Friday, December 9, 2011

Hijab for women

Islam is the best way of life to all human and we are as a moslim need to share this knowledge with those to whom the message has not yet been conveyed.


It is not easy to convey the message of Islam to a non-moslim because most of them are not convinced about Islam according from the information we give are not satisfied to them and not wisdom.


In the past few years of my Da'wah experience, one of my friend from Vietnam asked me why does Islam degrade women by keeping them behind the veil or hijab? The hijab is too hot for them espeacially we are living in a warm weather.


To all my sisters either you are moslim and non-moslim should know that whatever ALLAH asks you to do something even from your eyes saying it is bad, but the truth is the order given is meant for all mankind.


Hijab is a Islamic dress to cover the complete body except the face and the hands upto the wrist. If they wish to, the can cover even these parts of the body. In surah Al-Ahzab says that hijab has been prescribed for the women so that they are recognize as modest women and this will also prevent them from being molested.


Sahih InternationalO Prophet, tell your wives and your daughters and the women of the believers to bring down over themselves [part] of their outer garments. That is more suitable that they will be known and not be abused. And ever is Allah Forgiving and Merciful.
(Al Ahzab:59)


Same goes in Surah Annur 31, Allah asks for women to cover their beauty by putting veils and do not show their beauty to men who are not muhrim to them. To all my lovely sister, this is an order from Allah, you like it or not, you must do because there are many benefit or 'hikmah' behind it such as it will conduct you to a good attitude, behaviour and also practice us to be a good moslim woman.



And tell the believing women to reduce [some] of their vision and guard their private parts and not expose their adornment except that which [necessarily] appears thereof and to wrap [a portion of] their headcovers over their chests and not expose their adornment except to their husbands, their fathers, their husbands' fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers, their brothers' sons, their sisters' sons, their women, that which their right hands possess, or those male attendants having no physical desire, or children who are not yet aware of the private aspects of women. And let them not stamp their feet to make known what they conceal of their adornment. And turn to Allah in repentance, all of you, O believers, that you might succeed.(AnNur 31)


Eventhough, in a new modern generation, a lot of types and design of veil/hijab are introduced, as long as you put your veil/hijab following syariat which is should be cover your chest, should not be transparent, not be so glamorous as to attract the opposite sex and the veil/hijab should not resemble that are specifically identities or sysmbols of the unbelievers' religions.


I also would like to say to my lovely leader lady in Malaysia, please put your hijab because you are a role model to all moslim women in our country.Peace no WAR.


Thursday, December 8, 2011

Peranan Muslimat Muda dalam gerakan Islam

gambar hiasan


Allah telah menciptakan lelaki dan perempuan untuk bersama-bersama memakmur dan menguruskan bumi dengan baik tanpa melanggar hukum dan syariat yang telah ditetapkan oleh ALLAH dan Sunnah.




Oleh demikian, soal kepimpinan dan politik adalah agenda hidup manusia. Setiap kali kita bersolat, kita akan membaca, Inna solati wanusuki wamahyahya wamamati lilahirabbil Alamin. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku kerana ALLAH Taala.




Ini adalah amanah sejak kita berbai'ah (berjanji) dengan ALLAH sebelum dilahirkan bahawa setiap benda yang kita lakukan adalah demi ALLAH dan agamaNya. Tugas menjadi Khalifah adalah tanggungjawab semua, suka atau tidak kita wajib laksanakan kerana ini akan menjadi bukti dan hujah apabila bertemu dengan ALLAH di sana kelak. Namun yang perlu dititikberatkan adalah niat Ikhlas semata-mata kerana ALLAH.




Firman ALLAH di dalam surah Alhujurat ayat 15 yang bermaksud




"Sesungguhnya orang-orang yang beriman iaitu orang yang yakin dan percaya kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak syak dan ragu-ragu (terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka kepada jalan Allah, mereka itulah orang yang sebenar-benarnya (pengakuan imannya)"


Allah telah menentukan bahawa setiap manusia mempunyai peranan yang berbeza dalam melaksanakan tugas mengikut kemampuan dan kemahiran masing-masing. Sepertimana Allah berfirman “Qul, kullun ya’malu a’la syakilatih". (Setiap seseorang bekerja mengikut kemahiran)




Sabda Rasulullah SAW “Kamu berada di satu penjuru dari penjuru-penjuru Islam, justeru jangan kamu biarkan Islam diserang dari penjurumu".




Muslimat muda boleh dikategorikan sebagai wanita yang berumur dari 15 ke 40 tahun. Penglibatan muslimat muda dalam harakah amat bermakna dan ‘significant’ terutamanya dalam gerak kerja Jemaah Islam. Sekiranya tugas pemuda lebih diperlukan dalam kerja-kerja fizikal, muslimat muda pula lebih diperlukan dalam kemahiran memberi idea dalam apa jua bentuk penyampaian seperti penulisan, multimedia dan sebagainya. Selain dari itu, muslimat muda adalah nadi kepada muslimat 'veteran' dalam menyalurkan tenaga dalam menjayakan program malah mereka juga mampu menjadi 'suara negara' dalam kebangkitan wanita muda.




Majoriti dari muslimat muda menyandang gelaran mahasiswa,bekerja dan menjaga anak namun ianya bukan menjadi alasan untuk kita menidakkan tanggungjawab sebagai khalifah yang mampu membawa perubahan yang positif kepada Islam dan negara. Dunia yang dahulu dihuni oleh pemerintahan luar menyaksikan gelombang pembaharuan dan kebangkitan yang diteraju oleh orang muda. Contohnya seperti Revolusi Iran pada tahun 1979 yang rata-ratanya digembleng oleh tenaga muda mampu membawa arus kebangkitan Islam ke seluruh pelosok dunia tidak terkecuali di Malaysia. Begitu juga dengan pemerintahan dibawah kepimpinan Muhammad Al Fateh yang berjaya menawan Kota Konstantinopel ketika usianya baru mencecah 24 tahun. Mesir juga tidak ketinggalan dengan lahirnya Hassan Albanna yang menubuhkan gerakan Ikhwanul Muslimin ketika umurnya baru menginjak 23 tahun dalam menentang kezaliman Rejim Mesir yang berleluasa.

Dalam sejarah Islam juga mencatatkan nama-nama serikandi yang mashyur yang telah berjuang dan terkorban demi memartabatkan Islam seperti Saidatina Khadijah Khuwalid, Fatimah Az Zahra, Sumayyah, Aisyah, Asiah, Siti Hajar, Asma’ Abu Bakar dan ramai lagi. Masing-masing telah memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Islam malah pada ketika usia muda remaja seperti Aisyah, Fatimah dan Asma' telah terlibat menjadi wakil muslimat dalam setiap ilmu dan perkara. Namun sejauh mana kekuatan itu dapat diwarisi oleh barisan muslimat muda pada zaman ini?


Wanita dicipta dari tulang rusuk kaum Adam. Jika kita membentuknya dengan kasar, maka pecah dan patahnya tulang tersebut. Jika dibiarkan sahaja bengkok maka wanita itu akan bersifat buruk selama-lamanya. Oleh demikian wanita ini perlu dididik, dibelai dan dinasihati dengan lemah lembut agar sifat tulang rusuk itu tidak patah dan menjadi lurus. Oleh sebab itu, kehebatan seorang wanita itu perlu diperhalusi dengan ilmu dan akal fikiran yang jitu.




5 perkara yang perlu dikuasai oleh muslimat muda ialah ilmu, multimedia, pidato, peka isu dan penulisan. Muslimat muda perlu didedahkan dengan masalah sebenar masyarakat dan memahami hiruk pikuk kehidupan agar mereka bersedia berhadapan dengan cabaran dan bersedia melaksanakan Islam dengan sebaiknya mengikut garis panduan yang telah dinyatakan. Muslimat muda perlu bergading bahu bersama muslimat 'veteran' dan kaum muslimin dalam menyakinkan masyarakat bahawa pemerintahan berteraskan Islam adalah yang terbaik dan adil. Namun perlu diingatkan bahawa setiap tugas yang dijalankan perlulah menjaga batas-batas pengaulan dan muamalat dan menutup aurat seperti yang ditetapkan dalam Alquran dan Mazhab Syafie sehingga tidak menimbulkan fitnah yang membawa kecelakaan dan kemudaratan dalam gerakan dakwah Islam.


Walaupun banyak halangan yang ditempohi sepanjang bergiat dalam gerakan Islam seperti halangan keluarga, kerjaya, belajar dan anak-anak yang masih kecil, hakikatnya hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Pelbagai alasan yang diberi walaupun pahit untuk diterima. Dalam gerakan Islam, penglibatan muslimat muda masih kurang. Alangkah ruginya jika kita hidup penuh alasan dan perjuangan dakwah itu hanya terhenti setelah berkahwin tidak seperti aktif semasa bujang. Yang paling penting, muslimat muda perlu tahu dan bijak menguruskan masa dengan baik dan tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar, isteri mahupun ibu dalam keluarga. Kita hendaklah beriltizam di tempat bertugas dan setiap suasana hidupnya hendaklah diselaraskan dengan kebaikan dan kepentingan amal dakwah. Matlamat perlu jelas dalam menegakkan Daulah Islamiyah. Penglibatan dalam gerakan bukan bermakna untuk mengejar pangkat dan 'taklifan' tetapi adalah suruhan dari ALLAH bahawa tanggungjawab setiap muslim perlu dinasihat dan menasihati serta memerlukan satu sama lain agar bumi yang kita duduki dapat dihidupkan dalam suasana Islam yang harmoni.



waalahualam

KORBAN DAN PENGORBANAN



oleh akhi Hatta (Ikatan Muslim Profesional IMPROF)


Setiap tahun, umat Islam diseluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidil Adha dengan penuh kesyukuran. Aidiladha disambut pada hari ke 10, 11, 12, dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
A) IBADAH KORBAN
Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak dua rakaat di pagi hari, diikuti upacara korban. Lembu, kambing, dan biri-biri disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid dan dibahagi-bahagikan kepada golongan fakir miskin. Di Negara kita ibadah korban rata-ratanya dibuat di semua peringkat bermula dengan perlaksanaannya secara berskala besar di masjid-masjid utama di setiap negeri diikuti dengan masjid-masjid dan surau-surau di bandar-bandar utama, taman-taman perumahan, dan kampung-kampung dan pecan-pekan kecil. Tidak ketinggalan, ibadah korban ini turut sama dilaksanakan di tempat-tempat kerja samada di sektor kerajaan mahupun swasta sebagai acara tahunan syarikat-syarikat. Hakikatnya, umat Islam di Malaysia sangat-sangat beruntung kerana jarang-jarang kedengaran bunyi dan suasana yang mana ibadah korban untuk rakyat Malaysia dijayakan oleh badan-badan NGO dari Negara luar lantaran kedaifan rakyat di negara kita. Tidak sebagaimana yang sering kedengaran di radio-radio, iklan-iklan di majalah dan surat khabar yang menyeru umat Islam di Malaysia untuk mengambil bahagian melaksanakan aktiviti-aktiviti korban di negara-negara yang rakyatnya miskin dan bergolak seperti di Kemboja, Acheh dan Thailand. Kita sangat beruntung kerana rata-ratanya di kalangan kita yang berpendapatan purata lebih RM3000 sebulan mampu untuk sekurang-kurangnya mengambil satu bahagian korban pada setiap tahun, malahan ada yang mampu untuk menyumbang lebih dari seekor lembu. Malah, sudah menjadi kelaziman juga di kalangan Dato’-Dato’ dan Menteri-Menteri yang menyumbang lebih dari 10 ekor lembu pada setiap tahun di Masjid-Masjid Negeri! Dan disebalik keghairahan mengambil bahagian korban, masih ada juga sebilangan besar umat Islam di Negara kita yang tidak langsung terlibat dalam ibadah korban atas apa jua alasan sekalipun sedangkan mereka sebenarnya lebih dari mampu untuk melaksanakannya.
Persoalannya di sini, adakah ibadah korban itu benar-benar difahami dan dihayati sehingga memungkinkan ibadah kita ini benar-benar diterima di sisi Allah. Adakah kita benar-benar faham bahawa ibadah korban ini adalah sebagai suatu syiar dan lambang pembelaan Islam dalam membasmi kemiskinan. Adakah kita benar-benar menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT. Adakah kita yang bergaji 4 atau 5 angka mampu untuk berkorban pada setiap tahun dan memenuhi tuntutan islam dalam surah Al-Kauthar ayat 2 yang bermaksud:
“ Maka dirikanlah shalat karena Tuhanmu, dan berkorbanlah..”
Yang dimaksud berkorban di sini ialah menyembelih haiwan korban dan mensyukuri nikmat Allah sebagaimana tafsiran ayat tersebut.
Benarkah kita yang tidak berkorban benar-benar tidak mampu sedangkan duit rokok yang kita beli pada setiap hari dengan nilai lebih RM1 mampu untuk kita simpan selama setahun iaitu 360 hari bagi membolehkan kita berkorban pada tahun berikutnya dengan nilai RM360. Belum lagi kita menanyakan apakah nilai korban cukup sekadar meyakini yang binatang korban itu menjadi haiwan tunggangan kita apabila berhadapan dengan Allah SWT di padang Mahsyar kelak!! Sedangkan korban sebenar disisi Islam jauh lebih besar dari itu. Korban bukan sekadar menyembelih haiwan Kurban di pagi raya Aidil Adha tetapi sebaliknya menuntut kita melakukan pengorbanan jiwa dan harta di jalan Allah SWT sepanjang masa sebagai bukti ketaatan kita kepada Allah SWT!!.
B) IBRAR DISEBALIK KISAH KORBAN DAN PENGORBANAN

1) PENGORBANAN JIWA
Memetik kisah sebuah hadis Ashabul Ukhdud dalam kitab terkenal ‘Riyadhus Shalihin’ oleh Imam Nawawi, kisah seorang pemuda Mukmin di sebuah Negara bukan Islam yang dipimpin oleh seorang raja Musyrik. Setelah mendapati pemuda ini beriman, pelbagai usaha telah dibuat untuk membunuhnya tetapi pemuda ini telah diselamatkan Allah. Sehinggalah, pemuda itu sendiri yang meminta raja tersebut mengumpulkan seluruh rakyatnya di sebuah tanah lapang, disuruhnya melepaskan anak panah sambil menyebut “Dengan nama Allah, Tuhan pemuda ini..” untuk membunuhnya. Dengan kematian pemuda tersebut, seluruh rakyat di Negara tersebut beriman kepada Allah. Inilah contoh pengorbanan jiwa yang besar sehingga pemuda tersebut diberi ganjaran syahid dan pemergiannya memberi manfaat yang besar bagi Islam sebagaimana dibahaskan oleh Imam Ibnu Taimiyyah rahimahullah.
2) KETAATAN LAMBANG PENGORBANAN
Kisah ketaatan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan suruhan Allah sangat-sangat penting untuk kita hayati dan mengambil iktibar daripadanya. Ketaatan Nabi Ibrahim sewaktu usia mudanya dalam menghancurkan berhala-berhala di sekeliling kaabah, sewaktu usia pertengahannya, diuji dengan meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di lembah padang pasir yang kering kontang dan tiada kehidupan, dan diwaktu usia tuanya melaksanakan perintah menyembelih Nabi Ismail membuktikan ketaatan itu bukanlah didasarkan oleh faktor usia sebaliknya ketaatan itu mutlak milik Allah selamanya. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam Surah Annur ayat ke 51 yang bermaksud:
“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan. “Kami mendengar, dan Kami patuh”. dan mereka Itulah orang-orang yang beruntung..”
3) PENGORBANAN HARTA
Kisah yang ketiga ialah kisah pengorbanan harta Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar di jalan Allah. Saidina Umar yang selalu merasa cemburu akan kebaikan yang banyak dilakukan oleh Saidina Abu Bakar mengatasi kebaikan yang dibuat olehnya menyebabkan beliau merasakan tatkala pada ketika itu beliau berharta, itulah saatnya beliau berpeluang mengatasi Saidina Abu Bakar dalam beramal. Apabila Rasulullah bertanya, “apa yang kamu bawa?” Umar dengan bangganya menyatakan separuh dari hartanya yang banyak di rumah di berikan kepada Rasulullah dan tinggal separuh lagi untuk keluarganya. Tatkala Abu Bakar muncul dan ditanyakan soalan yang sama, Abu Bakar berkata “aku bawa semua hartaku yang sedikit ini dan tinggal hanya Allah dan Rasul sahaja”. Umar yang pada mulanya merasakan harta beliau lebih banyak berbanding apa yang dibawa oleh Saidina Abu Bakar berkata, “sekali-kali saya tidak akan dapat mengatasai Saidina Abu Bakar”!!
Begitulah besar nilai pengorbanan ini sehinggakan ia bukan diukur melalui kuantiti korban yang dilakukan tetapi sebaliknya dinilai dari sudut ketaatan, keikhlasan dan keyakinan kita untuk berkorban dengan seluruh jiwa dan harta kita hanya kerana Allah SWT. Biarpun sedikit yang dikorbankan tetapi nilai seringgit dari RM10 yang ada berbanding nilai RM10 dari RM1000 tidak sama. Dari sudut peratusan 0.1% berbanding 0.01% cukup menjadikan pengorbanan sekecil RM1 lebih besar dari RM10 secara matematiknya. Tetapi itulah ukuran pengorbanan pada kaca mata zahirnya. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah As-Saf ayat 10 dan 11 yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?, (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui..”
Mengapakah Allah meletakkan perkataan “harta” dihadapan dan perkataan “jiwa” selepasnya. Inilah antara yang dibahaskan oleh Ulamak bahawa pengorbanan harta itu sangat-sangat dituntut sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh kisah-kisah para sahabat terdahulu yang banyak membantu Rasulullah untuk memenangkan Islam dengan sifat kedermawanan mereka seperti Saidatina Khadijah Al Khuwailid isteri Nabi, dan Abdul Rahman bin Auf yang digelar pedagang Allah. Dan pengorbanan harta itu jualah sebagai kayu pengukur nilai iman seseorang itu, semakin dilimpahi dengan kekayaan, semakin taabud dan pemurah dia untuk mendermakan harta itu ke jalan Allah.
C) NATIJAH PENGORBANAN JIWA MENENTANG KEZALIMAN
Kembali kepada nilai sebuah pengorbanan, dalam konteks kebangkitan umat Islam dalam siri-siri revolusi di Negara-negara Islam, kita menyaksikan berlaku gelombang kebangkitan anak-anak muda yang sanggup berkorban nyawa dan diri mereka menentang kezaliman.
1) TUNISIA
Di Tunisia, rakyatnya bangkit menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali pada 14 Januari 2011 dari tampuk pemerintahan yang penuh korupsi selama lebih 23 tahun melalui revolusi. Krisis tercetus apabila seorang rakyatnya bertindak membakar diri kerana tidak tahan lagi dizalimi dan ditindas oleh pihak penguasa Tunisia. Mohamed Bouazizi, seorang penjual sayur sering ditindas dan barang jualannya sering dirampas oleh pihak penguasa akibat tidak mahu membayar wang sogokan sehingga nekad membakar dirinya kerana sudah tidak tahan lagi diberi layanan sebegitu. Kematian Mohamed menjadi pencetus kepada rusuhan di Tunisia yang berjaya menjatuhkan pemerintahan kejam Zine El Abidine Ben Ali.
Pada tanggal 28 Oktober yang lalu, sembilan bulan selepas diktator Zine el Abidine Ben Ali digulingkan, umat Islam diseluruh dunia diberikan berita gembira apabila Parti Islam utama Tunisia memenangi pilihan raya pertama negara itu dengan mendapat 90 daripada 217 kerusi di Dewan Perhimpunan. Parti Ennahda kini memiliki kerusi terbanyak di Dewan Perhimpunan yang akan menggubal semula Perlembagaan, melantik Presiden dan membentuk kerajaan.
2) MESIR
Seminggu selepas revolusi di Tunisia, kita menyaksikan pula kejatuhan Presiden Hosni Mubarak di Mesir pada 25 Januari 2011. Kejayaan menjatuhkan Hosni Mubarak adalah melalui pengorbanan jutaan rakyatnya yang mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran selama 18 hari dengan 365 orang terkorban dalam perarakan di Dataran Tahrir dan beberapa buah Bandar-bandar besar di Mesir. Mesir yang merupakan Negara yang kaya tetapi jutaan rakyatnya miskin di bawah pemerintahan korup kuku besi rejim Hosni yang didakwa mengaut sumber kekayaan bernilai di antara AS$40 bilion (RM124 bilion) hingga AS$70 bilion (RM217 bilion) dan hanya mengagihkan kekayaan kepada 1,000 buah keluarga terdekat dan rakan sejawat Presiden sahaja.
Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (Pace), Prof. Madya Dr. Hafidzi Mohd. Noor berkata Parti Demokratik Kebangsaan (NPD) berkemungkinan tidak mempunyai peluang kedua pada pilihan raya akan datang kerana penduduk Mesir tidak akan lagi memberi kepercayaan mereka terhadap bekas parti pimpinan Mubarak. Ketika ditanya parti mana yang sesuai untuk menggantikan kepimpinan NDP sebelum ini, Hafidzi memberitahu, gerakan Ikhwan Muslimin yang pernah menang 80 kerusi pada pilihan raya Parlimen sebelum ini dilihat mampu meneraju kerajaan baru negara Mesir itu.
3) LIBYA
Di Libya, penentangan terhadap Presidennya Muammar Gaddafi bermula selepas beribu-ribu penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya di bandar Benghazi, bandar kedua terbesar di negara itu bagi membantah tindakan pasukan keselamatan membunuh sekurang-kurangnya 24 penunjuk perasaan semasa berlaku pertempuran dengan penunjuk perasaan. Sepanjang pergolakan selama hampir lapan bulan itu, rakyat Libya yang terpanggil dengan fatwa Yusof Qardawi yang menyeru sesiapa saja yang menemui Gaddafi supaya membunuhnya sebagai melaksanakan tanggung jawab mereka, telah melancarkan berpuluh-puluh tunjuk perasaan dan beribu-ribu nyawa terkorban apabila tentera yang setia Gaddafi melancarkan serangan ke atas pihak yang anti-rejim.
Namun, pihak anti-Gaddafi tidak mengalah sebaliknya meneruskan pemberontakan dan serangan dengan bantuan tentera Pertubuhan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), sehingga menawan satu demi satu bandar di Libya termasuk Tripoli sehingga memaksa bekas pemimpin itu melarikan diri dan bersembunyi tanpa diketahui lokasinya. Kematian Muammar Gaddafi dalam serangan anggota tentera kerajaan sementara pada 21 Oktober 2011 menamatkan pemburuan ke atasnya selama dua bulan sejak kerajaannya tumbang pada bulan Ogos yang lalu setelah ibu negara Tripoli jatuh ke tangan pemberontak. Selepas kejatuhan Tripoli, pemimpin itu cuba mempertahankan kuasanya dengan penyokong dan tentera yang setia dengannya melancarkan serangan balas dari kubu kuatnya di Sirte, bandar kelahirannya dan Bani Walid. Namun, bandar Sirte tumbang ke tangan tentera pemberontak dan pertempuran sengit berterusan di bandar itu dan Bani Walid sehingga Gaddafi terbunuh di tangan rakyatnya sendiri yang dibantu NATO. Kematiannya yang tragis itu disambut dengan sorakan kegembiraan oleh rakyat Libya, terutama pemberontak yang berusaha mengulingkannya melalui tunjuk perasaan sejak Februari lalu yang kemudian bertukar menjadi pemberontakan berdarah.
Melihat dari ketiga-tiga contoh revolusi di atas, jelas menunjukkan pengorbanan rakyat di Mesir, Tunisia dan Libya yang menginginkan kerajaan yang lebih adil, beramanah, dan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyatnya telah sanggup turun ke jalanan selama berpuluh-puluh hari malahan ada yang bergalas senjata selama berbulan-bulan untuk menuntut perletakan jawatan presiden di Negara mereka yang ternyata zalim dan menindas. Inilah nilai sebuah perjuangan yang menuntut pengorbanan harta dan nyawa, diberi ganjaran kemenangan oleh Allah SWT di atas dunia untuk mengecap nikmat keadilan lantaran tertegaknya pemerintahan Islam oleh parti-parti Islam di negara mereka.
D) KESIMPULAN
Justeru, marilah kita bersama-sama mengambil manfaat dari sambutan Hari Raya Korban yang baru berakhir pada tanggal 9 November 2011 yang lalu. Sebagaimana tarbiyah Ramadhan itu membina syakhsiah individu muslim yang cemerlang dalam bulan Ramadhan dan menjadi bekalan sehinggalah bertemunya Ramadhan pada tahun hadapan, begitulah hendaknya jua dengan sambutan Hari Raya Korban yang bukan sahaja sekadar menuntut umat Islam mendirikan solat Aidil Adha dan berkorban haiwan korban, tetapi seharusnya sambutan tersebut mampu mengisi ruh pengorbanan ke dalam jiwa setiap individu muslim untuk berkorban harta, diri, dan jiwa ke jalan Allah SWT.