Saturday, August 29, 2009

Iraqi who threw shoes at BUSH to be released early


Masih ingat lagi kejadian yang menimpa seorang wartawan Iraq yang ditangkap kerana membaling kasutnya ke muka BUSH? Peristiwa itu berlaku sama tarikh dengan hari pertunanganku dan hubby 14 December 2008. Hubby rasa bangga apabila seorang HERO berani melakukan aksi sebegitu di hadapan seorang President US yang sememang kita ketahui seorang yang kejam lagi hina. Beliau bukan tidak tahu yang beliau akan ditangkap dan diseksa malah mungkin dibunuh sebelum melakukan balingan tetapi perasaan marah yang membara terhadap BUSH dengan apa yang berlaku pada negaranya menyebabkan beliau berani melakukannya. Alhamdulilah kini diberitakan beliau akan dibebaskan. Berita selanjutnya.....

BAGHDAD – An Iraqi journalist imprisoned for hurling his shoes at former President George W. Bush will be released next month after his sentence was reduced for good behavior, his lawyer said Saturday.

Muntadhar al-Zeidi's act of protest during Bush's last visit to Iraq as president turned the 30-year-old reporter into a folk hero across the Arab world, as his case became a rallying point for critics who resented the 2003 U.S. invasion and occupation.

"Al-Zeidi's shoes were a suitable farewell for Bush's deeds in Iraq," Sunni lawmaker Dhafir al-Ani said in welcoming the early release. "Al-Zeidi's act expressed the real will and feelings of the Iraqi people. His anger against Bush was the result of the suffering of his countrymen."

The journalist has been in custody since the Dec. 14 outburst, which occurred as Bush was holding a news conference with Prime Minister Nouri al-Maliki. Al-Maliki, who was standing next to Bush at the time, was said to have been deeply offended by the act.

Al-Zeidi was initially sentenced to three years in prison after pleading not guilty to assaulting a foreign leader. The court reduced it to one year because the journalist had no prior criminal history.

Defense attorney Karim al-Shujairi said al-Zeidi will now be released on Sept. 14, three months early.

"We have been informed officially about the court decision," al-Shujairi told The Associated Press in a telephone interview. "His release will be a victory for the free and honorable Iraqi media."

Judicial spokesman Abdul-Sattar Bayrkdar said he had no immediate information about the release because it was a weekend.

Followers of anti-U.S. cleric Muqtada al-Sadr, who were among the leaders of many of the demonstrations demanding al-Zeidi's release, welcomed the decision to free him early.

"We believe that al-Zeidi did not commit any crime but only expressed the will of the Iraqi people in rejecting the U.S. occupation," Sadrist lawmaker Falah Shanshal said. "Al-Zeidi's image will always be a heroic one."

The bizarre act of defiance transformed the obscure reporter from a minor TV station into a national hero to many Iraqis fed up with the U.S. presence.

Thousands demonstrated for al-Zeidi's release and hailed his gesture. A sofa-sized sculpture of a shoe was erected in his honor in Saddam Hussein's hometown of Tikrit, but the Iraqi government later ordered it removed.
Neither leader was injured, but Bush was forced to duck for cover as the journalist shouted in Arabic: "This is your farewell kiss, you dog! This is from the widows, the orphans and those who were killed in Iraq."

The case's investigating judge has said the journalist was struck about the face and eyes, apparently by security agents who wrestled him to the ground and dragged him away.

Al-Zeidi's family has said he was also mistreated while in custody, although the government has denied the allegation.

"We thank God that he will be released, although we still fear for his safety since he is still in the prison," his brother Dargham said. "He will be released full of pride and strength from all the love he has received from the Iraqi people and international organizations and figures who advocate freedom

Thursday, August 27, 2009

Kejayaan suami motivasi buatku


Air mataku menitis,menangis atas kegembiraan suami ku yang telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang IT di UTP. Aku kagum dengan semangat yang ada dalam dirinya yang berusaha memperoleh kejayaan walaupun dalam hati sanubari nya sangat merindui keluarganya dan kampung halaman nya yang tidak henti dihujani peluru dan bom.


Sudah 6 tahun suamiku tidak pulang ke IRAQ dan dalam masa itu jugalah hubby tidak bertemu dengan ayahnya. Hubby sangat berharap agar dia dapat bertemu dengan ayahnya semasa hari perkahwinan kami tetapi disebabkan masalah passport yang terpaksa mengambil masa setahun, maka hanya ibu dan kakaknya yang dapat hubby jumpa. Aku tahu, hati nya menangis masakan tidak tarikh yang dipilih untuk perkahwinan kami adalah cadangan dari ayahnya.


Semasa sibuk mengemas rumah, hubby panggil aku untuk sama-sama menonton video yang diberikan oleh ayahnya. Tiba-tiba hubby menangis dan titisan air mata nya basah ke bajuku. Aku cuba menenangkan perasaannya yang gundah dan hiba itu.


"What's wrong hubby? Why are you crying?"


"I never saw my dad with his white hair. Before I left to UK, his hair was dark and he was thin...." jawab hubby.


Ya, hubby sangat-sangat merindui ayahnya. Aku terus mengambil Hp hubby dan mencari-cari nombor ayahnya tetapi dihalang oleh hubby sebab hubby tidak mahu menangis apabila bercakap dengan ayahnya. Tetapi hubby berjanji yang dia akan telefon ayahnya bila hatinya sudah kembali tenang.


Walaupun luaran hubby nampak tegas dan berjiwa kental namun batinnya seperti budak kecil yang suka merengek dan dimanja. Aku teringin untuk pergi ke kelas melihat cara mengajarnya tetapi hubby tak benarkan kerana hubby cakap aku pasti akan ketawa sebab hubby tidak seperti dirumah. Di hadapan pelajar hubby sangat serius. Hubby juga seorang yang sangat teliti dan pemikiran nya sangat kritis. Tidak hairanlah dia boleh menghabiskan pengajian sarjananya selama setahun 3 bulan. Sekarang hubby sedang mengambil PHD dan aku target hubby dapat bergelar Dr Maythem dalam masa 2 tahun, InshaALLAH. Impian hubby untuk menjadi seorang professor kerana hubby tidak mahu dirinya dipijak seperti orang lain dan dipandang hina seperti orang luar lakukan terhadap negara asalnya.


Aku kagum dan kejayaan hubby ini memberi motivasi kepada ku untuk menjadi pelajar cemerlang sepertinya. Dan tidak lupa juga untuk menjadi zaujah terbaik untuk hubby.

Jangan gopoh laksana hukuman sebat - Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno sehingga memberi gambaran salah terhadap syariat Islam.

"Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam.

"Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam," kata beliau dalam kenyataannya.


Dalam masa yang sama "kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun," kata beliau.


Abdul Hadi mengulas isu hukuman rotan enam kali ke atas Kartika, model sambilan yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel oleh Mahkamah Tinggi Shariah, Kuantan.


Ia kini menjadi perdebatan umum dan menarik perhatian termasuk wartawan dari luar negara.
"Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam," katanya.


Mengikut Islam sebatan ini, perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.


Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.


Sebatan juga, menurut beliau, tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.


"Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.
"Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan," katanya.


Bagi beliau, hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.


Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w.
"Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya � kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat," katanya.


Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40/80 rotan jumlahnya, kata beliau.
Haramnya arak ini, katanya, adalah tidak mengira tempat, samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.


Bagi beliau juga, menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Wednesday, August 26, 2009

BERIANI ARAB??



"lagi satu jam je lagi ni..", aku dan huby terkejar-kejar dan kelam kabut untuk menyediakan nasi beriani untuk berbuka puasa bersama adik dan rakan-rakannya.

"alamak, rempah terlebih pula, bau pun dah 'terlampau' mengasyikkan'. hubby tergelak apabila sibuk menuangkan rempah ramuan beriani kedalam rice cooker... ya ALLAH, sure adik tak suka ni. Inilah masakan pertama kami untuk tetamu pertama kami di bulan Ramadhan.
Nasi yang dimasak dimakan bersama dengan ayam masak kurma dan salad lemon. Dalam kelam kabut tengah potong kentang...aduhhh...jariku berdarah. Sebenarnya malu sangat nak tunjuk pada hubby jari berdarah dan sesekali cuba juga untuk menyorok jari yang berbalut tapi hubby cakap "it's ok, that's normal for new wedding couple". Alhamdulilah, hubby banyak sangat membantu dalam memasak. Senang cakap, he's better than me in cooking.
Selesai berfatur, adik dan rakan-rakanya sangat suka dengan masakan kami. Walaupun rempah yang dimasukkan terlebih tapi adik cakap, ni la rasa original NASI BERIANI ARAB. InshaALLAH, we are looking forward to cook another foods.

Sunday, August 23, 2009

Ayat-ayat Cinta



Lagu : Rossa - Ayat Ayat Cinta
Lirik Lagu Rossa - Ayat Ayat Cinta


Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit
Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agungKu pertaruhkan
(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud...

Cinta Ramadhan


Sujud syukur kepadaMU kerana memberi peluang untuk aku bertemu dengan Ramadhan yang penuh barakah pada tahun ini.


Terkenang peristiwa 1 Ramadhan yang lepas ketika laptop ku dicuri apabila sedang sibuk mencari juadah berbuka puasa http://nurulnajmin.blogspot.com/2008/09/1-ramadhan-aku-masih-ada-allah.html. Inilah Hikmah yang ALLAH berikan kepadaku. .Kerana ujian inilah membolehkan aku bertemu dengan suamiku, Maythem Kamal Abbas Al-Adli.



Siapa yang tidak sedih barang yang kita sayangi diambil orang, siapa yang tidak terluka setelah masa yang dikorban untuk menyiapkan thesis hilang begitu sahaja. Namun disudut hati yang kecil lagi kerdil, kuteruskan juga untuk bersangka baik dan meneruskan usaha ku dan tidak menoleh ke belakang semula untuk mengharapkan apa yang dimiliki dipulangkan semula. Aku hanya mampu berdoa agar pencuri itu bertaubat dan menyesali dengan perbuatan yang dilakukan. Bagaimanakah nasib nya di Hari Pengadilan sekiranya dia mati ketika melakukan kejahatan? ALLAHU Kareem... ALLAH itu Maha ADIL dan Penyayang...


" jom min, kita ke workstation IT. Kat situ min boleh guna komputer kawan akak, lagipun akak dah minta izin untuk bagi min pinjam komputer dia", ajak kak su roomate ku dari Thailand.




Apabila berada disana, terpandang aku pada seorang lelaki arab yang sedang tekun menaip sesuatu di laptopnya. Kak su memperkenalkan aku pada pemuda yang berkulit putih. Namanya Maythem dari Iraq. Lalu dia terus mempersilakan aku menggunakan komputernya dan meletakkan password untuk aku agar aku boleh menggunakannya pada bila-bila masa.


Senyap. Hening membisu. Jarak tempat dudukku dengan Maythem lebih kurang 2 meter. kak Su duduk berhadapan dengan ku dihalangi dengan papan workstation.


"tekun sunggu budak-budak IT ni. Satu suara pun tak kedengaran," monolog ku.


Selepas lebih satu jam, Maythem menegur ku...


"I feel pity to you on what had happened to your laptop. InshaALLAH, there is a HIKMAT which we dont know behind of it".


Dari situlah perbualan kami bermula dan banyak kami berkongsi bercerita berkenaan Malaysia dan negaranya serta program-program yang biasa dilaksanakan semasa Ramadhan. Cuma dia tidak puas hati kenapa Malaysia diiktirafkan sebagai negara Islam sedangkan pakaian wanita masih tidak menutup aurat sepenuhnya dan dia juga memberi komen kenapa pokok Christmas ada dimana-mana sahaja yang tingginya mencecah 'langit' sedangkan sebagai negara ISLAM sepatutnya lebih memuliakan hari-hari Islam lebih dari perayaan penganut lain.


Terkedu. Namun aku cuba menjawab dengan baik agar dia memahami kepelbagaian dan kelainan budaya dan perpaduan antara kaum yang diamalkan disini.


Namun cinta ini bukanlah cinta pandang pertama. Selepas itu kami tidak bertemu lagi hanya bertegur sapa sahaja apabila aku bertembung dengannya ketika berjalan bersama dengan Kak Su. Kak Su dan Maythem seperti adik dan kakak. Banyak yang kak Su ceritakan padaku berkenaan Maythem lebih-lebih lagi sikap nya yang rajin dan pengetahuan yang begitu mendalam. Tidak hairanlah dalam usia 25 tahun dia sudah mula mengambil PHD.


Inilah cinta Ramadhan. Hati yang tidak dimiliki sesiapa dan hanya bertawakal dengan setiap yang berlaku akhirnya memberi aku peluang untuk aku bertemu dengan pemuda dari bangsa asing. Aku bukanlah wanita yang mudah untuk jatuh cinta malah diri aku yang dianggap 'garang' bukanlah mudah untuk didekati malah sukar untuk dicintai. Tapi inilah jodoh. Pertemuan yang singkat akhirnya diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Cinta ku terhadap suami ku kini tidak dapat dinilai. Cinta ku ini ibarat cinta yang kukuh seperti bangunan Pyramid yang tersergam indah yang mampu menggentarkan langit dan bumi. Terima kasih Ya ALLAH atas Cinta yang KAU berikan padaku. Sematkan dalam hati ku sehingga cinta ini bertemu di syurgaMU. Kau bimbinglah cinta ini agar ianya tidak pernah melupakan MU....amin ya Rabbal Alamin

" I promise you and ALLAH to stay with you, supporting in every step you do, to create our family to be the happiest InshAALLLAH...and help each other to achieve our goals in this life to get the heaven we want..InshaALLAH"











Sunday, August 16, 2009