Tuesday, October 25, 2011

Aqidah Seteguh Bilal bin Rabah

Pada Jumaat yang lepas, satu topik telah dikeudarakan di IKIM bertajuk Aqidah Seteguh Bilal bin Rabah yang telah pun disampaikan oleh ustazah Norhafizah Musa.

InshaALLAH, disini saya kongsikan sedikit pengisian buat suri teladan untuk diri saya dan kepada yang membaca.

Bilal bin Rabah salah seorang sahabat Rasulluah yang sangat tinggi nilai keimanannya. Beliau pernah diseksa, disalaikan badan nya diatas bara, diletakkan batu diatas badannya oleh tuannya tapi keimanan iman dan aqidah membawa nya menjadi seorang yang sangat rapat dengan Rasulluah dan dinaikkan darjat menjadi orang pertama melaungkan azan. Rasulluah pernah mendengar hentakan kaki Bilal bin Rabah dalam syurga hingga baginda bertanya kepada jibril dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Setelah peristiwa itu, Rasulluah bertanya kepada Bilal "apa yang telah engkau lakukan hingga aku bisa mendengar hentakan kakimu disyurga?", dengan perasaan rendah diri, Bilal pun menjawab "tidak apa yang aku lakukan cuma 2 perkara aku buat selalu iaitu: sebelum azan aku akan berwudhuk dan kemudian pastikan diri sentiasa berwhudhuk dan solat sunat wuduk 2 raakat. Ini merupakan Bilal adalah salah seorang sahabat yang telah dijanjikan untuk masuk syurga.

Surah ArRum ayat 30

30:30

" Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."


Al Ankabut ayat 2

29:2

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Kehidupan ini adalah proses uji kaji sejauh mana kita mempertahankan aqidah Islam. Dr AMR KAHLID ada berkata "banyak dari kita adalah beragama kerana identiti. Pada saat ini kita perlu tanamkan Islam dalam diri kita dan menjadikan Islam sebagai sendi kehidupan seharian. Andai darah menitis dari tubuh dan disitu tidak tertulis kata-kata saya cinta kepada Islam dan lailahaillahAllah, maka keislaman kita masih perlu dipersoalkan.

Aqidah tauhid bukan semata-mata pengakuan dan lafaz tapi lebih dari itu. ALLAh sentiasa menguji kita untuk melihat ketahanan ini mempetahankan Aqidah. Abdullah Huziwa pernah menjadi tawanan tentera ROM. Kaki dan tangannya diikat dan dipanah kedua-dunya, tetapi mulut dan lidah nya hanya mengucap "aku rindu bertemu ALLAH. Raja Rom memerintahkan pula agar Abdullah dibawa ke rebusan air dan minyak yang panas. Ketika Abdullah sampai ke bekas tersebut, dia menangis. Mulanya Raja Rom menyangka bahawa iman Abdullah sudah goyah, tetapi Abdullah berkata " Aku menangis kerana aku hanya mempunyai satu nyawa, padahal aku mengharap agar mempunyai nyawa sebanyak bulu ditubuhku agar setiap nyawaku akan mati kerana berjihad di jalan ALLAH."

Inilah generasi yang telah menerima tarbiyah secara langsung dari Rasulluah. Apatah lagi kita hanya mempunyai satu nyawa walhal untuk memperjuang kan nyawa dengan diisi aqidah yang tulen belum tentu lagi dapat dilakukan. Sesungguhnya kehidupan yang sebenar adalah kehidupan akhirat. Akhirat adalah nadi dan tujuan kenapa kita hidup.



Al An'am 125

6:125

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.

Maknanya adalah menjadi satu ketenangan dan kelapangan jiwa bagi sesiapa yang memiliki iman yang sempurnan dan sesiapa yang ALLAH hendaki jadi sesat, maka orang itu akan jadi sesak nafasnya dalam kehidupan.

Hassan Albasri berkata " Pada hari kiamat nanti, Islam akan datang dengan menampakkan muka pemeluknya, semua umat manusia pada saat itu akan tahu siapa yang hidup yang membela islam dan siapa hidupnya yang merendahkan Islam."

Manusia memilik jasad, roh dan akal. Dalam meng'istiqamah'kan iman kita, perlu merujuk panduan dan bimbingan dari Alquran dan Sunnah dan faham semua kehendak yang disampaikan oleh ALLAH. Alquran ialah 'hudalinnas', ambillah peluang untuk menafsir dan mengamalkan ilmu dari Alquran sehingga dapat mencapai kemanisan iman.


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ


Ertinya:

“Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

Surah Ibrahim 24-2514:24

14:25

[24]Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh,dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

[25]Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)

5 comments:

yasmin said...

apakah faktor beliau mendapat kemanisan iman?

Unknown said...

Bilal bin rabah merupakan contoh orang yang mendapat kemanisan iman

Unknown said...

Bilal bin rabah merupakan contoh orang yang mendapat kemanisan iman?

Unknown said...

Jelaskan faktor yang menjadikan bilal dapat mencapai martabat tersebut?

jaimilleuehling said...

Poker Atlas: Casino Sites - The Poorer and Most Valuable Online
Our guide 유니벳 to 이 스포츠 online 포커 디펜스 poker also 1xbet online includes all information you need to know about these poker sites. If you enjoy playing poker, the best site for you 코드 벳