Wednesday, August 25, 2010

khubuz


Khubz (khubuz) merupakan makanan asas di timur tengah. Masa peperangan Iraq dulu, roti ini lah yang selalu dimasak dan dimakan oleh suami. Roti ni sgt sedap bila dimakan masa panas, dan pastinya ianya lebih berkhasiat dan halalal toyyibah hasil dari air tangan kita.
Bahan-bahan

1 paket yis
6 cawan tepung
2 sudu kecil garam
2 cawan air suam
Cara-cara memasak
yis, garam di'dissolve'kan dalam air suam. Buat ditengah2 lubang tepung, dan masukkan air+garam+yis sedikit demi sedikit dan diuli sehingga adunan dough terbentuk. uli selama 5-10 lagi minit. Kemudian cover dengan tuala, simpan dalam tempat yang tertutup (oven etc)dan biarkan dough tadi become double size selama 4-5 jam atau semalaman. selepas itu bentukkan dough yang kecil (sebesar buah orange), canai2 kan sehigga terbentuk size bulat. terpulang nak buat size besar mana. Kalau boleh jgn terlalu tebal nanti roti lambat masak. selepas sudah mendapat bentuk bulatan yang cantik, panaskan kuali, kuali tu mesti terbalikkan dan make sure kuali tu bersih dibahagian belakangnya. letakkan roti tu dan tunggu sehingga nampak bubble.bila dah make sure roti tadi dah masak, boleh hidangkan. kalau taknak hidangkan lagi tp nak maintan panas, cover dgn tuala lembab atau dalam plastik.
selamat mencuba!!

No comments: