Cerita ini diambil dari mailgogglegroup ditulis oleh seorang wanita tentang datuk saudaranya. Nampak seakan-akan sebuah drama yang diplot dengan baik namun inilah cerita sebenar tentang cinta isteri yang menunggu kepulangan suaminya bertahun-tahun. Pun begitu jalan cerita nya masih belum lengkap kerana masih ada perkara yang belum dirungkaikan lagi. Moga pengisian yang ingin disampaikan dapat memberi peringatan dan pengajaran bagi yang membacanya.
From: Fauziah Mohd Noor <fauziahuia@yahoo. com>
Assalamualaikum. ..salam sejahtera untuk semua sahabat dan warga SIM. Mudah2an kita semua sentiasa berada di dalam keberkatan dan rahmat Yang Esa.Kepada kawan-kawan yang sudi membaca tulisan saya, saya ingin menceritakan kisah berakhirnya sebuah penantian dan kesabaran seorang wanita.
Ketika saya masih kanak-kanak, ibu saya memberitahu saya..seorang bapa saudara kepada ayah saya sudah lama berada di luar negara. Kata ibu saya, datuk saudara saya itu meninggalkan keluarganya termasuk isteri dan 3 org anak. Ketika ditinggalkan oleh datuk saudara saya, nenek saudara saya sedang hamil anaknya yang ketiga. Kejadian itu berlaku pada tahun 1945. Sebagai kanak-kanak saya hanya mendengar cerita itu dan tidak mengambil tahu apa yang berlaku selepas itu.
Pada tahun 1992, sebelum saya berlepas ke England untuk menyambung pelajaran, bapa saudara saya memberikan saya sekeping kertas kecil. Di atas kertas tersebut tertulis nama seorang lelaki dan alamat lelaki tersebut di Cardiff. Saya bertanya, ini alamat siapa? Bapa saudara saya kemudian menjelaskan itu adalah alamat rumah dan nombor telefon datuk saudara saya yang sedang menetap di Cardiff, di wilayah Wales. Bapa saudara dan ayah saya sama2 berpesan kepada saya, "jangan lupa cari Tok Long dan keluarganya. " Saya cuma berkata, "InsyaAllah, saya akan cuba..tapi jangan terlalu berharap."
Bulan Mei 1993, saya berjaya menghubungi datuk saudara saya, tetapi waktu itu saya hanya bercakap dengan seorang anak tirinya yang bernama Rayner. Daripada perbualan itu saya mendapat tahu, datuk saya telah bernikah dengan seorang wanita German dan mendapat dua orang anak perempuan yang masing2 telah bernikah dan mempunyai anak2. Kami mengatur pertemuan, dan saya meminta mereka menunggu saya, suami dan anak saya berusia 2 tahun waktu itu di stesyen keretapi Cardiff. Sesampainya di Cardiff kami dijemput oleh anak kedua datuk saudara saya bernama Z dan suaminya, lelaki berkulit putih. Setengah jam kemudian kami akhirnya bertemu dengan datuk saudara saya yang telah meninggalkan Malaysia sejak tahun 1945. Anak2 dan cucu2nya menyambut kedatangan kami dengan mesra. Saya meminta izin datuk saudara saya utk bermalam di rumahnya malam itu. Selepas anak2 dan cucu-cunya pulang, saya, suami dan datuk saudara berbual panjang.
Sukarnya memahami bahasa datuk saudara saya. Bahasa melayunya berbunyi seakan-akan bahasa Indonesia dan saya berasa seperti berada di zaman 50an. Datuk saudara saya bertanya, bagaimanakah keadaan MALAYA sekarang? Saya memberitahu, sekarang negara kita dipanggil MALAYSIA...bukan MALAYA lagi tok long. Malam itu beliau bercerita bagaimana rindunya beliau kepada ibubapanya (moyang saya), kakak-kakak dan adiknya, isteri dan anak-anaknya. Dan saya masih ingat kata-kata tok long, " Cucu...hajat datuk cuma satu. Datuk mahu mati di Malaya.Datuk mahu jumpa ibu, isteri dan anak-anak datuk. " Tok long juga memberitahu saya bahawa selama ini dia amat merindui keluarganya di Malaysia. Dia cuma menulis surat kepada keluarganya selepas isterinya yang berbangsa German itu meninggal dunia pada tahun 1991. Saya memberitahu tok long, selepas tamat pengajian pada bulan Oktober 1993, saya akan kembali ke Malaysia dan saya mengajak datuk pulang bersama-sama saya. Tapi tok long berkata, "nantilah datuk fikirkan." Oktober 1993, sebelum pulang ketanahair, saya sempat bertemu toklong dan beliau berpesan kepada saya, "Beritahu semua keluarga datuk di sana, datuk akan pulang secepat mungkin."
Berita pertemuan saya dan tok long memberi harapan baru kepada keluarganya, terutama isteri dan anak2nya. Anak bongsu yang berada di dalam kandungan ketika ditinggalkan, sudah berumur 48 tahun waktu itu.Sudah beranak cucu.....Paling mengharukan saya ialah betapa sabarnya isteri tok long menunggu kepulangan suaminya.Walaupun berkali-kali dinasihatkan supaya meminta fasakh dari mahkamah...tetapi isteri tok long tetap mahu menunggu dengan keyakinan, suaminya yang tercinta..akan pulang ke pangkuan dia dan anak-anak. Waktu itu isteri datuk telah mula nyanyuk dan kadang-kadang tidak mengenali anak cucunya lagi.
1995, saya mendapat panggilan dari anak tirinya Rayner...datuk akan pulang ke tanahair pada bulan Januari 1995. Berita gembira itu saya sampaikan kepada anak-anaknya dan saudara mara yang lain. Di lapangan terbang Subang..Januari 1995 pagi itu (saya tidak ingat tarikhnya), tok long sampai dari England. Anak bongsunya yang ditinggalkan ketika masih dalam kandungan menunggu di lapangan terbang bersama-sama saya dan bapa saudara. Sebaik saja ayah dan anak bersalam...saya melihat anaknya bukan lagi menangis, tapi meraung sekuat hati semasa memeluk ayahnya. Tapi tok long cuma bergenang airmata dan memujuk anaknya berkali-kali. ."Jangan menangis lagi, bapak kan sudah pulang." Saya melihat bagaimana anak lelakinya memegang erat tangan ayahnya seperti tidak mahu kehilangan ayahnya sekali lagi.
Dari Kuala Lumpur, datuk dibawa ke Chemor untuk bertemu isteri dan dua orang anaknya. Anak-anak yang merindui ayah mereka menangis semahu-mahunya waktu memeluk ayah mereka. Tetapi saat paling mengharukan, apabila isteri datuk saudara saya yang mengalami penyakit nyanyuk dapat mengenali suaminya sebaik saja datuk memberi salam kepadanya. Soalan pertama yang ditanyakan kepada tok long ialah " Ini abang Lah kan?" Semua saudara-mara menangis melihat suami isteri yang berpisah hampir 50 tahun itu berpelukan. Penantian dan kesabaran seorang isteri menanti suami selama 50 tahun akhirnya menjadi kenyataan.
Saya mendapat tahu, bagaimana gembiranya datuk bersama isteri dan anak2 serta cucu cicitnya. Sesekali dia menyebut dia merindui dua orang anak perempuannya di England.. "Datuk dah mengajak mereka pulang bersama datuk, tetapi mereka tidak mahu ikut datuk." Saya cuma memujuk dengan mengatakan, insyaAllah satu nanti mereka pasti akan datang ke Malaysia.September 1995, saya sedang berpantang selepas melahirkan anak saya yang kedua, Amir Zuhdi. Malam itu saya mendapat berita datuk saudara saya telah kembali ke rahmatullah di pangkuan isteri dan anak-anaknya. Menitis airmata saya bila teringat kata-katanya pada tahun 1993, "Cucu...hajat datuk cuma satu. Datuk mahu mati di Malaya.Datuk mahu jumpa ibu, isteri dan anak-anak datuk."
Betapa besarnya kuasa Allah...memberi peluang kepada isteri yang bersabar selama 50 tahun bertemu dengan suami yang dicintainya. Menunaikan impian seorang suami bertemu isteri dan anak-anaknya, saudara maranya sebelum menghembuskan nafas terakhirnya di MALAYA tanah tumpah darahnya. Kali ini datuk pergi dan tidak akan kembali lagi. Saya cuma pilu bila terkenang hajat beliau yang ingin melihat anak-anaknya di England hidup brsamanya di Malaysia..tetapi tidak kesampaian. Isteri datuk saudara saya, wanita cekal dn tabah itu kembali ke rahmatullah 3 tahun selepas itu pemergian datuk..
Moral of the story..pengajaran bagi saya ialah bersabar itu amat penting di dalam kehidupan berumahtangga. Cuma saya tidak pasti masih adakah wanita seperti isteri Allahyarham datuk saudara saya. Tapi saya yakin, wanita tabah ini dapat bersabar kerana adanya sokongan daripada keluarga dn sahabat handainya. Dia juga yakin akan ada sinar bahagia di hujung penantiannya yang dipenuhi dengan kerinduan.
Dan hari ini bila melihat kes perceraian yang bertimbun-timbun di mahkamah Syariah saya bertanya kepada diri saya sendiri..."Kenapa hari ini ramai yang terlalu mudah melafazkan cerai..terlalu mudah meminta cerai? Di mana silap kita...di mana kelemahan kita? Moga kita semua mampu bersabar diuji. Tetapi saya juga yakin kesabaran itu ada batasnya. Dan saya juga yakin setiap insan berhak mendapat kebahagiaan di dalam hidupnya.
Akhir kata...Al-Fatihah. .utk semua yang telah pergi meninggalkan kita. Mudah2an mereka semua sentiasa diberkati oleh Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
"Berpisah kita...selamanya. yang tinggal hanyalah kenangan. diiring doa dn airmata..yang pergi tak akan kembali lagi.amalan dan taqwa, jadi bekalan.." (Nasyid pergi tak kembali-Asri)
"Ya Allah, jadikan kami hamba2Mu yang soleh dan bersabar"
wassalamDr fauziah
No comments:
Post a Comment