diperkukuhkan, dinding pula dibina dengan menyusun batu bata dengan aturan yang betul dan di'ikat' dengan bancuhan simen. Begitu juga dengan belon yang dihasilkan, selotape dijadikan ikatan utama untuk menghubungkan antara satu belon ke belon yang lain. Inilah dinamakan Konsep Ukhwah Islamiyyah iaitu persaudaraan atau kasih sayang yang bermatlamatkan mardhatillah yang mana ianya merupakan kurniaan atau pemberian daripada Allah swt.


Firman Allah swt yang bermaksud:“Dan Dialah yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63) Ukhwah antara muslimah yang baru mendaftar dalam Improf atau yang telah lama bersama dalam Improf perlulah dihasil dan dilahirkan atas ikatan rabbani - ikatan yang diikuti di atas dasar ketaatan kepada Allah - yang mengikat hati-hati mereka dan ia merupakan jalinan yang mendekatkan mereka kepada Allah s.w.t. Ukhuwwah merupakan ikatan keimanan yang paling kukuh sebagaimana yang dinyatakan oleh Nabi s.a.w:“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah”. (Hadis riwayat Imam Ahmad).



Justeru, kepada yang senior dalam improf perlulah meraikan kehadiran junior improf yang baru dan junior improf perlulah berusaha mengenali senior dalam menjalinkan ukhwah sesama kita. Jangan meletakkan ukhwah itu berlandaskan arahan semata atau menunggu bila program seterusnya akan diadakan, tetapi ukhwah boleh terjalin dimana-mana sahaja. Alhamdulilah, kita diberi kelebihan untuk berinteraksi sesama kita dengan wujudnya yahoogrop JALINAN UKHWAH. Gunakan semaksimumkan mungkin dan kongsi segala idea yang diperolehi agar hati-hati ini akan merindui sahabat lain atas dasar persaudaraan ISLAMIYAH. Jadilah seumpama satu jasad yang apabila satu daripada anggota jasad itu merasai sakit, maka seluruh anggota yang lain akan turut menanggung penderitaannya.


Alhamdulilah, terima kasih daun keladi buat pihak penganjur dan seluruh muslimat improf yang memberi sokongan. Kepada yang tidak dapat hadir, InsyaALLAH, program seperti ini akan diteruskan lagi dan nantikan juga program-program baru yang akan menyusul. Teruslah memberi sokongan kerana sokongan yang paling baik adalah doa dari sahabat yang mendoakan sahabatnya tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali ALLAH S.W.T.

Ikrar sesungguhnya sembahnyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana ALLAH akan hanya teruji kalau kita terus bersama dengan jemaah Islammiyah . Berjuanglah demi ALLAH dan RASUL dan berdakwahlah kepada semua masyarakat mengikut waqie, tempat dan profisyen masing-masing selagi mana tidak melanggar syariat. Cita-cita ISLAM tidak akan tercapai kalau kita hanya menyatakan bahawa Islam itu benar, indah dan sempurna tetapi kebenaran, keindahan dan kesempurnaan itu tidak direalisasikan dengan perlaksanaan

1 comment:

Nurul Sharina said...

Dear Min, I linked your post to my blog. I also attached some of the pictures. Thanks Min for the article. Till we meet again..