Sunday, September 27, 2009

Pizza Homemade


Alhamdulilah, semalam saya dan hubby belajar memasak pizza. InshaALLAH saya kongsikan sedikit ilmu bagi sesiapa yang ingin mencuba

Bahan untuk dough (untuk satu adunan)


200 gram tepung

1 tsp garam

1/2 tsp gula

1 tsp yis (mau-ripan)

2 sudu olive oil

120ml air suam

Bahan untuk lapisan atas dough

daging/ayam kisar

serbuk lada

garam

tomato puri

daun parsley

lada hijau

tomato

buah zaitun

bawang besar

cheese mozarela

mayonaise

Cara memasak

campurkan semua bahan untuk dough dan ulikan selama 4 minit. (tepung perlu disievekan dulu -ayak). coverkan dough dengan kain/plastik dan simpan dalam oven selama 1-2 jam. ulikan semula dan letakkan dough dalam baking tray. masakkan dough separuh masak (dalam 10 minit suhu 180 C). angkat bawa keluar dan sapukan tomato puri diatas lapisan dough tadi. daging+lada+garam+daun parsley+tomato puri +air dimasak sekali sehingga kering dan sapukan pd lapisan dough yang telah disapukan dengan tomato puri.untuk hiasan letak buah zaitun, tomato, lada hijau, bawang dan apa sahaja mengikut selera masing-masing. last sekali letkkan cheese mozarela dan panaskan semula lebih kurang selama 20-30 minit. selamat mencuba.

No comments: