Tuesday, June 3, 2008

HARI IBU & Konsert Amal UST AQIL





Alhamdulilah, pada 3 June 2008, Nisa' parit bersama2 dgn muslimat parit telah berjaya mengadakan sambutan hari ibu peringkat parlimen parit. Terima kasih yang tidak terhingga kpd unit amal yg bersiap siaga mengawal keadaan dan keselamatan dan majlis guru-guru pasti yg bertungkus lumus mengajar anak2 didik melakukan persembahan yg sgt menghiburkan kami.


program bermula pada 8 pagi dimana majlis dirasmikan oleh isteri yang berhormat menteri besar Perak Datin Seri Hajah Fatimah Taat. Pemenang bg tokoh2 ibu mithali mengikut kategori seperti surirumah, berkerjaya, OKU dan keseluruhan telah diumumkan. alhamdulilah, ramai yg hadir memberi sokongan malah program sebegini tetap dihadiri dari kalangan muslimin.


Pada sebelah malam, majlis diserikan dgn persembahan dari anak2 pasti. tepat pada pukul 940, kereta jazz berwarna merah dgn diiringi kereta peronda polis telah bergerak ke belakang pentas. asap menyulubungi pentas sambil diselangi dgn muuzik dan suara lunak ust aqil. Kemunculan ust Aqil mendapat tepukan dari penonton lebih2 lagi anak2 kecil yg memenuhi ruang depan. ingatkan saya je yg minat habis, rupanya si kecil pun minat juga. Alhamdulilah, walau hujan rentik2 sebagai tanda rahmat, stadium tetap dibanjiri dgn penduduk setempat. Ikhlas dari hati, muslimat dan nisa' tidak mendapat apa2 keuntungan wang dari program ini. perbelanjaan untuk PA system rm 4500, bayaran amal untuk konsert aqil Rm 6000, baki yg tinggal hanya 1000 lebih untuk meng'cover' balik duit promotion dan iklan. TAPI, kami rasa puas dan bersyukur kerana dpt menarik masyarakat untuk berhibur secara ISLAM. walaupun parit kalah dalam pilihanraya, tapi dakwah kami tak pernah terhenti malah makin semangat nak membawa cara hidup penghayatan Islam kepada org ramai. terima kasih bg yg sentiasa mendoakan kami dari jauh dan syukran tidak terhingga bg yg sudi memberi sumbangan tenaga, wang , pemikiran, laptop dan mcm2 lagi.

No comments: