Friday, June 27, 2008

Bersabarlah sayang....


Surah al-Baqarah ayat 214.Maksudnya :

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."

Begitulah orang-orang terdahulu yang telah diuji oleh ALLAH padahal mereka itu orang2nya soleh, para sahabat nabi malah org yg plg hampir dgn Nabi. Kerana dahsyatnya ujian yang mereka hadapi, terlontar dari mulut mereka, bahkan dari mulut nabi-nabi, mereka ungkapkan: "Bilakah pertolongan Allah SWT. akan datang ?. Tetapi mereka tetap bersabar dan redha bahawa ALLAH akan menggantikan sesuatu yang lebih baik.

Aisyah mendapat panggilan dari ibunya selepas selesai menunaikan solat zuhur pada hari jumaat. Dalam keadaan sayu, ibunya berkata bahawa jiran-jiran di shah alam telah memberitahu bahawa rumah yg hampir 15 tahun diduduki akan dilelong dalam masa seminggu lagi oleh mahkamah kerana ayahnya tidak membayar harga rumah lebih dari setahun. ayah aisyah telah bercerai dgn ibunya sudah 2 tahun. tiada nafkah yang diberi lebih2 lagi pd aisyah dan adiknya humaira sedangkan tanggungjawab bg seorang anak perempuan belum berkahwin di bwh tanggungan ayah nya lagi.

Sedih tak terkata. Aisyah cuba menenangkan ibunya yang sedang menangis kemarahan terhadap sikap bekas suaminya. Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut.

"ibu, bersabarlah...mungkin ALLAH sedang menguji kita. Allah sedang mendidik hati kita secara langsung bu....kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu".

Surah al-Ankabut ayat 1-3.Maksudnya :

1. Alif, Laam, Miim. 2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 3. Dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.

Selepas selesai menyiapkan kerja, aisyah terus mengambil ibunya yang sedang menetap di Ipoh. Setelah setahun lebih nenek Aisyah meninggal dunia, ibulah yang sentiasa menjaga, mengemaskinikan rumah nenek. Walaupun nenek adalah ibu tiri kepada ibu, tetapi nenek sangat sayangkan pada ibu sehinggakan sebelum meninggal, nenek sempat berwasiat kpd ibu untuk menengok2 kan rumahnya apabila arwah tiada. Nenek ada 2 orang anak setelah berkahwin dgn Bapa ibu (ATuk Aisyah). Nama tanah tetap akan jatuh kepada nama 2 orang anaknya. Tapi atas kebaikan adik2 tiri ibu, ibu diberi peluang untuk tinggal di rumah itu wlpn ibu tiada hak ke atas rumah di ipoh. ALLAH masih sayangkan kita bu.......

2 hari kami berkemas untuk mengambil barang2 kesayangan sebelum rumah ditutup dan dilelong. byk kenangan yg kami hadapi dan rasai disana. Tak mengapa bu....itu semua harta dunia. ada benda yg lebih baik yg sedang menanti.....bersabarlah sayang....

Alhamdulilah, ada juga yg sudi membeli perabot2 di rumah kami. Kami tidak mampu untuk menyewa lori yang besar untuk memindahkan barang dari shah alam ke Ipoh. Lagipun mana kami nak letak barang2 kami di IPOH. itu bukan rumah kami....kami sedar kami hanya menumpang.....dgn duit yang kami dapat hasil jualan, kami simpan untuk perbelanjaan untuk menghadapi hari2 yang mendatang. mungkin ALLAH akan menguji kita lagi bu....tapi kita kena bersedia menghadapi nya kerana masakan ALLAH menimpa sesuatu itu dgn sia2.

Aisyah cuba menelefon ayahnya yang kini berada di luar negara setelah berkahwin dgn makcik dan mendapat 2 org anak. ayah mampu ucapkan " Maafkan ayah, ayah tak mampu nak bantu, ayah takde duit untuk membayar harga rumah". Aisyah terus mematikan talian telefon. Itu saja ke yang ayah mampu kata?? kami ni siapa? bukan kah kami ni masih anak2 ayah yg sah. Mana ihsan dan kasih sayang ayah terhadap kami? sekiranya tiada pertolongan dan simpati dari adik2 tiri, mungkin kami dah bermusafir di kaki lima. Ayah tetap ayah. Benci kita pada ayah, darah yg mengalir di badan Aisyah adalah sama dgn darah ayahnya. Moga ayah insaf dan kembali ke jalan sebenar. Putaran hidup didunia tidak selama2nya diatas dan tidak selama2nya berada di bwh. Ada cahaya yang senang menanti di sana bu....bersabarlah sayang....

"Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepada kami. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku dan keluargaku yang lalu. Ujian ini ialah didikan terus dari Allah SWT. Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah yang 99 itu tidak dapat diperoleh dengan mudah. Ia tidak dapat diperoleh dengan hanya bermain-bermain dan berseronok ria di dunia ini tanpa usaha dan perjuangan. Aku akan terus berjuang. Bersabarlah ibu dan adik2. Moga diriku dan dirimu sentiasa dilindungi dan memberi kekuatan untuk menghadapinya."

Aminn....

Tuesday, June 24, 2008

symposium presentation

This is my first time i will involve in this symposium which all the postgraduate students should present what they have done throughout every sem. Even this is my 2nd sem, and it should be my 2nd presentation, but i have to present a very simple proposal. easy to say i need to deliver a basic and fundamental project because i'd a lot of problem as PG students for a past few semesters.

This is not my fault. during my 1st sem, my previous supervisor left and go to Sudan and no body wants to take over the project. alhamdulilah, my new supervisor offered me new project about CO2 BUT there is no updating and progressing from PETRONAS because they need to wait agreement from Shell before starting. This project is colaborating with UTP-PET-Shell. How long i need to wait??? Last three weeks, i went to interview to get another new project which is confirmly with 'geran', alhamdulilah i was choosen. opss....sori, i will continue this blog later, i have a presentation at 2.30 pm. Now, my watch shows 12 pm, i need to prepare on what im going to deliver...

wish me luck...

Tuesday, June 10, 2008

Komen dari malaysia.net dan Pengirim SMS 'debat harga minyak RTM1'


Komen daripada pembaca blog malaysiatoday.net .


I watched the debate last night. Salahudin was outstanding and he carried himself well for PAS. I was expecting someone from PAS to be wearing a turban with a janggut. But looking at him debating last night, he could easily be passed off as a mild mannered, articulate and knowledgeable gentleman with western attire.
He asked Shahrir all the pertinent points but it was Shahrir who was putar-belit. He did not answer the pertinent points raised on the secret Petronas accounts, using of the windfall oil revenue and involvement of all parties including NGOs to deliberate the oil issues for the mid and long term. Instead, he side-step these issues and touched the accounts being audited and therefore credible (in the first place nobody question on whether Petronas's accounts are credible; only that it was not revealed)and the oil subsidy has been used for the citizens (nobody denied it was used for the citizens; issue was why Govt cannot maintain subsidy because of the windfall revenue earned by Petronas).
He also delivered a sarcastic lecture of what is revenue and profit (putar belit again) as if Salahuddin don't know the difference and anyway that was not the gist of what Salahuddin wanted to highlight. The other 2 gentlemen were a total disappointment. Instead of questioning Shahrir, they were questioning Salahuddin instead and asking leading questions (like Anwar's promise to reduce petrol price) so that Shahrir can have an opportunity to criticise the oppositions. Anyway, Salahuddin shot back by saying the 2 previous ex-finance ministers(Mahathir and Anwar)had a common opinion that the raising of oil prices is wrong. The political analyst there was even worst - instead of asking Shahrir, he asked Salahuddin why he did not provide the solution. Without any accounts of Petronas and involvement of the oppositions in the decision to raise the oil price, how could he offered the solution? Stupid fella, this BN lap-dog!
I more I watched Shahrir debate, I more I liken him to a snake - twisting, turning and avoiding pertinent issues. He doesn't come across convincing the viewers last night why the citizens should be treated as outsiders and having to pay market prices for petrol when Petronas is enjoying all these windfall revenue!



Rabu 11 Jun 2008 6 Jamadil Akhir 1429 Hijrah
Pengirim SMS 'debat harga minyak RTM1' maki kerajaan
Wan Nordin Wan Yaacob Wed Jun 11, 08 9:24:02 am MYT


KUALA LUMPUR, 11 Jun (Hrkh) - Rata-rata pengirim sistem pesanan ringkas (SMS) dalam rancangan debat 'Penstrukturan Subsidi Minyak' di RTM1 malam tadi mengirin SMS memaki hamun kepada kerajaan.

Debat yang dianjur RTM1 jam 9.00 malam tadi menampilkan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Dato' Shahrir Samad selain dua wakil media, Hanafiah Man dan Syed Munawar.

Antara isu yang diperkatakan melalui SMS tersebut ialah bagaimana kerajaan dilihat tergesa-gesa dalam menaikkan harga minyak yang sekaligus akan mengakibatkan kenaikan harga barangan keperluan.

Ada juga pengirin SMS yang menyatakan bahawa tindakan kerajaan ini hanya akan mengakibatkan rakyat terus berada dalam kemiskinan.

Selain itu ramai pengirim SMS yang menyatakan menteri-menteri hanya pandai bercakap mengenai rasional kenaikan harga minyak dengan pelbagai alasan.

Namun pengirin SMS juga berpandangan keperitan akibat kesan kenaikan harga minyak tidak dirasai para menteri kerana gaji, elaun dan 'claim' minyak yang dinikmati menteri tidak memungkinkan mereka menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.

Ramai juga pengirim SMS dari Sarawak yang mempertikai tindakan kerajaan menaikkan harga minyak yang menyebabkan harga barangan di Sarawak kini melambung tinggi.

Ada juga pengirim SMS yang mendedahkan beberapa fakta mengenai perbandingan harga minyak antara negara pengeluar minyak di dunia dengan Malaysia yang mana Malaysia menawarkan harga minyak jauh lebih mahal.

Antara yang disebutkan ialah harga minyak di Venezuela (16 sen) dan Turkmenistan (25 sen) yang mana antara negara pengeluar minyak yang menawarkan harga rendah sedangkan nilai simpanan negara tersebut kurang berbanding Malaysia.

Namun dalam rancak pengirim SMS mengecam tindakan kerajaan menaikkan harag minyak, beberapa pengirim SMS juga menghantar kiriman ayat menyokong langkah kerajaan.
Antaranya pengirim mencadangkan agar rakyat Malaysia menggunakan basikal untuk bergerak, namun sebaik sahaja SMS tersebut terpapar dalam skrin televisyen rakan penulis yang turut serta bersama penulis menonton debat tersebut menyatakan rasa meluatnya dengan mesej tersebut.

Beliau berkata, rasionalkah jika seseorang yang kini menaiki kereta ke tempat kerja yang jaraknya lebih 50 kilometer menaiki basikal.

Kata rakan penulis, ini bukannya cadangan bernas menyelesaikan masalah rakyat, tetapi ianya mahu menjadikan rakyat Malaysia 'lembu' yang terus-menerus akan diperbodohkan kerajaan dengan alasan mengarut. - mks. _

Harga minyak adalah BALA dari TUHAN


Kenaikan minyak yg melambung2 membuatkan ramai rakyat yg tidak dpt tidur lena memikirkan cara perbelanjaan harian yang baru. Kenaikan harga minyak menjadi rantain kepada kenaikan harga barangan yang lain. Beras, minyak masak, nasi lemak yg dulu harga nya rm 1 naik kepada rm 1.20 tambah telur mata kerbau naik jadi rm 1.70. kuih yg seceput muat dikunyah sekali je dah Rm 0.40. alahai.....inilah nasib yg menimpa rakyat MALAYSIA YANG TELAH DITEMBELANG OLEH KERAjaan.


Walaupun yg bujang tidak byk keperluan barangan dapur dan barangan keluarga ; Pamper, susu etc, tapi yg bujang inilah sentiasa memikirkan cukupkah duit yg dikirimkan pada keluarga di kampung. Cukupkah keperluan dapur untuk ibu dan adik2 untuk mengisi kelaparan perut. aduh..............dahlah hidupku bujang, tiada gaji yg boleh dikongsi dgn pasangan, minyak perlu diisi, mana boleh isi dgn air mineral. Sewa rumah, bil api (tarif elektrik akan naik), bil api (bila pula akan naik?).............semua perlu dipikirkan dgn teliti. kalau boleh biarlah hidup susah sama2, senang sama2.


Tapi bila bermuahasabah semula, semua nya adalah bala dan ujian dari yg HAK. kita semua manusia biasa. menumpang di Bumi yg sementara dan menunggu masa sahaja mendengar tiupan sangkakala. PATUHNYA BUMi, MATAHARI dan BULAN pada perintah ALLAH. Bala yg diberi bukan untuk KERAjaan sahaja, tp untuk diri sendiri. BALA KERAjaan disebabkan pengurusan wang yg tidak teratur dan sistematik. Rolling keuntungan, tax dan sebaginya disalurkan pada tempat yg salah. Koridor habis berjuta2, padahal projek tak nampak lagi, perasmian yg lebih2. MEMBAZIR!!! rasuah dan maksiat berlambak2. zakat tidak dikeluarkan. Dari sumber yg sahih, keuntungan PETRONAS tidak pernah disalurkan pada zakat harta. MANA PERBERSIHAN HARTA??? itu sebab nya KERAjaan mula dah basah punggung, terlompat2 menahan cacian rakyat. tp hidup mereka masih biasa - KAYAP. duit rakyat tetap diguna....biarlaHHHHH.


ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG. ALLAH taknak hamba2 nya soleh, yg tidak berdosa dan yg hidup dibwh pimpinan yg ZALIM memakan harta yang HARAM. Kemudahan yg kononnya dinikmati oleh rakyat mungkin dari duit dan harta yang tidak sah. Biarlah duit kita dikeluarkan sedikit walaupun beban, tapi sebenarnya ALLAH tengah menguji hati dan harta kita agar sentiasa bersih dari dosa dan batil. beringatlah, harta yg dinikmati adalah Hak ALLAH, pinjaman sementara, bila2 sahaja harta kita akan diambil semula, gunakanlah sebaik yg mungkin, bykkan sedekah dan zakat, percayalah, walapun sedikit gaji yg diterima setiap bulan, apabila kita lakukan semuanya kerana ALLAH, PASTI harta yg diterima akan diberkati. walaupun gaji tidak setinggi mana, tapi ianya tidak pernah habis.


YA ALLAH, JADIKANLAH KAMI ORG YG SENTIASA BERSABAR. TAMBAHKANLAH IMAN DAN AMAL KAMI AGAR KAMI SENTIASA BERADA DI BWH RAHMAT MU YA ALLAH.

Wednesday, June 4, 2008

Kenaikan harga minyak


Kenaikan harga minyak-Respon Menteri KDNHEPDilulus terbit pada Thursday, June 05 @
07:51:39 MYT oleh SongkokPutih

Salam, Ada beberapa perkara yang saya nak komen terhadap ulasan yang diberikan oleh Shahrir Samad Menteri KDNHEP yang mempertahankan tindakan kabinet yang menaikkan harga petrol dan diesel dalam Buletin Utama TV3 malam tadi: Antara hujah beliau yang menyatakan bahawa 'RAKYAT TAK AKAN TERBEBAN DENGAN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI' adalah

1) Rakyat tak terbeban kerana subsidi telah dipulangkan dalam bentuk wang pos RM 150 setahun bg motor di bawah 250 cc dan RM 625 setahun bagi kereta bawah 2.0 cc.

(Ingat yg boleh dapat hanya semasa renew roadtax kalo dah renew tahun ni kena la tunggu sampai tahun depan)Komen: Ok mari kita buat kiraan skit berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.i) Motor bawah 250cc:Subsidi setahun : RM 150 Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan.

Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km-saya).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari = RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi) = RM 59.50 Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari = RM 51.20 Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.

ii) Kereta di bawah 2.0 ccSubsidi setahun : RM 625 Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulanHarga petrol skrg: RM 2.70 per liter1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km-isteri)Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari = RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi) = RM 271.92Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari = RM 178.32.Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.

Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk pergi dan balik kerja sahaja.Tetapi harus diingat semakin banyak kita gunakan petrol maka makin banyak lagilah jumlah kenaikkan yang akan kita rasai.

Ini kerana semakin banyak kita gunakan petrol semakin banyak perbezaan kerana jumlah subsidi bulanan adalah tetap. Maknanya makin jauh tempat kerja seseorang, makin banyak liter petrol yang akan digunakan dan makin banyak lagilah peratus kanaikkan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Contoh jika jarak rumah ke tempat kerja ialah 30km (ambil andaian menaiki Kancil 660 tadi) maka: 1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter. Oleh kerana jarak sudah meningkat 1 kali ganda maka 30 liter minyak tadi hanya boleh digunakan 2.5 hari sahajaJumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 2.7*30 liter*20 hari / 2.5 hari = RM 648 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi) = RM 595.92Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) : = RM 1.92*30 liter*20 hari / 2.5 hari = RM 460.80Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 135.12 sebulan @ 29% sebulan.

Sebenarnya yang untung atas penstrukturan semula subsidi ini adalah golongan penggunan yang dekat jarak rumahnya dengan tempat kerja atau golongan yang membuat perjalanan bagi jarak yang dekat.Masalahnya bukan semua golongan yang berpendapatan rendah membuat perjalanan dekat khususnya mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Sebagai contoh di Klang, kebanyakkan pekerja-pekerja berpendapatan rendah yang berkerja di Klang tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di Klang. Kebanyakan mereka tinggal kawasan kampung seperti Banting, Kuala selangor, Ijok dll. Jadi penstrukturan semula subsidi ini akan membebankan golongan ini.

2) Teori domino ( kenaikan harga barang lain disebabkan kenaikan harga petrol) tidak akan berlaku kerana baranga lain khususnya barangan asasi seprti tepung, gula, beras dah mendapat subsidi khusus untuk barang tersebut.Komen:Skrip lama diulang balik, dari Shafie Afdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir Samad semua kata harga barang lain tak akan naik, tapi realitinya lepas tu SEMUA BARANG NAIK ATAS ALASAN KOS PENGHANTARAN MENINGKAT. Menteri Berdegar-degar kat dalam media kata KITA AKAN PANTAU...tapi last-last pemantauan ntah ke mana, tindakan ntah ke mana...yang sengsara rakyat marhaen sebab SEMUA BARANG NAIK HARGA.

3) Rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak dunia.Komen:Dari dulu kini dan selamanya... rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang buata keputusan tidak pernah ambil langkah untuk berkorban demi rakyat. Apa salahnya dalam menghadapi kenaikkan harga minyak ni para menteri buat keputusan bahawa elaun bagi wakil rakyat dipotong 20% ke, elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai ke, tubuhkan satu tabung khas yang mana dananya diperolehi oleh potongan elaun wakil rakyat bagi menangani kenaikkan harga minyak ke dll lagiIni tidak hanya rakyat disusruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN dapat elaun itu, dapat elaun ini, kereta free, minyak free, makan free, minum free, claim sana , claim sini, tak cukup dengan itu siap rembat lagi duit rakyat san dan sini. Macam mana diorang suruh kita berkorban sedangkan diorang selaku pemimpin tak menunjukkan yang diaorang nak berkorban sama.

4) Last sekali, ubah gaya hidup rakyat ( ni bukan Sharir Samad kata tapi orang FOMCA kata)Nak ubah macam mana sebab semua barang naik, bukan barang kehendak je naik tapi barang asasi pun naik gak. Takkan la sampai nak makan ubi kayu balik je kot, pastu pakai baju dari kain guni??Saya rasa la yang kena ubah gaya hidup ialah para menteri dan wakil rakyat khususnya BN, bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat kat bumi sendiri ini.

Kesimpulan:SEMOGA ALLAH MENGURNIAKAN KEPADA KITA RAKYAT MALAYSIA INI PARA PEMIMPIN YANG BERTAQWA DAN SELAYAKNYA UNTUK MENTADBIR NEGARA INI, DAN SEMOGA PEMIMPIN YANG ZALIM DAN KHIANAT DIHAPUSKAN DARIPADA NEGARA KITA INI.

PAS the real kingmaker in Malaysian politics


PAS the real kingmaker in Malaysian politics
By FUI K. SOONG

These days, it’s the party that takes centre stage. PAS is the most organised, financially independent and talented organisation in the country. DOES Sabah really hold the key to the future of the country? And will the Pakatan Rakyat actually take over the government come August or September? Excuse the pun, but the jumping frog is actually a red herring.

The true kingmaker in this current political scenario is actually PAS, not Sabah or Sarawak. Last month, the Malay writers and intellectual group called Gapena held a meeting in Johor to discuss the future of the Malays in the light of the recent elections results.

And central to Gapena’s memo was the call to the rulers as well as Malay political leaders to fulfil their duties and responsibilities to preserve and protect Kedaulatan Melayu in order that this remains the core ideology in Malaysian politics. Some may argue the extent of Gapena’s influence over a diverse Malay population but what is important to note is that Malay-based interest groups have been all out to woo the hearts and minds of the Malay constituents.
This includes Umno, PKR, PAS, the royal houses, the civil service and, as mentioned the Malay NGOs. The contest for the Malay space is heating up and is about to get hotter. Could this be Tun Dr Mathathir Mohamad’s prime concern when he resigned from Umno on May 18? There is no question of a succession plan as promised by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi but when the succession is carried out will have a great bearing on what is to become of Malaysian politics.
PAS contested in 66 parliamentary seats in 2008. This is 18 seats fewer than it did in the 2004 election because PAS made a pact with both PKR and DAP that they would all only hold straight fights with the BN this time. If PAS had known the political tsunami was coming, would PAS have relinquished that many seats for its partners?
After all, DAP did not have to give up a single seat, and contested in five more seats in 2008 than it did in 2004. Despite the sacrifices, PAS won 23 seats this time compared with seven in 2004. Its popular votes also increased but only from about 1.1 million to 1.14 million.

This is miniscule compared with DAP whose popular votes gained from 708,173 to 1,118,025. Even more fantastic was PKR’s popular votes which leaped almost three-fold from 578,481 in 2004 to 1,509,080 in 2008. PAS may have gained 16 more winning seats plus two more Mentris Besar but in terms of popular votes and the number of seats they could have won, PAS benefited the least of all the three Opposition parties. Yet PAS is the most well organised, most financially independent and most talented party in Malaysia right now. Not only did it give up some of its contestable seats, it shelved its Islamic agenda in the back burner for the sake of a cohesive strategy for the opposition front.

What will happen in the next elections? Will PAS request for the return of the seats or will joining BN provide it with more security? The fate of the country actually lies with PAS rather than with PKR or the East Malaysians. It is said that it is unlikely that at this point in time PAS would regroup to become one big Umno while Datuk Nik Aziz Nik Mat, its spiritual and paramount leader is still around. However, they would consider re-uniting with the BN. It will, after all, serve several ambitions and is probably the safest route to its long-term survival.
One, to be part of the ruling coalition would bring an end to the strenuous federal-state relations in at least three states. Two, it would serve the wish of the Malay ground wanting to see more unity at least along the lines of Islam if not, Malay. The Malay middle-class may have shown tendencies towards a more open multiracial concept and approach. Islamic unity, on the other hand, is definitely more universal among all the classes. Three, PAS gets to discipline Umno for its wayward ways in the name of Islam, Malay unity and future of Malaysia. Four, the move to rejoin BN would secure its position for the next few general elections, ending the Opposition’s cat-and-mouse tactics. The above fourth reason is the most seductive for Umno as it would bring an end to the current delicate impasse – whoever the president of Umno is or, might be in the future.

The next question would be – how would the component parties like the MCA then contend with the new BN? This will depend how well they wedge their future strategies between the two giants. In the aftermath of the recent elections, it seems the new political game has barely even begun for Malaysia.

Fui K. Soong is the CEO of Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP), a think tank of MCA, an organisation dedicated to research on the removal of barriers and bias in policies that impede Malaysian unity, racial harmony and economic prosperity.

Tuesday, June 3, 2008

HARI IBU & Konsert Amal UST AQIL





Alhamdulilah, pada 3 June 2008, Nisa' parit bersama2 dgn muslimat parit telah berjaya mengadakan sambutan hari ibu peringkat parlimen parit. Terima kasih yang tidak terhingga kpd unit amal yg bersiap siaga mengawal keadaan dan keselamatan dan majlis guru-guru pasti yg bertungkus lumus mengajar anak2 didik melakukan persembahan yg sgt menghiburkan kami.


program bermula pada 8 pagi dimana majlis dirasmikan oleh isteri yang berhormat menteri besar Perak Datin Seri Hajah Fatimah Taat. Pemenang bg tokoh2 ibu mithali mengikut kategori seperti surirumah, berkerjaya, OKU dan keseluruhan telah diumumkan. alhamdulilah, ramai yg hadir memberi sokongan malah program sebegini tetap dihadiri dari kalangan muslimin.


Pada sebelah malam, majlis diserikan dgn persembahan dari anak2 pasti. tepat pada pukul 940, kereta jazz berwarna merah dgn diiringi kereta peronda polis telah bergerak ke belakang pentas. asap menyulubungi pentas sambil diselangi dgn muuzik dan suara lunak ust aqil. Kemunculan ust Aqil mendapat tepukan dari penonton lebih2 lagi anak2 kecil yg memenuhi ruang depan. ingatkan saya je yg minat habis, rupanya si kecil pun minat juga. Alhamdulilah, walau hujan rentik2 sebagai tanda rahmat, stadium tetap dibanjiri dgn penduduk setempat. Ikhlas dari hati, muslimat dan nisa' tidak mendapat apa2 keuntungan wang dari program ini. perbelanjaan untuk PA system rm 4500, bayaran amal untuk konsert aqil Rm 6000, baki yg tinggal hanya 1000 lebih untuk meng'cover' balik duit promotion dan iklan. TAPI, kami rasa puas dan bersyukur kerana dpt menarik masyarakat untuk berhibur secara ISLAM. walaupun parit kalah dalam pilihanraya, tapi dakwah kami tak pernah terhenti malah makin semangat nak membawa cara hidup penghayatan Islam kepada org ramai. terima kasih bg yg sentiasa mendoakan kami dari jauh dan syukran tidak terhingga bg yg sudi memberi sumbangan tenaga, wang , pemikiran, laptop dan mcm2 lagi.