Thursday, September 10, 2009

Rebutlah Malam Lailatul Qadar

Allah telah mewajibkan semua umat muslimin berpuasa di bulan Ramadhan dengan meninggalkan makan, minum, nafsu syahwat dan apa yang telah diperintahkan olehNya. Sekiranya kita dapat melakukannya dengan sebaik mungkin, maka ALLAH akan menjanjikan kerahmatan dan menggandakan pahala amalan yang dilakukan.
"Setiap kebaikan diganjar dengan sepuluh sampai tujuh ratus kebaikan serupa, kecuali puasa. Puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan mengganjarnya."
Sekiranya perkara yang halal dilakukan sebelum berpuasa tetapi dilarang ketika Ramadhan mengambarkan latihan yang ALLAH berikan pada kita agar menjauhi perkara-perkara yang haram. Puasa bukan sahaja menahan lapar dan minum, malah ertinya lebih besar kerana bulan Ramadhan merupakan nikmat yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad dimana bulan ini dipenuhi dengan kerahmatan, keampuanan, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diturunkan malaikat untuk memberi keampunan kepada umat yang beribadah di malam hari, digandakan ganjaran seperti beribadah 1000 bulan dan dibulan Ramadan jugalah nabi Muhammad diangkat sebagai Nabi dan rasul apabila surah pertama diturunkan pada 17 Ramadan.
Begitulah kasihnya ALLAH pada hambaNya yang bertaqwa.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa" (ali-Imran: 76).
Jika Allah sudah mencintai hamba-Nya, tentu Dia tidak rela hamba-Nya terus menerus berada dalam kesulitan. Allah pasti akan mengangkatnya dari "lumpur yang kotor" itu, kemudian memberi tempat yang terpuji dan mulia. Bukan sekadar cinta malah ALLAH selalu bersama-sama dengan orang yang bertaqwa. Sekiranya kita sudah berasa selamat apabila negara dikawal dengan tentera yang terlatih apalagi jika kita dikawal dan ditenteramkan oleh Allah S.W.T.
Bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh ALLAH. Sekiranya kamu bersyukur, maka ALLah akan menambahkan nikmatNya.
WaalahuaALLAH. Kembalilah wahai jiwa-jiwa yang tenang kepada tuhan mu dengan hati yang redha dan diredhai.
Malam lailatul Qadar dipetik dari Sumber : http://azharjaafar313.blogspot.com/2008/09/lailatul-qadar.html

Bilakah waktunya?
Nabi s.a.w. menyuruh umatnya mencari Lailatulqadar pada 10 malam terakhir, terutamanya malam-malam ganjil. Allah suka pada yang ganjil (witir). Allah suka pada sembahyang yang ganjil bilangannya seperti sembahyang witir.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Carilah Malam Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir. Dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud: Carilah Malam Lailatul Qadar pada malam ganjil 10 hari yang terakhir.”

Waktu lailatulqadar tidak sama antara satu tempat dengan tempat lain. Imam Ghazali mempunyai formula untuk mengira lailatulqadar berdasarkan hari mula puasa mengikut pengalamannya. (mungkin boleh dipakai di Malaysia kerana tempat beliau di Iran atau Iraq tidak jauh dari sini)

Jika Awal Ramadhan (1 Ramadhan) jatuh pada hari :
[1] Ahad atau Rabu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-29 Ramadhan;
[2] Isnin - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-21 Ramadhan;
[3] Selasa atau Jumaat - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-27 Ramadhan;
[4] Khamis - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-25 Ramadhan;
[5] Sabtu - Malam Lailatul Qadar dijangka akan berlaku pada malam ke-23 Ramadhan.

Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid pada petang 19 Ramadhan selepas waktu Asar. Iktikaf bererti berhenti di masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Isteri-isteri Baginda pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang. Hukum iktikaf pada 10 akhir Ramadhan ialah fardu kifayah dalam mazhab Hanafi dan sunat muakkad dalam mazhab Syafie.

Nak buat apa pada malam itu?
Usaha, dapatkan dan carilah Lailatulqadar. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi dan buatlah apa-apa ibadat pun seperti berzikir, sembahyang, membaca quran.

Nak minta apa jika bertemu malam itu?
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?”
Baginda menjawab,
Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni.
Maksudnya;“Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.”(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Apa berlaku pada malam itu?
Al-Qadr Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).

Allamah Sawi mengatakan pada malam itu turun ruh malaikat yang mempunyai 1 badan dan 1,000 muka. Besarnya ruh malaikat ini ialah kepalanya berada di bawah Arasy dan kakinya bertunjang ke bumi. Setiap muka mempunyai 1,000 mulut, kerjanya memuji Allah, setiap lidah dalam bahasa yang berlainan (1,000 muka x 1,000 mulut = 1,000,000 bahasa)

Malaikat yang turun pada malam itu mengucapkan Salam kepada orang Islam kecuali kepada orang Islam yang meminum arak, memakan babi dan memutuskan Silatur-Rahim.

Antara kelebihan malam lailatul qadar ialah malaikat turun bersama 4 panji-panji iaitu 4 bendera yang diletakkan di 4 tempat:
Satu bendera diletakkan di atas Maqam nabi.
Satu bendera diletakkan di Baitul Maqdis
Satu bendera diletakkan di Baitullah
Satu bendera diletakkan di Bukit Thur

Tanda Malam Lailatul Qadar
Malam yang tidak panas dan tidak sejuk dan pada paginya matahari naik tidak banyak cahayanya kerana banyak malaikat turun naik pada malam itu.

No comments: